Jumaat, 26 November 2010

Pantang terlepa

Paham ker maksud 'terlepa' tu?  Sure paham nyalah..

Meh nak share kisah ragam anak aku yang bongsu [buat masa nie, akan datang dunno yet..perghh ada angan2 mau tambah ker?...kekekeke].  Biasalah kan perangai atau kerenah dorang masa kecik2 nie banyak melucukan.  Aku jarang2 nak gelak dengan kelakuan yang aku rasa sangat tak elok..sebab takut nanti dia hingat semua benda adalah melucukan dan tak salah.  Ada masa tu mang aku tak tahan terus jer jam2 tu aku gelak.

Tapi yang nie mang haruslah aku langsung tak hambur kegelakan tapi kemarahan yang bisa membuat tangan aku cepat jer 'pelepap' ke tangan anak aku yang berumur 2 tahun 3 bulan nie.



Akibat terleka mengadap laptop [tengok drama online, salah satu sebab semakin malas nak update blog].

abih my bedak, my stick foundation n my lipstick..













memang aku marah giler tapi takdelah sampai aku naik giler dan aku rasa baik aku terus capai handphone..kira dak Dania ingat paling lawa ar..macam cara mak dia nya mekap.. 

owh..ini bukan kes pertama yer kengkawan..ini tak tau yang dah baper kali dah Dania dok mengerjakan barang mekap aku..huhuhuhu
 (konon2 lawa ar tu dok posing senyum...grrr, tak tau mak dia punya geram tak tau nak cakap)



nampak tak benda mekap yang dah berterabur ataih sofa tu?  Padah letak handbag kat tempat yang senang dicapai dek anak2...

well..salah aku pun letak handbag atas sofa..bebudak mang suka 'mengemas' ler apa lagi...kan?




Citer nie tak abih sini..selang beberapa hari dia masuk bilik "Acik" dia di rumah uwan dia..abih eyeshadow, lipstick dan minyak wangi.  Aku balik keja aku perasan masing2 bibir merah semacam jer.  Kesian adik ipar abih barang mekap dia dikerjakan dek 3 beradik.

Pengsan!!  belum apa2 dah tunjuk bakat nak melaram mengalahkan mak dia pulak.  huhuhuhu..

Isnin, 15 November 2010

Char Kuey Teow & ABC

Hari tu aku dengan hubby singgah ke gerai Char Kuey Teow kat TTJ..dah lama tak lepak pun.  Aku pun macam biasa order char kuey teow basah 'berkuah' plus telur goreng mata kerbau.  Tokey kedai siap tanya "hai..selera ko nie biar betul".  Aku dengan selamba jer jawab.."tengoklah saiz badan saya nie".  Then bini dia lak nyampuk "time boleh makan, makan jerlah".  Aku bila ada orang sokong memang suka hati sungguh, aku pun sambung "ntahnya, sok sakit sok time tulah orang dok sua benda makan yang sedap2".  Ewaaahh..pandai aku susun ayat nak sokong dengan selera tak hingat aku tu.

Weihh..time2 hujan nie kan manglah selera makan tu meluap2.  Tapi bab gi buat senaman sorilah, dalam kapla otak jerlah nak buat hmm baik den lolap..kakakakakaka..




tu diaaa...slurrppp..tu pun aku tak mintak letak extra kerang tau..inipun dah baiiiikk punya sedaaapp..













ditambah perisa dgn limau kasturi, bawang putih tumbuk dan cili api potong..perghhh..malatups weihh..meleleh air hidung..











ditambah lagi dengan ABC (air batu campur)..freeze brain pun gasaklah janji yang panas, pedas n sejuk membeku...memang nikkmat wooohh..












p/s: jangan diamalkan sebagai makanan rutin yer..untuk yang tengah diet giler babeng tu kan..nasiblah kalo korang terliur...heheheehehe

Khamis, 4 November 2010

Hari Istimewa mereka..

Baru2 nie Julia atau panggilan di rumah Kakak menyambut hari lahirnya yang ke 6.  Seronok betul dia.  Aku dan hubby dah plan nak beli goodies untuk diberikan pada kawan2 pra-sekolah dia.  [sorry geng no picture was taken bcos my camera dah rosak, kamera handphone lak masa tu bateri kong..tensen!].  Goodies2 banyak yang mertua sponsor [Alhamdulillah..hehehehe] then ada gak kitorang tambah sikit.

Aku dan hubby pun ada order kek aiskrim ½kg yang harganya RM29 sementara tu atok dorang belikan ayam goreng KFC dan tak lupa juga hubby ada beli satay untuk meraikan hari lahir Julia hari Selasa hari tu.




inilah keknya..







 Julia tengah potong kek..patutnya tiup dulu..

aku pun lupa nak cakap..dok nak cepat2 snap gambar nie


yg nie blur skit sebab tangan aku adalah sangat tak steady yer..huhuhuuh
pakai baju tido..no party, hanya keraian bersama keluarga sahaja..






Apapun..aku sangat gembira bila tengok muka Julia yang tak henti2 tersenyum dan ketawa setelah lama menunggu dari awal tahun...[kesian woo dengan orang yang lahir hujung tahun nie..orang len dah tambah umur kita baru terhegeh nak raikan...huhuhuh]

Selamat Berhujung Minggu semua...muaaahh...

Bila anak gembira..

Perghh..baper minggu sekali aku update citer kat sini nie?  Konon2 nak bercerita selalu tapi hampehdotcom jer kan?  Dari cerita yang sedih sampaikan cerita gembira.  Kalau korang nak tau kan, boleh lak tetiba aku rasa taknak kongsi cerita konon2 takut orang kata tah apa2 cerita tah.  Walhal sebelum nie apa cerita pun aku [bukan semualah kan] cerita kat sini.  [korang rasa macam aku cari alasan selain dari MALAS kan? kakakakaa..tettt..tetiba termengaku la pulak].

Okay meh nak cerita yang paling sadis dulu [pada aku la kat korang tu aku tak taula kan].  Hari Jumaat 2 minggu lepas (22 Okt.) Julia ada rombongan ke 'Jelita' ostrich farm atau orang melayu kata ladang burung unta.  Kat mana?  Alaa..dekat Jalan Pantai nak ke Jelebu tu ler..bukan ke Pantai Dalam yer..kakkakaka [macam tak lawak jer neih].  Hari esoknya (23 Okt.) Julia mengadu sakit kepala dan badan dia pun ada sikit panas tapi sekejab sahaja.  Aku ingatkan Julia cuma keletihan sebab ke rombongan tulah.  Hari Ahad aku masak mee goreng yang selalunya orang pertama makan Julia, boleh lak dia kata takde selera.  Sehinggalah malam Ahad tu jam 11 malam dia tunjuk kaki nya yang ada ruam2 kecik, aku pun tunjuk kat hubby, kata hubby 'alaa..panas dalam tu'.  Sebagai seorang ibu, mana boleh ku terima jawapan mudah itu, aku pun check tangan dan mulut Julia.  aghh...aku dah mula syak dia terkena penyakit tu.  Tapi aku nie bukan doktor kan..gilos nak pepandai sendiri.  Aku pesan kat hubby esok hari Isnin bawak kakak ke klinik.  Boleh main pesan jer kan, takde langsung teringat nak pegi sekali dengan hubby.

Okay, aku malas nak panjangkan citer..dipendekkan cerita memang confirmlah Julia kena sakit tangan, kaki dan mulut.  Dan dia pun takdelah ke sekolah selama seminggu.  Dan tentulah jugak adik2 dia pun kena sama.  Paling mengada sampai taknak bercakap dan makan si Lidya dan paling kuat meragam pulak si Dania. Aku siap ugut si Lidya kalo taknak makan atau minum aku bawak gi hospital panggil doktor cucuk tangan dan vontot masuk air.  Barulah dia nak makan [kentang lenyek/putar] sebab mulut dorang penuh dengan ulcer.

Dan dipendekkan cerita mereka semua pun dah sembuh...[see betapa malasnya aku nak citer detail kat korang].

Meh nak share kat korang tips2 yang aku pelajari bila anak2 mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut yang nyata takde vaksin atau ubat nieh. 

  1. kebersihan harus diutamakan..segala cadar, sarong bantal dicuci dengan segeranya yer..
  2. anak2 jangan dibiarkan bermain diluar kerana penyakit nie senang berjangkit sama ada melalui udara, sentuhan, air liur dan air hingus
  3. anak2 pastinya takde selera nak makan, aku belikan jer kentang lenyek/putar kat KFC tu hah dan aku paksa anak2 aku minum air masak yang banyak 
  4. aku sapukan di dalam mulut dorang dengan madu lebah dan aku paksa mereka jugak minum air campuran madu lebah [sangat mujarab woooh]
tu jer tips2 yang aku ingat.  Rajin2 google yer untuk dapatkan tips.  Tulah untung zaman berteknologi tinggi nieh..informasi di hujung jari bak kata orang..cewaaaahh..

Stop sini dulu kang sambung citer lain lak..adioosss...

Selasa, 19 Oktober 2010

Berhabuk lagi..

Ampunn...blog aku dah bersawang balik..tah bila ar nak ada mood bercerita kat blog nie..jengah blog len pun tidak. aku pun tak tau apa nak jadi dengan aku nie.  Tulah kan..bila dah lama tinggalkan nak mulakan balik punyalah seksa wooo [boleh terima ker alasan cenggini?].

Apapun, meh nak share gambar lama tapi tak berapa lama sangat pun.  Aku punyalah bermekap sakan masa raya..muahahahaha[gelak jahat sudah mari].  Nak kata lawa takdelah sangat [perghh..konon2 merendah diri nie] tapi lawa la jugak..kakakaka [ayat palinngg berani mati].  Aku pun macam tak caya jer aku punya mekap punyalah haii..sampaikan mak sedara datang beraya pun sound aku 'mekap sakan'.  Dah memang aku nie jenis 'kerekk terlebih' jawab jer..'ehh..time raya harus glamour gitu'..waahh..camner nak salam raya ikhlas camtu? kekekeke..


hahh..baik punya cover 'double chin' ..hahahaha
menjadik jugak aku buat 'smokey eyes' [yang tak paham 'smokey eyes' tu buat2 paham yer].








p/s: Tulah dia baju raya yang sedondon kami [aku dan anak2].  Takde pun ambik gambar family..Mungkin lenkali ler..huhuhu [sadiss nya..]

p/p/s: jangan marah yer..citer dah basi baru hari nie nak keluar..huhuhuu

p/p/p/s: agak2 korang kenal tak saper pemain bola sepak yang bakal berkahwin dengan pelakon bulan January nie..jeng jeng jeng..

Jumaat, 1 Oktober 2010

ohh..terharunya...

Pada yang tertanya2 ke mana aku pergi selama aku mendiamkan diri, aku cuma boleh memohon ampun dan maaf. Tak ada alasan yang dapat aku berikan cuma harap pada yang memahami..ewaaahh..poyo jer lebih..hehehehe

Ini cerita minggu lepas..kisah anak sulung aku yang suka nak membantu aku di dapur.  Aku sendiri pun jarang memasak jadi bila ke dapur memasak anak2 terutama si Julia sangat2 excited nak menolong.

Macam2 benda yang dia nak tolong.  Nak tolong basuh pinggan lah..nak tolong potong bawanglah.  Aku tak nak paksa tapi aku bagi jer peluang dia nak tolong.  Yerlah kan taknak bila dia dah besar sok dok ungkit masa kecik2 dia nak tolong aku tak bagi.

Aku memang tak bagi ler dia pegang pisau..Abih2 pun aku soh dia amek sayur keluar dari peti sejuk..tolong amekkan bekas plastik dari rak pinggan.  Takpun tolong tangkupkan pinggan yang aku dah basuh.  Kadang2 dia offer nak basuh pinggan.

Kalau dah si kakak sibuk nak tolong..abih adik2 pun ikut sama nak tolong..


tu diaa..concentrate tu beb..hehehee
aku risau gak kot2 dia tergunting jarik..
tunjuk sekali terus pandai..lega rasa aku dibuatnya..
sesekali aku toleh tengok dia dok gunting..
part tak best tangkai cili kering tu berterabur dibuatnya..









masa nie si Lidya cecepat bangkit dari dok melangut meniarap tengok kakak dia menggunting cili kering tu..

"mak janganlah amek gambar Lidya"..marah dia kat aku..hehehehe






Masa nie tengah dorang dok ada mood nak tolong, dok teruja nak cuba benda2 baru..sok dah remaja sok sure malaih macam aku gak..kakakaka.  Sekali suruh sekali buat..kot tak, dok lepak terbongkang dalam bilik.

Tapi bila tengok gelagat anak2 yang teruja nak tolong hati jadi seronok sangat2..walaupun tak seberapa..ianya satu pencapaian yang baik kepada seorang ibu yang cuba mendidik anak2 dengan baik..

Oklah..selamat berhujung minggu semua...

Kembali..

auummm..cakkk..!! hehehehe...lama betul aku tinggal blog aku nie..

maaf pada mereka yang tertanya2 ke mana aku pergi..

aku tak pegi mana2..masih di sini..

tunggu la nanti aku bercerita ceriti lagii...

muaahhh...

glad to be back...

Selasa, 7 September 2010

Sengaja diam

Diam tak diam rupa2nya blog aku dah usang, bersawang, kusam n kepam..hehehe  Sajer2 buat sibuk, konon2 nak uji diri sendiri boleh atau tidak hidup tanpa blog.  Dalam fikiran aku ada jer benda yang nak aku ceritakan tapi sampai masa ianya hanya dalam fikiran sahaja.  ewaaahh..tetiba feeling serius..

hmm...sebelum tu, aku nak mintak maaf kat adik Kema sebab sampai masa aku nak buat jer tarikh tutup contest dah pun berlalu.  Ampunkan akak yer dik...insya Allah, akak takkan lupa buat dilain hari.  Hari baik bulan baik nie kena bermaafan..marah macam mana pun tetap boleh dimaafkan..cewaaahh...

Sepanjang aku takde di dunia blog, aku tak de kemana2 pun.  Ada sesekali melawat blog yang lain.  Korang pernah tak alami apa yang aku alami?  Tetiba korang taknak tengok dunia fb, dunia blog yang dah macam makan nasi kat korang.  Tetiba korang rasa dunia blog terlalu bosan untuk korang terokai.  Pernah tak benda tu semua korang fikirkan?  Ker aku sorang jer pk macam tu eh?

Apapun, meh nak cerita betapa seronoknya aku di dunia realiti aku sendiri.  Menyambut hari lahir Dania yang berusia 2 tahun bersama keluarga aku di KL nun.  Aku siap order cupcake n cake dengan kawan sekolah aku dulu.  Thanks Ella for your lovely cupcakes and cakes.

hah..citer pasal nak raya lak..amacam persiapan?  Dah nak dekat raya nie, sahur terbabas lagi ker? hehehehe..aku mang selalu terbabas..sedar2 jam 5pagi pehtu len hari lak tau2 dah 5.30pagi.  Ada masa tu pulak tau2 jer orang dah azan Subuh..hmm kesian hubby.  Sib baik hubby tak kisah sangat sebab dia selalu tido lewat.  Jam 12 malam dia boleh lagi ke dapur dok makan.  [macam tau2 dia akan lewat sahur..kekekekek].

p/s:  dulu2 aku tak tau apa tu hari Mantai..tapi la nie dah hampir 7tahun dok Somban, dah tau dah apa tu hari Mantai..hari nie dah start Mantai perdana..saper2 nak beli daging untuk raya sok dah boleh beli kat bekas tapak kem paroi tu yer..sepatutnya hari Mantai adalah hari nak diumumkan posa n raya.  errkk..kalo salah tolong betulkan yer...hehehehe

Rabu, 25 Ogos 2010

Berus Mekapku..

hai..hai..bersawang dah blog aku nie kan..macamlah sibuk sangat kan..walhal dok ralit ke lain [tak mo citer nanti kena gelak]<-boleh lak tetiba nak berahsia yer..apa punya tur daaa..hehehehe

Aku malas ar nak citer pasal aku makan apa time sahur..apa aku beli kat Param tu hah..pokoknya MALAS.  perghh..patut ar blog dah macam apa jer kan?  nak pulak bila mood nak update blog..nak gi melawat blog kawan len pun ilek pocik.

Hari tu ar dah dekat 2 minggu kot aku kuarkan balik berus2 mekap aku untuk dicuci.  Lama betul benda tu terperap dalam kotak mekap aku [jangan ingat macam kotak mak andam yer..lebih pada kotak plestik jer].  Aku cuci guna sabun pencuci tangan tu jer.  Dulu2 aku pakai syampo tapi sekarang nie pakai sabun cuci tangan sebab sabun cuci tangan yang sekarang nie kan ada anti-bakteria.  Dah lama tak cuci tentulah banyak bakteria melekat.  Dah tak banyak yang tinggal pun, dah banyak aku sedekahkan adik2 aku.




Ini jer yang tinggal..banyak dah sedekah kat adik2 aku takpun hilang atau pun aku buang sebab rosak.

Dulu2 aku beli murah jer tak sampai pun 50hinggit per set, siap tanya tu bulu binatang ke apa.  Tapi bila salegirl tu cakap bulu sintetik aku pun sauk jerlah.hehehehe.  Berus mekap Amway pun ada tu, mahal gak tapi tak pulak aku tanya dorang pakai bulu apa.


Tak delah nak mekap orang der, sajer suka mekap diri sendiri.  Ada masa aku cilok dari cover majalah2 aku apply kat muka.  Ada masa cantik tapi kebanyakan masa macam pontianak jer..kekekekeke

Hah..raya sok siaplah aku mekap very the heavy duty sok nieh..heheheheh  [yerlah tu..silap2 langsung tak pakai sebab sibuk layan anak2 beraya..huhuhu] 

p/s: korang suka mekap tak?  mesti suka kan? seronok tau bila tengok muka jadi lawa jer..kot tak lawa gak tu aku tak tau ar kan..yang penting, kalo dah mekap confirm cantik n lawa..

Jumaat, 20 Ogos 2010

Borak2 dengan anak2..

Memandangkan tak boleh nak letak gambar comel aku [comel sangat ler tu..kuang kuang kuang], meh nak citer kat korang apa yang aku borak2 dengan anak2 aku.  Aku selalu jer layan berborak dengan anak2 aku, kadang2 tu sampai tetiga nak dok ataih riba aku.  Sib baik peha aku besar..leh ler ampung tiga vontot anak2 aku tu.

Satu malam tu dalam kereta, on the way nak balik rumah setelah hari2 berbuka puasa dirumah MIL.  Aku tetiba cakap kat Julia..

Aku:  Mak ingat kan kakak..

Julia: apa dia?

Aku: takdelah sajer2 ingat ..

Julia : mak ingat apa?

Aku:  Anak2 mak nie kan sorang belajar menjahit, sorang jadi tukang mekap dan sorang lagi jadi tukang masak

Julia: hah..nak nak nak..

Aku senyum jer dengan jawapan Julia..

tetiba dia Julia cakap:  tapi kan mak..hmm..kakak rasa kakak dah besar nanti kakak nak keja BOMBA..

Aku nak gelak tapi aku senyum lagi lebar..ini mesti sebab lawatan sambil belajar ke BOMBA tu sebab ada hati nak jadi ahli BOMBA..

Agaknya dulu2 camtu gak makbapak aku dok bayangkan kami adik beradik..sebut makbapak nie..rasa windu la pulakss..huhuhu  Makpak..tunggu yer kepulangan anak mu ini..huhuhhu

Selamat Berhujung Minggu Semua...muaahhh...

Khamis, 19 Ogos 2010

Cian Lidya..

mintak mahap la yer..update untuk minggu nie mang caca marba jer..almaklumlah kan..citer panjang pun tak gunak..

Aku nak citer pasal anak aku no.2 si Lidya.  Petang semalam balik dari keja tengok dia dok jalan tengkak2.  Ingat perhal upanya tapak kaki dia luka.  [tension tul ar..gambar ada tapi wayar usb n card reader takde]  eh takde aku tak cover line yer..mang sungguh nie.  Nak citer dalam blog pun takde mood dah nieh.

So pagi tadi..subuh sepie dah mangkit..mintak dimandikan..siap mandi aku cuci luka dia dengan dettol pehtu tampal dengan plaster.  Soh jalan elok2 pun dengkot2 gak jalan dia.  sian lak aku tengok..aku rasa nie mesti dia tak pakai selipar masa main kat luar dengan akak n adik dia.

aku tak updet pun psl posa n berbuka n sahur kan? hah..nak tau naper?  hari pertama jer aku mangkin sahur masuk hari ke2 ilek pocik..saaampai lah hari nie.  sib baik hubby makan lewat sebab dia sendiri takmo dikejut sahur.  katanya nanti tak puas tido..dah subuh baru dia nak mangkit.  baguss tak? waahh so easy kan? kan? kan?

p/s: korang beli kuih raya..baju raya dah eh?  agghh..baru jer seminggu dah ingat tu semua..kakakaka

Selasa, 17 Ogos 2010

Takde mood...

fuh..fuh..fuh..pergghh..berhabuk..bersawang dah blog aku nieh yer.  Ampunn...bukan sengaja tau tapi aku dah memang takde idea nieh...[alasan apa lagi selain dari MALAS?].  yerlah yerlah no excuse..bak kata pepatah tu kan..nak seribu daya taknak seribu la dalihnya..

Macamla takde benda dibuat sepanjang masa..tido ke apa 24jam tu? tet..sejak kamera dah takde nie mang susah sungguh nak update blog tau [alasan lagi..ada lagi? ada lagi?].  wuihh..aii..berperang dalam hati nie payah woo..

ok ok..tak mau banyak cengkadak..asik beralasan jer kan takde guna..tapi dengan syarat..korang jangan marah eh..no picture [macamlah bila ada gambar blog jadi best yer..tet...]

adeehh...leh lak terlupa nak bawak wayar usb..card reader lak ada orang pinjam..cisss..camner tu?

dah takde mood dah nie weeeihhh..nyampah tul...

p/s: orang pompuan bila BULAN MENGAMBANG, peel dia len macam kan?

p/p/s: cer korang kira baper banyak alasan tu? no wonder aku kena gelar 'loyar buruk' dek kebanyakan orang..

Jumaat, 13 Ogos 2010

Jiran Sepakat..

Hari Ahad hari tu jiran kawasan umah aku tu dok buat perjumpaan.  Rumah aku ler jadi tumpuan..makbapak aku dah nak chow..aipp mana leh..aku tahan dorang balik.  Tunggu aku abih meeting baru leh balik.  Siap ugut kang aku nangis macam budak kecik, saper nak tanggung? kakkaka [janji ugutan aku menjadi].

Baru ajer dok tak sampai 2 tahun, jiran tetangga dah macam kenal lebih 10tahun.  Mesra sungguh..Wa tak tipu wa cakap lu beb..Aku cuma buat juadah meehoon goreng dan sandwich sardin pehtu adalah minuman air sejuk dan panas..ko takkan nak bagi orang minum air kosong..bertuah tul tuan rumah nie.  Bukan susah buat pun..masa dorang datang tu aku dah siap2 semua dah..al maklumlah superwoman [pasan!!].  Tapi dorang tetap nak tolong aku menyapu, basuh skit2 bekas2.

Perjumpaan kami adalah bertujuan untuk menetapkan tarikh untuk kami adakan 'lorong terbuka'.  Setiap rumah dengan hanya 5 orang tetamu sahaja.  Bajet dalam 150 orang.  Setiap rumah kutipan RM100/-.  Menu ada yang dimasak secara gotong royong.  Usai mesyuarat acara makan pun bermula.  Perghh..macam2 ada beb..kek coklat, keropok dan kuih muih serta buah rambutan hasil sumbangan dari setiap yang hadir.  Syukur sangat2 punya jiran yang sporting, baik hati, yang kaypoh [ambil berat daaa.. bukan jaga tepi kain tulah].  Yang perempuan2 nya gila2 tau..tapi takdelah gila sangat pun.  Abih2 kalo gurau tu mang takde nak kecik hati bagai..ilang rindu kat adik badik jadiknya. opss...kang majuk adik badik aku ingat aku dah lupa kat dorang..hehehe

Apapun..tak sabar menantikan kehadiran hari tersebut.

Kat bawah nie gambar kami mesyuarat tu.  Sekeping jer..koser eh nak amek banyak2..aku kena buat air panas daa..

Khamis, 12 Ogos 2010

Senarai Barang Dapur..?

Maleh nak tempek gambar lauk pauk..menguji2 kesabaran orang berpuasa.  [cewaahh..konon2 baik ar tu].  Aku bukan apa..kot kang aku gak yang terliur letak gambar benda makan nie..hehehehe

Hari Sabtu petang masa nak bawak anak2 gi jenjalan aku sempat ar buat list nak beli barang dapur.  Aku taip kali nak beli barang dapur yang banyak [takdelah banyak mana pun..cukup2 utk aku dengan hubby jer n 3 budak2 riang].  Selalu yang buat senarai tu mestilah aku..alangkan buat senarai pun leh lupa beli, inikan pulak ada takde list..lagilah.

Kali nie senarai aku terpanjang la skit sebab hari esoknya tu rumah kitorang jadi tempat perjumpaan jiran lorong tempat tinggal kami tu.  Aku dah plan nak buat meehon goreng singapore plus sandwich sardin.  Of coslah kena senaraikan apa barang yang perlu ditambah untuk bahan2 masakan tu kan.  Dah abih buat list tu, hubby pun tengok...

"mak ai..apo panjang bonar list nieh?"

aku jawab:  "sekali dengan nak beli barang dapur, banyak yang takde"



[sori yer gambar tak berapa nak clear, pakai hp jer]















pehtu, hubby mintak aku pen..[aii..ada lagi ker benda dia nak tambah] "aii..lagi panjang ler list tu kang" kata aku. Dah abih dia tulih..dia pass balik kat aku list tu..memang berangin jer aku tau..sempat lagi dia nak kenakan aku..cuba korang baca yang last sekali tu..apa barang dia letak tu?  EXORA 1.6..hampeh jer kan?
Masa nie dia dah gelak2kan aku..sabarjerlah kalo dapat laki yang suka mengarut2 nie.  Tak nampak ker list tu?  meh aku bagi tunjuk yang besar skit..

nampak tak tu?

tak nampak gak? tak dapek den nak nolong dooo..hehehehe

Rabu, 11 Ogos 2010

Sahur hari pertama..

Amacam sahur..ada yang terlajak?  Ada yang lupa masak nasi?  Ada yang dok makan roti?  Hubby awal2 dah soh aku masak nasi, takut tak sempat katanya.  Eleh masak nasi mana der lama kan?  Nak2 masak atas dapur gas, tak sampai 10minit dah masak dah nasik tu.  Tapi jangan lupa ar kecikkan api time kering then jangan lupa lak nak matikan api gas tu bila nasik dah masak..hangit kalu..ptong stim jer weih..

Aku sempat la sahur [cewaah eksen..baru hari pertama sok masuk hari kedua dan seterusnya tak taulah camner].  Aku sempat goreng ayam dan panaskan gulai yang ditapau dari umah MIL. hehehehe..  Tolong masak takde tapi selamba jer aku menapau..heeheehehe

hah...sebelum terlupa, nie aku nak bagi tau masa aku abih makan tu, memula aku minum segelas air.  Lepas tu pulak aku minum air yang dicampur madu lebah segelas jugak.  Maklumlah bulan posa nie kita waktu siang kita perlukan gula sebagai tenaga.  Bila badan cukup kandungan gula, takdelah nak berangin jer.  Betul tak?  Lepaih nie aku nak carik kurma lak..dulu2 kan Nabi Muhammad SAW rajin makan kurma.  Maklumlah kurma kan ada kandungan gula semulajadi jugak.  So, perut tu takdelah rasa lapar sangat.  Lagi satu, kalo boleh janganlah makan yang pedas masa sahur tu.  Bila kita makan yang pedas2 bila siang kita pasti rasa pedih ulu hati sebab makanan pedas kan ada gas.  [ewaahh..tetiba feeling pakar pemakanan lak..kakakaka].

By the way, semalam aku tak dapat nak tunjuk kat korang the picture of my anak sedara...

hah..inilah dia Fatnun my anak sedara yang comei sebijik macam mak sedara dia nie..[ndak gak angkat tu..kakakaka].  Tak larat wo nak dukung lelama..very the padat badan dia.  aisshh...boleh lak tetiba alih topik sahur ke topik tunjuk gambar anak buah..ampun..orang posa pikiran dia mang tah apa2 ar..kakaka [giat dok carik alasan nak cover line woo..kekekeke]

hmm..dah terbayang2 dah bazar ramadhan dengan pelbagai jenis makanan..eh jab..bukan puasa melatih kita untuk mengenang mereka yang kelaparan ker?  puasa juga bukan menguji kesabaran ker?  tettt..kalo dah nafsu tu kan..adeeehh very2 the gitu..ampppuunnn lagiiikk...

Selasa, 10 Ogos 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

[picture dari hasil di google]

RAKAN2 BLOGGER SEKALIAN:

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

SEMOGA IBADAT PUASA KITA DITERIMA OLEHNYA

MOGA KITA BUKAN SAHAJA DIBERKATI DIBULAN MULIA INI MALAH PADA BILA2 MASA PUN..

AMINNNN..

Tetamu Istimewa..

Ampun..kesian blog aku nie 3 hari berturut2 takde citer.  Macam sesaja nak tunjuk muka yang tak berapa nak lawo tu [ker mang tak lawo..kakakaka].

Hari Sabtu hari tu aku off day..nak mentenet kat umah..hmm..[malu ar nak citer, paham2 sudah..kakakaka].  Hubby still kena keja Sabtu tu.  Aku masak gaklah tapi masak nasik goreng jer.  Dah tau dah sure hubby bawak kitorang gi makan luar untuk makan malam [awal bulan kan?..hehehe].

Masa baru selesai makan tu hubby ternampaklah kereta yang amat dikenali lalu masuk ke selekoh taman perumahan kami.  [kami makan dekat jer dengan kawasan rumah].  perghh..mak dan bapak aku datang..cecepat aku tepon bapak soh tunggu jab..takut wo nanti dia tengok umah aku berkunci terus dia balik ke KL balik.  hehehe

Ingat kot makbapak jer yang datang..upanya..ada sorang baby..anak alang si Fathnun..perghh..dah besar dah dia..nak masuk 7bulan..  Yang buat aku terharu tu kan..dia takleh langsung nampak aku lalu mesti melala mintak ambik..pergghh..manja sangatlah tu konon dengan aku yang jarang2 jumpa nieh.

Seronok sangat2 tau.

p/s; aku nak upload gambar nieh tapi lupa nak bawak wayar..camner tu? mencik..!!

Jumaat, 6 Ogos 2010

Bila pakai mekap

Dah kalo orang pompuan, bermekap nie mang minat.  Orang pompuan kan suka benda yang berwarna warni.  Tak caya eh?  Kot tak, takkanlah semua katalog jualan yang 'striking2' jer beb.  Tu semua nak menarik perhatian la tu.  Kebanyakan orang perempuan memang suka sangat2 shopping.  Kot tak suka dengan shopping tu kan confirm dia berlakon jer kata tak suka..kakakakaka [pepandai jer buat teori sendirik yer..]

Ok..

meh aku nak tunjuk dengan korang..gambar aku mekap..lain sesangat woo..[malu ar nak kata cantik..kakakakaka]*konon2 ar malu, sekali kena puji hmm bukan men lagi kembang vontot n hidung* kakakaka..




Ini aku ada sapu foundation stick, concealer, gel eyeliner, loose powder, eyebrow pencil lipstick n lipstick gloss..

aku buat kurang setengah jam..[agaknya kot]

rambut siap blow kat salon tu beb...kakakaka



Nak tengok muka tanpa foundation tak? .....jeng jeng jeng...

.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
.............
..............
...............
.
.
.

ada nampak tak perbezaan? sikit punya lebam mata aku..yang nie w/o foundation..

jadiknya, kalo aku pi keja or ke mana2 akan nampaklah 2 rupa ini takpun silap2 langsung tak pakai mekap.  Aku pakai foundation ikut mood tahap kerajinan [eleh nak jimat foundation tapi tak nak ngakut] kakakakak....


p/s: selamat berhujung minggu yer...

Khamis, 5 Ogos 2010

Sedondon..

perghh..lum apa2 dah siap2 nak gi tempah baju raya dah..hehehehe.  Alaa..baper kali jer pun aku dengan anak2 tak sedondon..kakakaka  Baru jer tahun lepas tak sedondon baju rayanya..tu pun nak kecoh ..menda ar aku nieh..

aishh..belum apa2 dah pk psl baju raya dah..semangat nak raya ker apa aku nieh? kakakakaka *mata kedip2* malu konon..

kuih raya kali nie tak nak beli banyak2..rugi jer..tak abih..sudahnya masuk dalam tong sampah.  Kali nie beli yang kecik2 punya paket udah.  Ada dah start jual kan?  ewaah..dan2 tu ar nak tanya.  Belinya belum tentu.  Kali nie 1st raya balik KL..yerlah2 taulah korang ada kampung..aku pun ada kampung gak..kampung pamtaik dalam ..kakakaka [banyak loji ar situ weih..] hah..tapi naper masa aku dok situ tak gemuk tapi kuar dari situ lak jadik gemuk? hahahaha..[apa motif lak nieh..tetiba citer ke lain.]  sahih penyakit weng2 sudah mari..

layan jerlah yer..eh korang nak tengok tak apa kain aku beli untuk raya tu sok? aiipp..mana boleh beb..kena ar tunggu raya sok..kakakakaka

orait..chow win..

p/s: thks to those yang sudi buat tag w/pun aku belum pun bagi tau ..yang belum buat tu sudi2 buat yer..heheheeh

Rabu, 4 Ogos 2010

Cute Teddy Bears Give Away

Hah..adalah saya Puan Ida telah ditag dek ibu bertuah.  Mama Qistina ibu muda yang berusia 27 tahun.  Baru punya anak sorang gitu..baby gal.  Comei..semua baby mang comei tapi bila dia meragam hilang comei woo.  sajer jer nak heboh umur orang, diri sendiri lagik tua tak sedar..kakakakaka

Ini bersempena dengan cute mum yang dok buat contest katanya.  Contest dia tajuk macam kat ataih tu ler.  Kena jadik follower to Cute mama dulu sebelum masuk contest yer.  Dah jadi follower kang barula valid or sahih ko leh join contest nieh.

Saper ada anak2 yang masih kecik dan comel tu..hah leh ar join contest nie.  Ada masa lagik pun.  Contest nie last pada 13 Ogos nanti.


Hah..ini part paling sukar untuk aku lakukan..Nak Tag orang balik..Harap2 yang kena tag tulun buat eh..pelisssss..[muka sadis nie weih..]

4. my beloved bro[wa tak paksa lu buat bro, tapi lu buat kira terbaikkkk..]
5. faizzah [kenal dia dr bujeng smp dah ada anak tp jumpa lgsg x pernah]

pada yang kena tag..ampun yer ..

Selasa, 3 Ogos 2010

Mee Goreng(for beginners)

Sowi ler gang takde gambor yer.  Aku pun bukan terer masaknya pun.  Untuk lepaih tekak sendiri boleh ar kot sedap kat tekak orang tu aku tak taulah.  Resipi atas permintaan seorang kawan yang macam aku gak terhegeh2 nak belajar masak. heheheeheh

Perlu diingat juga resipi nie bila bahan2 kat umah sangatlah terhad yer [style laki ko malas nak gi kedai belikan bahan tapi makan nak sedap...kuikuikui].

Siap siaga semua yer..

Bahan2:-
1 bungkus mee kuning
1 biji telur [nak letak 2 biji pun boleh]
Cili boh [senang tak yah mesin cili kering]
bawang kecik, bawang putih [ditumbuk/mesin lagi cepat]
kot nak letak bawang besar pun boleh gak
taugeh, daun kucai[letak sawi pun boleh] kot takde pun takper
sos tiram, sos cili, sos tomato
kicap pekat[kicap biasa tu pun boleh gak]

Cara2nya:
-Tumis bawang kecik n bawang putih [kadang2 aku tumbuk dengan sedikit ikan bilis untuk menambah rasa]
- dah naik bau masukkan cili boh, sos tiram, sos cili n sos tomato serta kicap
- masukkan lak mee serta sayuran..
- last skali masukkan telur [takpun buat telur mata kerbau pun ok gak beb]

p/s: aku tak campak garam sebab nanti mee gorang jadik lagi masin..tak yah lelama sangat pun nanti terlalu kering..

senang jer untuk sarapan pagi atau minum petang..

p/s: tak sedap ker sedap ke aku tak leh nak jamin tau..risikonya korang tanggungglah sendiri yer..

Isnin, 2 Ogos 2010

Gaya Model [kononnya..]

Cian blog aku..terabai 2-3hari udahnya..nak buat camner..tuan punya blog konon2 sibuk walaupun takdelah sesibuk mana pun..hehehe

Seronok tengok gelagat anak2 yang bila kita rasa gundah gulana..hilang sekelip mata.



konon tunjuk 'peace'..

"mak..tik[cantik]? tanya Dania.

"wui yooohh...cantiknya, comelnya anak mak nie", konon2 puji ar melambung.  Terus jadi minah poyos..kekkekeke













Kakak dia pun tak nak kalah beb..

Si Lidya lak tanya aku "mak, cantik tak?" 
"wuiihh..cantiknya..." jawab aku.
Sengih jer dia bila kena puji..










Aik..mana lagi sorang..yang paling tua si Julia masa nie sangatlah tak sihat..demam..kesian dia.  Semalam bawak gi makan, dia muntah balik.  Hari nie langsung tak pegi sekolah.  Harap2 sihat sebelum hari Khamis nie sebab dia ada lawatan sambil belajar ke Balai Bomba.

Khamis, 29 Julai 2010

Macam tak percaya..

Patutnya aku nak letak gambar si Lidya dengan kek pinknya.  Tapi atas ada kejadian yang aku tempuh ini buatkan aku rasa macam tak percaya ianya terjadi.  Sebelum aku sambung bercerita harap2 jangan ada yang salah faham apa yang aku cuba sampaikan nie.

Selepas aku hantar Julia ke kelas dia, aku berjalan pastinya terdengar suara2 sumbang mambang cikgu cikgi menasihat, menegur serta memberitahu murid2 tentang peraturan sekolah.  Ada yang hilang bukulah, beg dompet lah.  Maklumlah sekolah rendah..tau jerlah kan perangai dan kerenah mereka.

Ada satu kejadian nie..seorang guru lelaki yang mempunyai suara yang besar dan lantang.  Kalau tak pakai microphone pun suara dia memang jelas didengar.  Dari apa yang aku perhatikan, guru nie tentulah seorang yang garang.

Di satu perhimpunan guru lelaki nie dok announce apa la kan..yang pasti mintak murid2 diam.  Memang satu masalah budak2 kalo jumpa kengkawan dorang, tak kira dimana, bila..ada jer benda nak diceritakan.  Lepas tu dia soh perhatikan lencana masing2.  tup..tup mungkin ada gak yang bukak mulut bercakap.  Terus kena marah..ayat yang memang tak patut keluar dari mulut dia..yang lebih kurang bunyiknya gini:

saya suruh tengok lencana..bukan dengan mulut..kenapa nak bercakap..bodohnya kau!

Dari kejauhan takdelah jauh sangat pun, kepala aku terus tertoleh...walaupun dia tak guna microphone masa tu, i can hear very clear.  Aku rasa macam tak percaya ayat yang keluar tu dari seorang guru.  Mungkin dia terasa silap takpun terperasan orang dok perhatikan dia terus suara dia kendur skit. Dia sambung lagi ayat dia..

hah..minta maaflah yer..saya dah cakap, melihat dengan mata, bla..bla patutlah kamu nie pandai2 jer semua..

Masuk dalam kereta, terus aku citer dengan hubby.  "Mulut cikgu tu cam [ehem] selamba jer cakap anak orang bodoh."

Hubby pun cakap, "tulah, manalah anak murid nak suka gi sekolah kalo dah macam tu"."ditakutkan dengan buat garang2 camtu".

Perlukah cikgu tu nak hangin sampai kuar perkataan 'bodoh' tu?  Budak2 tu pun budak2 sekolah rendah..diulang sekolah rendah yer.  Kalau pandai takdelah makpak anta anak2 ke sekolah der.  Nak bagi dorang cerdik tulah makanya dihantar ke skolah.  betul tak?

Rabu, 28 Julai 2010

Daily Prize Project Alpha 2

Cuba teka apa dalam beg kertas nieh?  Macam ada henpon jer kan?  Takdelah..Tu sebablah orang dah salah sangka...dok ingat aku dapat hadiah untuk wayang SALT tu hah..Dapat kali pertama mang best woo dapat lagi kali kedua laaaagggiii besssttt....wooo...hehehhehe


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaa...got cap and Adidas nya deodarant...wangi wa cakap lu...hubby dah chop dulu..'cap' tu taknak lak dia chop..sabarjerlah..

28 Julai-Birthday Lidya

Hari nie genap anak no.2 aku si Lidya Camelia tu 4 tahun...Masih berlampin..aku tak punya masa untuk latih dia sepertimana aku latih kakaknya dulu.  Dah tau malu bila diejek tapi tulah tak jugak pandai nak ke tandas.  Nak amek coti panjang macam kakak dulu..pergghh...2mingg tu beb..

Ketika berusia 2 tahun masih jugak belum pandai bertutur dengan betul. Hanya beberapa perkataan yang kami paham selebihnya pandai2lah agak apa yang diperkatakannya.  Digelak 'jerman' kerana masalah pertuturannya tu.  Tapi hari nie saper sangka, ayat yang keluar kadang2 diluar jangkaan kami.  Hanya dia seorang antara 3 beradik yang punya lesung pipi sebelah kanan.  Kulit paling gelap tapi paling manis senyuman..ewaaaahh..terlebih puji la pulokk..aku sendiri nak muntohh..hehehehee

Apapun, moga Allah swt melindungi kamu dan menjadikan kamu anak yang solehah, Lidya.  Harapan makayah tentulah tinggi menggunung namun kami tidak akan terlalu memaksa kamu menjadi yang terbaik.  Cukup besar hati mak dan ayah melihat kamu gembira, sejahtera serta bahagia dalam kehidupan kamu.






Selamat Hari Lahir Sayang..Moga Panjang Umur, Murah Rezeki kamu , diberkati dah dirahmati selalu oleh Allah swt..amin ya rabbal alamin...

Luv you darling..muaahhh...

Selasa, 27 Julai 2010

Makan kat ZEN

Sebelum kitorang gi tengok wayang tu kan..perut aku dah lapor la pulak.  Konon2 nak cubalah kan kat Zen tu hah..meh tengok apa yang kitorang mamam...hikksss..


aku order mushroom..alahai..cair ko..lada hitam dia mak aiii..punyalah selambak dia letak..tapi lapar punya pasal masuk gak dalam perut, tak abih pun ..hampeh tul..spoilt jer mood selera makan jer tau..





Ateh lak order fish & chip..rasa dia oklah kan..rasa ikan la takkan rasa ayam pulak..kakakaka








mini mud cake...perghhh..mang sedap..memang smooth jer masuk dalam mulut..nikmat tul....aiskrim coklat kot dalam dia..aku tak tau tapi memang syedapp..











white vanilla caramel kot..aku pun dah lupa..oklah boleh ar..






green apple kasturi..hmm..korang tengok dengan jelas kan? punyalah cair ko..tapi depan rezeki mang tak baik bersungut2 sangat..so, minum jerlah yer..








Ateh siap cakap kat aku.."macam orang bujang jer ko nie ngah"..selamba jer aku jawab "bila masa pulak aku dah kahwin?".  Pehtu dua2 tergelak..hehehe..sajer jer ek macam orang lupa ingatan..hahahaha..

Tengok Wayang 'SALT'

Aku dapat jemputan pegi tengok wayang free citer "SALT"..best tak citer dia?  pergghh...malatops woo..
Maklumlah kan..dapat tengok free..apa2 yang free sure bestnyalah..hahahaha  Aku gi dengan saper?  aiishh..bukan dengan my hubby lah..dengan my beloved sis, Ateh..

Nuffnang staff nie baik hati sunggulah weih..[bukan bodek tauu, memang realiti].  Aku menang kali kedua daily project Alpha tu hah..yup kali ke-2.  Kali pertama masa minggu 2 dan kali kedua tu minggu 35.  Kali pertama aku siap apply coti gi amek.  Kali kedua tu takkan nak amek coti lagi kan?  So, dari hari ke minggu ke bulan nak gi amek kat opis NN tak gak dapat.  Sudahnya dapat jemputan gi tengok wayang free nie aku email kat dorang kirimkan hadiah tu dibawak kat aku.  Ingat kot tak boleh..waaah..dorang reply, boleh no problem.  Thanks Robb, baik sungguhlah hati bawakkan dari opis untuk I.  Dah orang ingat aku yang menang kamera tu weihh..kot menang bebetul tu takper gak.  Seronok gak..hmm..hampeh tak dapat la pulak..Orang len menang, Nadrah ke apa nama dia. 




tiket untuk preview tu hah..satu Ateh amek nak tampal nak buat kenangan katanya..









Seronok tak citer dia? pergggh...very the happening woo stunt dia beb..mang sangatlah best..

eh..korang gi ar tengok ..29hb nie dia start.  tengok tau jangan tak tengok...tapi kalo tak best jangan salahkan aku lak yer..aku kalo tengok citer action2 cenggini mang suka ar sangat2.  yerlah kan Angelina Jolie nie kalo citer action2 nie memang jadik jer kan.  hahh..la nie aku tak sabar nak tengok citer ResidentEvil tu hah..kot ada contest mang aku join jer beb..mana tau kot dapat tengok free lagik.


p/s: sesekali dapat lepas sendirian buat xtvt sendiri nie kan...rasa siook jer kan?  tapi takdelah sampai lupa hubby & anak2 beb..

p/s/s: tq my hubby for letting me go ..luv u..muaah..[dapat bebas luv u sesajer, kot tak kang, moncong sedepa..kakakaka]

p/s/s/s: tetiba semangat kerajinan menghupdet blog menerpa...layan jerrrr...kuikuikui..

Kolam Renang Awam Paroi

haii...sori geng lama tak citer2 kat sini..anak2 sibuk nak belajar alif ba ta kat u-tube tu hahnak tunggu dorang tido dengan aku2 sekali zzzz..[apa kena mengena dengan nak update blog eh?] ekekekeke..alasan tak boleh pakai la...macamlah korang kisah kan? akakakaka..

hah..petang sabtu hari tu lepas Asar [citer hari sabtu hari nie baru nak citer, apa kes?] hubby dah soh siap2 ajak gi kolam renang paroi tu hah.  Kakak@Julia dah tak sesabar nak pegi siap melonjak2 kesukaan.  Maklumlah bukan selalu dapat peginya kan..sekali dapat peluang pergghh..punyalah seronoknya haiii.

Masuk kena bayar ker?  Tu dah semestinya beb..hari2 biasa kadar murah jer RM1[aku tak ingat ler tapi kalau hari biasa memang murah].  Hari Sabtu, Ahad & coti umum yang dah kertu macam aku, macam korang kena caj RM2.50 then budak bawah 12tahun RM1.50; u berenang or not still kena caj yer.  Unless yang jaga kaunter tu kenal baik korang leh ar masuk free..hehehehe

Memula tu aku memang takde hajat langsung nak cecah kaki masuk kolam tu.  Tapi dek kesian kat kakak yang dok jaga adiknya jer, ndak tak ndak aku masuk gak.  Dengan tak bawak baju spare, aku balik umah dalam lencun separuh yer..lantak ar seat dalam kereta lencun sama..lapik dengan towel pun tak jalan..maklumlah yang basahnya besar gedabak kan..kakakakaka [gelak dalam tangisan nieh weiiihh]




see..terserlah betapa seorang kakak yang bakal berusia 6thn Nov. nie menjaga adik bongsunya..yang budak baju merah tu mang takde peduli der..buat hal sendiri jer..










"dik, macam mana kakak nak berenang nie? jangan ar ikut kakak".."dok tepi sini kakak nak berenang lak"








"dok sini kejab tau" kata Julia kat adik dia..

si Dania nie pun lagak macam dah besar jer..konon2 tak nak orang pegang dia..tah baper kali tenggelam dalam air..kakaka

tu yang maknya ndak tak ndak kena gak masuk sekali..









tengoklah budak baju merah si Lidya tu..tak heran kat adik dia der..sesekali dok panggil kakak dia main air sesama..








nampak tak..nampak tak? alah yang pakai t-shirt biru tu..sajer amek dari jejauh nampak lah kecik jer..kakakak
takdelah..sebenarnya masa nie hubby dok belek hp aku, tak tau lak dia dok snap gambar nie..
hubby tukang perati dari jauh jer dan tolong jaga beg..





Balik dari sini singgah ke 7-11...ko punyalah sejuk aku dibuatnya..dengan lencun2 tu masuk tempat air-cond..sib baik tak kena semput..dah konon2 ingat nak beli jajan kejab jer..dah kalo bawak kanak2 riang nie ada jerlah kerenah dorang..

Jumaat, 23 Julai 2010

Pizza for lunch

errrkkk...Alhamdulillah..apsal tiap kali orang makan free, sure sedap eh?  Time beli sendiri takdelah rasa sesedap mana..rasa kelat semacam jer.  [korang rasa macam tu gak, ke aku orang jer? kekekeek]

dah tinggal sekeping..kepak pun tinggal tulang jew..

lor, dah abih baru nak letak gambar? takper taknak bagi korang terliur..[baiknya cover line]kakakakaka
Jus oren pun tinggal steng jew weiih..

Cuba teka baper orang makan tu? hahahahaaha aku pun macam tak caya jer nieh...minggu nie minggu tak yah diet..minggu mentekedarah tak hingat dunia namanya yer..wakakaka

Khamis, 22 Julai 2010

ejek-mengejek

Sekarang nie 2 orang anak dara aku si no.2(Lidya) n si kecik (Dania) suka sangat2 jelir lidah.  Asal kena tegur, asal gaduh sesama mesti jelir lidah.  Sangat2 tak suka tau.  Mungkin pengaruh TV yang dorang tengok hari2 takpun ada tok guru yang mengajar.  Kakak pun penah gak buat tapi aku penah tegur dan marah perbuatan dia tu.  Korang aku nak bagitau nieh..kalo perbuatan anak2 tu tak baik tengah dibuat jangan la digelak yer..nanti anak2 dok ingat perangai tak baik tu adalah tak salah.

Ok, aku nak citer ada ar sekali tu aku marah Lidya buat something yang tak elok [tak hingat], boleh dia tetiba 'uweekk' jelir lidah kat aku.  Dah lah ko buat perangai tak elok, ditegur dek mak ko ko ejek dia yer.  "pap"..aku tampar mulur dia.  Takdelah kuat sangat pun..kot kuat mau berdarah kot.  Kira2 aku tampar tu sebab dia dekat sangat dengan aku, cepat jerlah tangan nie nak naiknya pun.

Haruslah dia melalak kan?  Dalam dok melalak tu dia sungkup kepala riba aku, sambil men-yound aku
"mak nie suka-suka jer tampar Lidya tau".  Perghh...ayat budak nak masuk 4tahun, very2 the jer tau.  Aku jawablah "dahtu saper soh ko jelir lidah camtu?".  "kan mak dah kata sebelum nie jangan, ko buat gak, mang ar kena".  Lidya pun senyap..nangih pun sekejab dah tau la tu salah dia.





owhh..ini bukan kena pukul dengan aku tapi masa nie dia bergaduh dengan sepupu dia si Amal..berebut mainan punya pasal

mak, janganlah amek gambar Lidya..kata dia dalam tangisan..








Dania pun macam tu gak dijelirnya lidah kat uwan dia.  Mang dah naik dah tangan tapi sebab atok n uwan dia ada semalam bagi warning siap cakap kuat2 tu "nyaris ko nak kena lempang, mak tak ajar ko jelir2 lidah nie der.  Sekali lagi ko buat, siap".

Ada orang cakap jangan guna kekerasan kat anak2.  hmmm..try my best already tapi sometimes kena gak tegas.  Aku takdelah sampai nak sepak terajang.  hah tu melampau tahap gabanz ar tuh.  Aku masih waras lagi, masih terbayang menahan sakit melahirkan dorang.  Aku mang sangat tak suka naik tangan kat anak2.  Kalo dah diberitahu jangan buat, tapi dibuat gak.  Mang kenalah kan.  Denda tak bagi tengok tv kadang2 jalan tapi selalunya tak jalan woo..kekekeekke

So, korang camner eh? penah naik tangan tak?  ker korang lagi garang? hehehehee..

Selasa, 20 Julai 2010

Bila jerawat naik..



Sangat takde mood...nak picit tapi tak boleh lagi..

jari jemari asik dok nak gentel jer tempat tu..

Sok dah pecah..tinggal parut..nak kasik hilang itu parut sangatlah lama tau.  Maklumlah dah kertu nie kan..[tetiba ngaku kertu..oklah tu sedar diri dari langsung tak sedar diri...kakakaka]




Member aku soh gi buat facial..soh letak pelembab lah itulah inilah.  Halo..kalo dia nak naik tu kan takde bagi warning der..[eh ada warning tapi mang tak leh nak elak pun].  Siap dipadan2 kan aku, tulah makan cili banyak sangat..ewaaahh..sedap betul mulut dia ngata aku.  Mentang2 dia rajin gi buat facial...nak ek dengan aku.  argggh...tension tul.  eh..takleh tension nanti lagi banyak..hmm gua tenang jer nieh.  Kot tak tenang..hmm dah parut dah tu.

Apa nak buat eh?  Tingat time skool dulu..selamba jer amek celak buat taik lalat...kakakaka.  La nie koser eh nak buat camtu buruk nau rupanya.

Dah tu jer nak ngadu..wa ada jerawat..kakakakak.  [tupun nak ngadu..blewweekkk].

Ahad, 18 Julai 2010

Cekodok

Hari nie pepagi [takde pagi sangat pun] dengan cuaca yang mendung, mata punyalah taknak bukak.  Badan pulak melekat jer kat tilam.  Nak tunggu hubby gi beli breakfast kang jadi makan tengahari lak. Tengok tepung ada lagi..hah elok ar leh buat cekodok cecah sambal goreng ikan bilis.  Tapi boleh pulak ikan bilis dah abih, hubby soh letak telur, eiiihh..bosan asik sambal telur hancur tu.  Sementara tu cecah jerlah dengan sambal kosong tu hah..kekekeke



hah..makan panas2 memang malatops...anak2 aku berulang makan sebab garing..kruk krak kruk krak dorang dok ngunyah..









hah tu dia sambal kosongnya...kot memula hubby kata nak cecah dengan sos cili..dia tengok aku selamba jer dok pulun sorang2 dia amek tambah lagi sambal tu..kekeekee








Korang gi mana hujung minggu nie?  Aku dok umah jer..hujan lebat ar pulak.  Kang nak gi beli susu dan lampin si kecik, silap2 kang hubby gi sorang2 dia jer.  Sabarjerlah..

Khamis, 15 Julai 2010

Lunch di Rahsia Resipi

Bila mc sehari jer sure keja aku jadi banyak..tak banyak pun tetiba aku rasa macam banyak.  Nasib baiklah ada sorang member call ajak gi makan tengahari, dia nak belanja.  Waahh..kalo dah rezeki orang nak belanja tu kan...mang takkan ku tolak, nak2 time tengah2 bulan nie kan hahh lagi laju jer kata 'ok'. kakakaka

Memandangkan tak tau nak makan apa..ahh..boring pulak mintak western2 nie.  Sesamalah kami meng-order local dish Nasi Goreng..dan airnya sama gak.  Takdelah aku nak test ko punya ko nak test aku punya..hikss.






bila panas2 minum air apple kasturi nie kan..perghhh..nikmatnya..nak pulak time tekak rasa payau jer kan..lagilah nikmaaat















Masing2 punyalah hazab nak abihkan...sedap gaklah..








Siap dia tanya aku bila free lagi boleh nak gi ke Japanese food lak kat S2 nun...perghhh jauh tu beb dari Senawang.  Tunggulah one of the day sure aku merasanya gi restoran tu..yang penting ko belanja kakakaka.
Boleh dia jeling aku bila aku cakap nanti bila makan Japanese food kita bayar asing2...errkk..takut aku tengok jelingan dia tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails