Isnin, 11 Januari 2010

Banyaknya habuk..

Punyalah kemaruk dgn fb sampai aku lupa nak bercerita kat sini. Perghh..sesuka hati jer kan..?
Almaklumlah kan aku hanya insan biasa..tak punya cerita yang luar biasa..perghh ayat skema tak hingat tu..hehehehehe

Amacam hujung minggu korang? Best tak?? Mesti best kan? Aku biasa2 ajer..tak de pegi jalan2 pun. Banyak dok umah jer. Dah minggu sebelum tu dok ke sana sini sinun kan, kali nie dok jerlah kat umah.

Kakak dah pun mula bersekolah tadika. Macam yang aku tulih kat status dalam fb, betapa kakak sangatlah bersemangat bersekolah. Harap2 dia seronok ke sekolah rendah jugak ke tahun depan. Sekolah tadika tu mang ar seronok beb, tempat mainan dia betul2 depan mata, kengkawan pun ramai. Sampaikan hari Sabtu pun dia sibuk gak nak gi sekolah. Perghh..kakak o kakak sampai camtu dia nya seronok nak sekolah yer. Jangan sok dah sekolah biasa sok dok buat ragam tak nak pegi pulak..kes naya jer sok. [baper banyak 'sok' daaaa..hehehehe]

Kakak nie sejak dah sekolah, bahasa dia mang hai..rasa nak cubit jer mulut dia tau. Cara dia menjawab [tapi nie mang sebelum sekolah tadika dah mang mulut hampagas jer beb]. Macam yang baru2 nie kitorang gi makan kat luar..dah siap bayar dah dok borak2 lagi. Boleh lak mulut kakak men-yound "ah abih makan tak reti2 nak balik". Perghh..sib baik aku jauh jer dari dia, kot tak mang dah kena dah dengan aku. Kebetulan masa tu bapak aku pun ada dengar, boleh lak dia diam jer. Kot anak sendiri harus pelempang naik ke muka..huhuhu Tapi sebab cucu kan, diam jerlah bapak ku itu.

Kakak sekarang nei tak leh nak citer lebih2 nanti dia jadi mesin rekorder. Penah tu aku tinggalkan laptop dalam bilik ataih lantai.. Balik keja..kakak cakap, "Mak lenkali laptop mak tu letak elok tadi uwan tu bising". Lepas tu dia ajuk apa yang Uwan dok cakap. Perghh..very2 the gitu..hahahaha

Kakak nie kadang2 'over' gak dalam bab menjaga adik2 dia. Garang tu tak yah cakaplah. Laju jer mulut sekali jalan dengan tangan marah adik2 dia. Yang selalu kena tentulah si Lidya yang serba 'sengal' [selamba aku cakap anak aku 'sengal' huhuhu].

Yang best..boleh dah mintak tolong skit2. Tapi yang tak best tu sampaikan basuh pinggan [lebih nak main air jer tu] pun dia sanggup. Belum masuk aku nak basuh beras lagi tu. Korang rasa perlu tak aku larang dia dari tolong aku yang nak siapkan keja dengan kadar yang cepat? Selalunya kalo anak2 aku ada kat dapur, sure aku dok halau dorang pegi main. Salahkan? Patutnya galakkan dorang dok sesama kat dapur tengok aku masak kan? Ker belum masa nya lagi? Tapi bukan ker nak melentur buluh biar dari rebungnya? Cewahh..korang rasa camner..?

p/s: persoalan yang aku rasa aku tau jawapannya..tapi aku perlukan pendapat jugak. TQ

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails