Jumaat, 26 Februari 2010

Kes ragut menjadi2

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..selawat keatas Nabi Muhammad SAW.

Malam tadi masa aku tengok berita, tak abih2 pasal gejala kehadiran pendatang asing nie.  Nak salahkan saper?  Kat tak ambik dorang keja kang, saper nak tulun buat keja untuk kita?  Ok..that is not the point aku nak cakapkan pun.  Aku nak cakap pasal tips mengelakkan dari diragut.  Tak kira dimana pun silap2 kita boleh jadi sasaran peragut.

Dulu masa aku keja di PJ sec. 13, hampir setiap minggu ada jer cerita pasal orang kena ragut.  Alhamdulillah syukur kejadian tersebut tak pernah berlaku kat aku.  Aku selalu sangat berhati2 bila jalan sorang2.  Di sini aku nak share dengan korang tips keselamatan dari diragut.

-  Sebelum menaiki kereta, sila pastikan kita tak diekori.  Kealpaan boleh menyebabkan kita jadi sasaran.  Sentiasa berhati2 dan berwaspada demi keselamatan diri kita sendiri.

-  Bagi yang menjadi 'ma'am' macam aku..[tak suka sebut penumpang.kekeke].  Aku tak pernah langsung letakkan beg tangan atas riba.  Sebaiknya letakkan beg tangan di bawah kaki kita.

- Yang memandu sendiri pun seeloknya pun buat macam aku gak letakkan shj di bawah tempat duduk sendiri [untuk keselesaan dan keselamatan lebih baik letak di bawah tempat duduk sebelah].  Peragut sekarang nie pun pandai gak memerhati tika kita leka terutamanya ketika lampu isyarat merah.

- Yang bermotosikal tu aku nasihatkan beli sahaja kotak berpenutup demi mengelakkan beg tangan korang dia songlap gak.

-  Yang menjadi 'ma'am' lagi besar tu [naik bas ler], masa nak turun dari bas tu sila pandang kiri dan kanan.  Tak usah nak kelam kabut atau terburu2, sebabnya pastilah kalau kita kelam kelibut tu kita jadi kurang waspada dan kurang berhati2.  Tak lupa jugak jangan memakai barangan kemas berharga yang terlalu sarat hingga menarik perhatian peragut.

-  haa..lagi satu yer..wahai pejalan kaki sekalian..ingat yer jangan sekali2 borak lelama kat handphone.  Inipun menjadikan korang sasaran..maklumlah leka dok borak. Aku penah nak dekat sampai opis, dok borak kat handphone, tetiba ada pulak yang menggatal hon kat aku.  Rupanya bos aku..cet..dia sound aku beb aku tak sepatutnya cakap kat handphone sebab dia kata aku menjadikan diri aku sasaran peragut.  Betul gak dia sound tu kan so, lepas pada tu aku takkan jawap handphone aku yang dok bertalu2 bunyi sehingga aku berada di tempat yang selamat.

Inilah sahaja yang aku ingat nak kongsi dengan pembaca sekelian.  Kot ada yang nak tambah.silakan aku alukan.

6 ulasan :

  1. ermm bagus tip2 tu..tpkan bila masa nak jadi kita mmg akan alpa sikit waktu tu..yuka pnah jd mangsa ragut gak....

    BalasPadam
  2. yuka, psl alpa tulah kita jadi mangsa, kalo kita sentiasa beringat n waspada..insya Allah kita selamat..

    BalasPadam
  3. mmg kita sentiasa berwspada tp peragut ni lebih hebat perancangannya. Deria hidunya( time mencari mangsa) lebih hebat dari deria anjing pengesan.

    walau apapun tiada keseronakan dalam dunia ini melainkan keseronakkan membelasah peragut

    BalasPadam
  4. shameel, belasah2 gak tp jgn smp sendiri msk jel sudah..

    p/s: i follow u gaklah..ehhe..

    BalasPadam
  5. Hello Idahani, just dropped by say hello. How you doin'?
    You keep well and have a great week, best regards, Lee.

    BalasPadam
  6. Hello Uncle Lee, thanks a thousand million asking. I'm so very happy with my family of course.

    I wish the same to you Uncle Lee.

    Warmest regards..Idahani

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails