Jumaat, 27 November 2009

Dapat gak merasa



memula aku ingat nak letak anak2 dok posing dengan piala nie, tapi tak jadi. Kat dalam FB ada ar aku letak. Berat sunggul la benda alah ni ko. Hubby punyalah kan nak bergambar siap pakai jesi kuning tu beb. Gelihati aku tengok dia. Dengan kembang hidungnya tak hingat ko..hahahaha [selamba jer aku kutuk laki aku].

Semalam aku pegi Seremban Parade..konon nak gi tengok warehouse sales kat Parkson..perghh...punyalah seksa nak carik parking. Hampir2 hubby nak kitorang balik dah. Last2 kitorang parking KTM. Menapak ler kitorang anak beranak. Si kakak dah memang tau kat Seremban Parade tu ada tempat main bowling. Dia dah siok jer ingat nak main bowling. Aihh...baru sekali aku bagi peluang main dia dah siok dah weih.

Tapi sebelum kitorang gi tengok kitorang gi isi poghut yang kosong dengan nasik ayam. Kakak abih ko sepinggan siap mintak tambah sib baik Lidya ada banyak lagi balance. Ingat amek 3 pinggan dah cukup dah..pergghh mintak lagi tambah sepinggan. Tapi tulah rugi gak sbb aku mkn nasinya separuh jer ko. Dah tu aku dok pulun makan kerabu mangga dan togeh jer, mana taknya.

Lepas isi perut tu barulah kitorang gi naik ke tingkat 2..pergh ko aku rasa macam eisshh..sungguh ker ekonomi meleset nie? Punyalah ramai orang..agaknya ramai yang amek coti kot maklumlah besok nya tu Raya Haji. [tah apalah akuni coti raya haji dok ngadap blog...huhuhu]. Aku takdelah shopping beria2 sangat pun. Aku beli untuk keperluan kat umah dan towel. Aku ingat nak balik dah tapi eh ada lagi section aku tak masuk, section untuk pakaian dan mainan bebudak, handbag, kasut untuk orang pompuan dan lelaki. Hah..bila dah masuk tu kan..pergh punyalah anak2 aku sibuk nak mainan itu nak mainan ini. Sib baik aku dah takde nafsu nak beli handbag dan kasut. Taktu, mang aku grab kan ajer. Aku beli baju Dania sepasang dan baju newborn untuk adik aku Alang yang bakal bersalin bulan 1 sok.

Lagipun aku pikir camnerlah nak lintas jalan kang dengan nak bawak barang nya...dengan anak2 bagai..eishh...mak takot nyah. Sib baik gaklah hubby ngikut..hehehe Ko time nie ada gak aku terpikir nak amek gambar tapi aishh..dengan bawak anak2 nie kan, takyah ler. Aku amek gambar masa anak2 aku dok main dok main bendaalah berpusing tu adalah..

Okaylah macamlah tak beraya aku nie kan..hhehehehe..esok aku keja daaa..walaupun halfday, boring jer tau. Eh jab sebelum aku lupa..hubby ada soh aku printkan gambar dia dok pegang piala nie. Aku ingat nak lah beli saiz yang biasa2 tu. Kali hubby cakap apa tau, nak print yang bersaiz A4..perghh..bukan main lagi ko hubby nie. Konon kata dia..esshh..kenangan tu kata dia. Yerlah yang, kenangan sangat ler tu...hehehe

Anyway, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA semua..dan selamat bercoti sakan...
Posted by Picasa

Selasa, 24 November 2009

Terlupa

alahaaii..aku ingat nak ar upload gambar hari nie..leh lak aku terlupa nak bawak wayar usb. Isshh..mang ler dah tua2 nie ada jer aku lupa..bohsan tul..ewaahh..konon marah kat diri sendiri.

Orang kata kalau nak minda tu selalu cerdas dan cergas, kenalah amalkan pemakanan yang baik. Nak kurus pun kena gak amalkan pemakanan yang baik gak. Uisshh..payah tul ler nak jaga pemakanan la nei weih.. Nilah dia..nama jer puasa tapi langsung tak reti nak kawal nafsu sungguh.

Untuk minda yang cergas kita kena selalu tengok warna2 yang menenangkan. [selalu ngadap blog, fb, main game, tv kabel..tenang gak kot..hehehehe].

Orang kata kalau kita selalu amalkan mkn benda2 kekacang boleh buat minda kita cergas gak terutamanya badam. Hah..nie lagi satu yer..masa peknan nak dpt baby cerdik amalan makan badam. Sempat lagi aku nak bagi tips tu. Benda baik elok per kita sesama share. Sharing is caring wat..betul dak? Betul!!

Okaylah yer ..aku dah tak sabar nak coti nie. Nak rehat dengan anak2. ehh..esok keja lagi daa..adehhh. Maklumlah kan hujung2 tahun nie..ndak pulak ko dah kena appraisal..dah takde makna nak tunjuk rajin kejanya pun [macamlah rajin sangat pun..kakakakaka].

Malam nie aku nak upload gambar ar..harap2 anak2 aku tak sibuk nak main game kat playhouse disneynya web. tak kang..gigit jari jer ler aku kang..hubby pegang remote astro then anak2 kat tenet..aku? hampeh dot com sungguh..jadi tukang bayar jerlah jawabnya aku nie.

Isnin, 23 November 2009

Kus semangat..


Petikan gambar aku cilok dari http://www.mstarcom.my/ online.
Tahniah kepada Puan Aishah yang selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat seberat 6.15kg, yes kengkawan skit punya kus semangat tuu.. 6.15kg secara NORMAL di Kedah. Tu dia kussss semangaaat..kagum sungguh aku. Subhanallah!! Allah Maha Berkuasa ke atas segalanya.
Cerita penuhnya korang klik kat sini
Aku yang paling berat pun dekat 3.6kg. Ini perggggh...6.15kg ko, double dari baby Dania dulu. Ketentuan Ilahi..sesungguh nya kuasa Allah swt mengatasi segalanya. Si ibu Puan Aishah minum susu dan juga buah kedondong. So, para ibu yang sedang menantikan kelahiran bayi anda, amalkan minum susu yer. Sememangnya susu itu baik untuk kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.
Anak dia yang ke 4, masa dilahirkan dulu 5kg. Hah..tudia aihh. Yang penting kedua2 ibu dan anak yang dilahirkan selamat dan sihat.
Dah tu jer ceritera aku nak kongsi dgn korang. hehehe

Sabtu, 21 November 2009

Julia, Lidya & Dania..




Para ibu memang seronok kalo mula bercerita perihal anak2 dorang. Tak kiralah yang lucu, yang menggeramkan, yang menyedihkan tak kurang yang memeningkan paler yg dah memang pun pening.

Meh nak citer pasal Kakak sangat sensitif orangnya..kena marah skit dah cembeng. Tapi senang jer nak mintak tolong dr dia. Mintak tolong kemaskan rumah pun dia sanggup. Kakak memang dah boleh diharap. Walaupun umur dia 5 tahun, kadang2 ayat yang kuar dari mulur dia tu macam org tua jer. Tak katalah yang menjaga dia pun uwan dia sendiri. Dia sgt takut nak beritahu straight yang aku nie gemuk. Seboleh2 dia akan jaga hati mak dia supaya jgn terasa. Yang tak boleh tahan dengan perangai dia, kuat tul menjawab weih. [wonder where she took that from..hahahah]. Ada lagi..dia suka menjerit..kadang2 naik bingit tinga. Ada gak masa aku kesian dgn dia sbb asyik kena marah jer. Umah sepah dia kena kemas..yerlah yang sepahkan pun dia gak. Dah tentu aku soh adik dia si Lidya menolong.

hah..budak bertuah sorang nie. adeeehh..memang fenin palo acik dgn pangai dio nieh. Suko tul wat orang suspen dengan peel dia yg sesuka hati nak buat hal sendiri. Tau2 jer dah gi masuk umah org pehtu siap tak nak balik lak tu. Bawak gi shopping kompleks, adeehh..sure dia ilang. Kasar tu tak yah cakaplah. Gurau mengalahkan orang lelaki..suka tengok citer ultraman, kartun kat walt disney channel. Paling cenekeh dialah orangnya. paham ko cenekeh tu apo..eden tak koso nak norang kek kelian. pandai2lah nanyo an kek org nogori yo..hehehe Tapi kelakuan dia memang banyak menghiburkan, selalu jer jadi mangsa buli ayah dia. yess, Lidya nie her daddy favourite. Ayah dia kesian kat dia sbb dpt adik cepat sgt. Sama gak macam kakak cepat sungguh nak cembeng.

The last but least my third one. Adeehh..nie sorang nie suka tu merangai..hah kali nie aku baik hati nak bagitau [merangai=memunggah]. Pantang lopo mula r kojo dia dok bukak tutup laci..abih segalo bondo dlm laci dikuarkan. Tapi ada masa dia kantoi gak..aku acah2 konon nak bantai mencicit dia lari ko. Ini budak dunno yet her kerenah. So far, dia dok ajuk apa org ckp. Kot dengar org menyanyi dia pun sama nak menyanyi. Pandai berjoget tu beb..tapi sayang r aku mang ada gambar dia dok joget but not that much [macamlah ada org nak nengok kan?].

Ketiga2 nie dah cukup memening paler aku tapi Alhamdulilah..taklah teruk sgt. Takdelah hyperactive pun..active mcm2 tu jer. Boleh r diterima dek masyarakat..hehehehe Yang pasti Alhamdulillah jugak anak2 aku jarang betul demam. Kira-kira bos aku tu untung tau, aku punya anak 3 orang anak masih kecik tapi jarang2 aku amek emergency leave or MC. Syukur sesangat.

Nak masak apa eh hari nie? Tak selalu masak pun fenin nak mikir masak apa. Harap2 sinar mentari pagi nie kekal hingga petang. Boleh la bawak anak2 bermain di luar rumah. Selamat bersantai semua.
Posted by Picasa

Rabu, 18 November 2009

Konsert Mlm Minggu




Gambar nie yang sempat aku ambik sampai naik pedih mata aku dibuatnya. Mau taknya, tgh dongak tu abih serpih masuk mata. Last2 aku main snap jer sambil pejam mata.

Masa nie aku gi dengan adik ipar n kakak. Rancangan awal nak bawak Lidya sekali tapi masa nak gi umah MIL, si Lidya dah tido lak. Kakak tu biasalah kalo dah nama gi berjalan kan, ngantuk pun dia sanggup tahan.

Eh lupa ar pulak..ini kat padang MPS ler. Konon2 nak pegi tengok dekat2..hampeh dot com tul, padang lecak weih..maklumlah kan musim hujan nie. Tapi sebab kan bukan selalu pegi tempat macam tu aku dengan gigih pegi gak. [kalo ceramah agama tak lak laju nak pegi..huhuhu]

Kelakar tul mc dorang malam tu..yang aku kenal si Ebby Yus jer. Ada part yang aku takleh tahan tu masa mc lagi sorang dok panggil Ebby Yus pemain bola sepak import dari Brazil. Boleh selamba jer si Eby Yus kata 'seh bukan pemain import Brazil, nie Negro Kolo Pilah'..kahkahkah..lawak tul


Masa nak balik tu kitorang gi singgah kat A&W..sajer konon supper. Tapi aku minum float dia jer. Order waffle pun tak abih. Konon orang ingat dok diet, walhal aku kat umah dah pulun maggi 2 bungkus..hahahaha Masa nak melintas jalan, tetiba ada orang hon..aku tengok lampu aikk..merah lagi beb. Aku toleh ingat nak marah tengok upanya anak jiran depan umah MIL. Sib baik kalo tak, mang makan maki ler orang tu..hahahahaa

Hubby tak ikut konon katanya maleh..pukul 10 dah call soh tapai mee hailam utk MIL. Hangin jer aku..macam ar dia tak leh kuar umah nak gi beli. Tapi aku tetap gak ar gi beli tu pun dekat tengah malam. Yang lagi hampeh tu kan..sampai umah tengok hubby takde, kuar gi beli burger. Mang ler hampeh dot com tau..soh orang tapau tapi dai gi kuar beli burger utk diri sendiri. Nampak sangat nak soh aku balik cepat..

Antara artis yang buat persembahan yang sempat aku tengok..Hatan, Elyana n Ramli Sarip. Tak best ar tak dapat nak dok tengah padang tu..Lenguh kaki aku. But i did enjoy myself that nite. Kuar amek angin malam..sib baik tak somput..hahaaha

Hari nie aku coti..dok melepak kat umah jer nieh..dok ngadap fb jer. Hubby dah pesan mlm nie dia nak makan nasi goreng. Malam tadi aku dah beli ayam..sayur pak choy skit. Boleh ar makan dengan nasi goreng tu nanti. Esok kono kojo la pulak. Till then aku nak enjoy coti aku yang sehari nie yer..tu pun tinggal baper jam jer nie..huhuhu
Posted by Picasa

Ahad, 15 November 2009

Bila dah malas..


Inilah dia lauk yang aku masak utk hujung minggu nie. Kesian hubby tapi padan muka pun. Aku ajak gi dia tapi dia cakap apa yang ada jer masak.

Hah..nielah hasilnya. Kalau ikut pusingan jam..yang 1st tu sambal tumis ikan bilis yang aku tapau dr umah MIL, sebelah tu lak kuah sardin yang hubby mintak ikannya digoreng dulu bawah tu lak sup suhun dan last sekali telur mata kerbau.

Belanja yang tak sampai pun 10hinggit. Murah kan? Anak2 aku suapkan nasik dgn supu suhun tu. Kalau dah makan untuk 2 orang macam tulah. Tah apa jer kan? Tapi tulah kot hubby gi beli lauk leh gak aku masak..tetiba rasa rajin nak masak..kot tak tu soh jer hubby gi tapau dari kedai..muahhahaa..

Takleh la masak macam nie selalu..bohsan weih. Sesekali masak yang simple kira oklah tu. Kadang2 masak yang mudah dan ringkas lah yang sedap...hehehe [pandai tul aku nak carik ayat cover line kan?...hahahha].

Eh..kalo malas masak langsung tak masak tul dak? Nie kira masakla gak kan? hahahah..ada lagi alasan aku weih. Yang penting perut kenyang dan masakan ko tu kena dengan tekak orang yang nak makan tu. Lagi..tak agak2nya ayat..manjang ada jerlah nak backing diri sendiri.

Nie aku tengah dok rileks..surfing internet..layan fb..sesekali marah anak2 dok buat sepah. Hubby? Dok ngadap tv..jari dia x abih dok tekan punat tukar2 channel. Nak ajak dia gi beli DVD ar..tengok apa citer yang menarik..ewaahh..kononnyalah nie. Silap2 dok bongkang jer kang..hahaahha

Enjoy your weekend yer..aku nak gi kemas meja jab..adios.

Selasa, 10 November 2009

lagi pasal petua..

Tak abih2 aku pasal petua..eh jab..lum sampai seminggu pun tinggal blog. Tapi jari jemari ku yang mulus [mulus??] gatal lak nak menaip. apa citer hujung minggu hari tu? cehret..aku dok umah jer, hubby dok layan bola sepak then pehtu aku dok layan fb, men game..hehhehee

Okay, straight to the point..

kali nie aku nak bagi petua untuk orang yang mengandung pulak tapi ko terselit untuk yang bukan mengandung tu ampunkan lah yer.

1) masa mengandung tu dari awal orang tua2 kata elok diamalkan makan kelopak mawar/ros merah tu. sok anak yang bakal dilahirkan kulit berseri..ecewaahh..tak salah korang mencuba..

2) aku ikut petua lain..that is aku makan eh bukan aku minum air lobak merah dengan susu..mang confirm anak ko kuar puteh lepak..[eleh..kalo dah mang ditakdirkan kuar putih ko minum kopi pun tetap gak putih yer]

3) lagi satu ialah minum air kacang soya..yang nie pun untuk kulit anak yang cantik tapi baby kalo kuarpun mang halus jer kulitnya kan..kot tak takkan kuar iklan kulit halus bagai bayi..tapi elok gak diamalkan sebab orang mengandung nie memang amat2 perlukan zat2 tambahan untuk bayi dan untuk diri sendiri yer..

eh..eh..aku bagi nie petua ker tips kesihatan lak nie? ahh..tak kisahlah janji benda baik untuk bakal2 ibu kira ok gak per..ok sambung lagi ..

4) hah nie satu lagi..doktor haiwan [jumpa masa hubby dok hari2 beli kat Rahang susu kat verinar] pesan kat aku masa aku peknan si Lidya..dia cakap wife dia minum susu segar anak kuar jer dah ada gigi..kekagungan aku weeihh..tapi aku tak ikut..but tell u sebenarnya ianya amatlah elok diikut sbb masa kita peknan mang kita perlukan kalsium..

5) bagi yang beragama Islam..amat2 digalakkan untuk mengaji..korang kan time tengah peknan..suci beb..kot korang tak dpt nak mengaji, beli jer kaset or cd dgr dlm keta time blk keja or ms nak titon kat umah tu hah..at least kita pun dpt gak mempertajamkan bacaan kita..

6) ms dah dekat2 nak bersalin [kira2 lagi 2 or 1 minggu due date] time mandi tu minum air dari hujung rambut supaya senang nak bersalin..[nie aku tak ikut sbb tu kot aku lambat bersalin].

7) agak2 rasa sakit nak bersalin tu..seeloknya minum telur dengan madu untuk tenaga korang time nak 'push' tu nanti..takper walaupun korang diberi ubat untuk berak..eh aloh..buang air besar..sekurang2nya ada gaklah benda dah masuk perut drp langsung takde benda dalam perut korang tu..

ada sesapa nak tambah lagi tak..? ada lagi tambah kat ruang komen yer..boleh share sama..manalah tau kan kot aku 'ter' lagi..kahkahkakah...

Nilah jer dulu yer petua adik2..ahkak kot ada idea or ada sesapa bagi kata ahkak..ahkak letak yer..

Jumaat, 6 November 2009

pasal bola sepak lak

hah..ini topik mang bukan bidang aku tapi sebab dah jadi minat hubby ndak tak ndak aku pun terjebak sama. As we all know la kan..esok hari Sabtu Negeri Sembilan bakal berentap dengan Kelantan. Perlawanannya kat Stadium Bkt Jalil. Aku dulu penah pegi game macam nie. And i tell u perghh..eden tokojout boghok..boghok pun tak tokojot mcm den ni hah..hahahaha

Maklumlah hubby nie minat bola sepak and forever and ever peminat pasukan di negeri kelahiran dia nie, Nogori nie hah.. Korang nak tau apa yang aku tokojot bonar tu..? Aiihh..time dia tak puas hati dgn keputusan pengadil dan penjaga garisan tersilap. Abih..segolo bondo tak somonggah dio dok sobut..yang memang den takleh ar nak lotak an kek sini. Terus zaazzz..blog nie jadi blogone..hahahaha

Korang nak tau tak..awal2 lagi hubby dah sound kat bini dia nie yang dia tak nak pegi ke Stadium Bkt Jalil tu. Punyalah ramai kengkawan kek tompek kojo dio dok ajak poie samo..dio totap koba-an taknondak. Aku? well..ada aku kesah?? Mestilah aku kesah ko..umah makpak aku bukan main payah dia nak gi..tetiba ada game kat bkt jalil tu leh jer dia nak gi. Hahh..laser ultra violet harus aku bagi kat dia tau. Dan aku rasa sebab tu lah awal2 dia dah kuar bunyik tak mo pegi ke bkt jalil nun. Konon alasan hubby ialah dia takleh nak join tempat2 yang crowded..nanti dia jadi sesak nafas. Aku nak caya ker? hmm..nak sedapkan hati tu leh ar caya kot..

Aku harap Negeri Sembilan monang sebab mana tau kot ada diumumkan coti lak..hah..best nya dapat cuti free lagi ko..hahahaha Takde benda lain aku ingat kan..coti gak aku ndak. Dah tu nak apa lagi..takde nya aku nie dapat bonus macam player tu kan..betul tak? betul..

Hahh..nanti aku sambung pasal petua..apahalpun, all the best Negeri Sembilan for the Piala Malaysia 2009 nie. Hobin Jang Hobin..

Khamis, 5 November 2009

petua orang dolu2

Tetiba jer aku tingat weih.. Dulu2 aku selalu jer amalkan petua2 nie.. Meh aku nak kongsi dengan korang..mana tau kot jadik kat korang or anak2 korang ker..kotla tak jadik jgn salahkan ahkak yer dik non..keekeke

1) konon nak bagi muka berseri n awet muda..mak aku soh amek air embun sapu kat muka..air embun pagi yer..alahai..kotlah korang berani meredah subuh sepie tu n carik embun kat hujung2 daun..aku penah wat masa aku skolah..then lepaih tu dah tak rajin dah..

2) penah dulu2 aku amek pati santan sbln sekali sapu kat rambut..konon r mak kata rambut leh cantik hitam lebat n berkilat..pun dah tak buat lama dah nie..tak tingat nak wat pun..

3) amek timun letak kat mata..konon2 aku nie dulu payah nak tido then selalu ar ada bebyg mata..pun dah lama tak buat gak nieh..

4) then arwah penah bagi satu petua untuk kuatkan gigi..hah..hat nie mang aku x lupa langsung nak buat..sebabnya senang sungguh ler beb..masa kita o'ok tu kan, ketap ler gigi kita kat kain..kahkahkah..n tell u eh..mang arwah uwan dulu gigi dia cantik n kuat pun..

5) apa lagi eh? leh lak tetiba aku lupa..hah nie..tapi yang nie bukan dari apa yang orang bagi tau aku nie aku penah baca dari majalah Variasi..kalo nak rebus daging bagi lembut letakkan sekali daun nangka..insya Allah daging tu sure lembut..kot umah korang takde daun nangka kan?? apa susah, high pressure cooker dah ada beb..sonang baitu..hahahahaha

6) hah..petua nak halau tikus..bapak aku penah buat..letak kan daun durian belanda..tapi bukan ker lagi sedap si tikus2 nie buat sarang?..kekekeke tu yg bapak hangin jer tu..langsung tak buat dah lagipun pokok durian belanda pun dah takde dah..

7) petua nak bagi lebatkan kening..yang nie memang menjadik..amek buah keras bakar sampai jadik minyak then sapukan kat kening..elok disapu pada kening yang masih bayi..sbb yg nie mmg aku kata menjadik sbb adik aku yang bongsu masa dia kecik2 dulu disapu dek bidan dgn minyak buah keras n la nie kening dia..mang ler lebat..

8) lagi satu pulak nak bagi lebat bulu mata..konon2 tak yah r pakai bulu mata pelesu..amek daun lidah buaya then sapukan kat bulu mata guna cotton bud or btg mancis..yang nie aku x penah buat takut kot pedih mata aku kang..hahahahaha kot aku buat time skolah dulu haruslah la nie bulu mata aku melentik liuk jer kan? hahahaha

dah ler cukup kot..nanti bila2 ada masa sok aku tambah lagi..dah banyak pun aku lupa petua orang dolu2..yang mana elok tapi kalo sampai hal kurafat tu toksahlah yer...


Selasa, 3 November 2009

Sambutan kecil jer..




Inilah dianya kek untuk kakak..ditempah dek acik n uwan dia. Cuter jer kan candy panda tu? Keknya pun sedap gak..ada diskaun lagi u..

Kot aku yang beli mang ler tak de diskaun. SIL tempat kat King kat dlm Giant Senawang tu ler.





Kakak happy ler sesangat..dari start birthday Lidya (Julai) then Dania (Ogos) dia dok la tanya bila nak wat birthday dia lak. Nak camner kan birthday kakak bulan November. Jenuh ler ko nunggu nak yer nak.


Kakak dapat hadiah yang sangat2 dia suka. Yup another bike from her Acik n Uwan.

Sukanya kakak...hehehhe


Isnin, 2 November 2009

2 NOV...

2 November di tahun 2004..saper sangka anak aku yang sulung dah pun berusia 5 tahun. Kakak @ Julia Adriana hari nie hari lahir dia. Pilihan nama kami berdua.. Dah semakin cerdik, boleh lah diharap skit2..ada masa dia rajin membantu tapi kebanyakan masa banyak tul alasan dia. Tingat lak masa aku kecik2 dulu. Kalo bermain..tak hingat dunia dah..hheheehe

Sayang..anak mak, Julia Adriana Selamat Hari Lahir yang ke 5..Moga menjadi anak yang solehah, muslimah yang baik..tabah mengharungi kehidupan dewasa mu kelak..amiinn..ya rabbal alamin..



Ni masa umur kakak baru jer mencecah 2tahun..










Ni lak gambar yg baru aku amek hari Ahad hari tu..cepat tul masal berlalu..





p/s: ingat nak tunggu esok..tapi masih belum terlambat kan? boleh ar nie..janji dlm hari yang sama gak..hehehehe

Ahad, 1 November 2009

Hari nie..



Malam tadi kami ke kenduri doa selamat sepupu hubby merangkap jamuan hari lahir anak sepupu happy. Hubby konon2 nak balik cepat nak tengok 'live' soccer game N9 n Terengganu. Tapi kalo ko dah dok dengan sedara mara tu takde makna ko dapat balik cepat nya der. Aku pun dok la tercongok perhatikan anak2. Dah dekat 11 malam barulah balik umah. Tupun sebab hubby kata esok dia nak ke Seremban Parade. Ada bowling inter-dept katanya.

pssst..korang tau tak sunggulah kurang sopan aku nie tau. Boleh selamba jer aku kat umah adik sepupu hubby tu bersms dengan member aku. Takdelah reti nak bg tau member aku tu yang aku kat umah sedara hubby dah 4-5 kali dok sms barulah aku bg tau aku kat kenduri. Tak elok kan wat camtu? Orang lain nampak sure dia ingat aku dok gossip pasal kenduri ker pasal orang lain ker. Tapi tulah kan..aku nie mang jenis..'ada aku kesah?' Tulah selamba jer bersms.

Okay, ni citer pagi tadi, aku macam biasalah kan..siapkan anak2 jer dah sekian. Aku lagi nak bersiap dah sekian. Tupun hubby dok bersungu2..dah ler nak mekap2 tu. Aku buat derk jer..selamba jer aku, nak ikutkan mang aku nak jer sound balik. Tapi aku pulun nak cepat. Kami sampai pun ada yang belum sampai lagi. Poyoo jer sound aku soh cepat. Sudahnya kena gak tunggu orang datang.

Hah..gambar kat atas tu, antara kelakuan, kerenah anak2 sementara hubby main bowling. Aku pun main gak tapi aiishh..susahler kalo anak ikut nie kan. Sorang nie pun nak, dah nampak kakak main, si adik pun nak main sama. Sudahnya aku main 2 game dengan point yang ala kadar jer. [eleh..mang tak reti main, takde sebab lain pun...kikikiki].

Dipendekkan citer, hubby yang pada mulanya leading 1st game, jatuh menjunam ke tempat ke 3. Yang best staff pompuan dari yang teratas sampai terakhir semua dapat hadiah sebab yang main nya pun 6 orang jer. Eeiishh..kot aku dpt join confirm aku dapat hadiah sama. Nak wat camner kan..tournament nie pun untuk staff tempat keja hubby jer. Aku jadi tukang sorak hubby sambil jadi pemerhati anak2.

Yang tak best tu..konon2 aku nak ar meround konon2 nak ar kan window shopping, lum abih aku tawaf tingkat bawah, hubby dah ajak balik. Mang ler hampeh tul. Konon2 si Lidya yang dia dok jaga buat pangai. Walhal aku nie hah dok pegang kakak n adik takde per pun. Mencik sungguhlah haii...

Takper2 next changeler aku pegi..aku nak gi pun gi sorang2 takpun ajak member yang sama macam aku..orait gak kan?

Itu jerlah program kitorang hari nie..program hujung minggu yang biasa2 jer tapi seronok gak dapat kuar umah bawak anak2. Korang camner? Bestnyalah..dapat rilek ar katakan..huhuhu
Posted by Picasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails