Rabu, 24 Februari 2010

Malam 16 Feb



Sila klik gambar kalau nak tengok lagi besar yer. Orait..nie nak citer walaupun dah basi. Biasalah kan bila rajin tu selamba jerlah sampai 2 cerita dalam sehari.

Okay korang nampak tak lampu merah yang berderet2 tu? hah..aku dan keluarga antara yang tersangkut di bukit putus yang baru tu, elok2 boleh sampai umah aku tak sampai 10minit ni jadi dekat sejam. Perut pun jadi lapar balik tau.

Dengar pulak di radio keseksaan menghadapi jalan sesak di lebuhraya PLUS..aduhh ko terpaksalah bapak dan Alang yang naik kereta lain bermalam di rumah aku. Alhamdulillah..syukur tak dapat balik KL tapi kesudian bapak n Alang nak bermalam kat rumah aku memang aku suka ler sesangat.

Saper yang menghadapi kesesakan yang sama masa nieh? Aku tengok ada gak yang berpatah balik tapi tak taulah kot dorang sambung cuti kecemasan ke apa ke. Tapi suami Alang awal subuh sepie dah zaass balik KL sebab haruslah dia bekerja hari tu.

Bapak pulak setelah melepas penat lelah dan mengqada tido [baper malam dia tak tido dok borak dengan adik beradik dia tu beb]. Lepas maghrib bapak pun beransur balik ke KL.

p/s: aku ada gak terpikir, kalaulah laluan baru Bukit Putus tu takde, weih lagi sesak tau jalan lama tu, silap2 kang haruslah kitorang bermalam jer kat tepi jalan lama bukit tu..eiii..serammm i tau. Korang ada berani???
Posted by Picasa

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails