Khamis, 21 Januari 2010

OK..give up..

Cewaahh..tajuk bukan main lagi..kang citer jadi tah apa2 lak kang. Dengan rasa tanpa bersalah langsung dengan blog yang makin lama makin kusam dan kepam...kekekeke apa alasan mau bagi? No idea? tipu r..sibuk? yerlah tu sibuk sangat ler tu..MALAS..hah jawapan terbaik ar tu.

Malas nak cerita yang sedih hatta gembira sekalipun kat blog nie. Takdelah..i tak merajuk ler i cuma MALAS. Jangan kata blog sendiri blog orang lain pun aku g jengah bila ada mood nak jengah nak komen apatah lagi. Amppuuunn..jangan mare..aku tau ada yang sepesen jer dengan aku. Angkat tetikus kalo betul..yeay! hah tengok ada yang dok angkat tu..yerlah kot tak angkat camner nak fungsi..ngeng..kakaakakaka

Diam tak diam dah dekat hujung bulan Januari kan? Rasa baru jer sambut tahun baru tu kan? Hailah hai..bonus dah diumumkan tapi ..maleh den nak cito..pokok eh syukur r ado dari langsung tak dapek. Betul kan? Betull.. [baguss..sendiri tanya sendiri jawab].

Berita gembira yang aku nak kongsi dengan korang satu jer..[ada len lagi ker?...macam takde jer...huhuhu] lagi soklan jawab sendiri. Bapak dah tambah lagi sorang cucu..sebelum nie 5 la nie ada 6 dah..5 gals 1 boy. Tahun 2000 dapat sorang pehtu tahun 2004 lagi sorang pehtu tahun 2006, 2007, 2008 n 2010. Perghh..agak2 mau tambah kah? kakakakaka. Anak bapak yang dah berkahwin 2 orang jer, lagi 3 orang single mingle. aku 3 orang anak dan 3 orang lak dari Alang. Tahniah Alang dengan kelahiran bayi pompuan. [rasa tak sabar jer nak jengok baby baru nie tau..]. alaa..kan ada aku tunjuk kit kelahiran tu? Nanti gambar baby dia aku letak sini dengan kebenaran dia dah pastilah kan.

Ok cerita sedih lak..aku penah citer pasal kakak dah sekolah tadika kan? Hah..la nie dia dah mula buat perangai dah. Dia tak nak dah pergi sekolah. Katanya cikgu dia marah dia. Ini yang tak best nieh. Dah pastilah aku dok bayangkan cikgu tu garang giler. Allah haii..kali bila dia tunjuk kat aku cara cikgu tu marah. aku rasa aku 10kali garang dari cikgu tu. Macam2 cara dah kitorang nak suruh dia pegi sekolah. Okay tak kisahlah kan..semalam aku benarkan dia tak sekolah. Perghh..hubby berangin tu beb..sebab dia tengok kelakuan kakak yang sangat gembira kehendak dia dipenuhi. Nama pun kehendak yang dipenuhi kan, tentulah gumbira lalala.

Pagi nie dia melalak sakan, bersungguh2 dia tak nak ke sekolah tadika dia. Adeehh..pening aku..takanan tu beb. Tapi tetap gak ar dia bersiap. Tak taulah camner lagi idea nak bagi dia suka sekolah balik. Cikgu tu ok jer aku tengok. Kakak nie pun macamlah tak penah kena marah. Ngada ar..camner eh nak bagi dia suka sekolah? Ada lagi 10 bulan nak dilalui nieh..adduuuhhh..pening pening. Tu baru tadika tu..kot sekolah rendah sok camner eh?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails