Rabu, 31 Mac 2010

OLE OLE DARI JAKARTA OLEH YUKA LUV

NAK BAGI TAU..INI STICKY MODE ATAS CUBAAN TUAN PUNYA BLOG UNTUK MEMENANGI CONTEST DARI CIK PUAN YUKA-LUV..silalah scroll ke bawah untuk entry terbaru [kot ada ar..kekekek]

Aku nak bagi tau..
Inilah percubaan aku
Pasti bukan yang pertama..
Inilah peraduan dibuat dek yuka-luv
Demi pemergiannya bercuti ke Jakarta/Bandung
4 hari 3 malam adanya
oooopsss..ampun dipohon pada yang membaca
kat atas tu tiada pula berirama
tidak mengapa asalkan ada yang paham
eh..eh..atau ada kah yang tidak paham??
atau sengaja tidak mahu faham...

Waaaah..cik puan yuka
tentulah sampai di sana
Di Jakarta lah takkan Malaysia pula
Terus dia menjadi jutawan segera
membeli belah agenda utama
kak, saya nak tanya
takkan membeli belah sahaja
tak mencuba spa di sana?

Dah pun kembali dari bercuti di luar negeri
Agak2 di tempat kerja jalannya masih diingati?
Wahai kak yuka janganlah kecik hati
Saya cuma nak sedapkan hati
Sebab saya tak pernah pun ke sana lagi..heehehe

Wahai yuka-luv yang baik hati
harap-harap peserta ini disukai
hadiah diberi seikhlas hati
yang menerima mestilah suka hati

hubungan link sama erti
di sini saya letakkan 2 kali
tak boleh letak lebih 2 kali
takut kot hadiah tak seperti yang dihajati

kalo setakat kain batik jawa
kat sini pun ada
oppss..alamak terlebih sudah
macam apa yang stacy dok kata

alahai eloklah saya berhenti disini
kot nanti yuka-luv pandang sepi
sebab bahasa bukan main lagi

Terkini Pasal Din Beramboi..

Yang aku baca kat http://www.mstar.com.my/, la nie Din Beramboi disyaki Denggi Berdarah.  Dia dah stabil.
Abang Din Beramboi yang masukkan dia ke ward.  Nak tau citer betul nya. klik sini

Alhamdulillah dia stabil.  Moga2 lepas nie terus sihat dan boleh terus melawak.

Hal2 semasa

Malam tadi aku tengok berita sambil2 tu melayan Kakak buat kerja sekolah.  Dalam dok tengok berita tetiba pembaca berita dok bagi tau Din Beramboi sekarang nie koma di Hospital Selayang.  Dia dipercayai terkena virus kencing tikus yang menyebabkan organ dalam badan tidak berfungsi.  Orang ramai diminta menghulur bantuan dengan menderma darah jenis 'O' kerana Din Beramboi memerlukan darah jenis tu.

Aku doakan agar Din Beramboi sembuh segera dan ramailah orang hendaknya yang pergi menderma darah.  Buat keluarga Din Beramboi..tabah hadapi dugaan ini..sama2lah kita berdoa agar segalanya selamat..aminn..

p/s: marilah sesama kita doakan agak Din Beramboi sihat kembali dan dapata memeriahkan dunia artis lawak.

Selasa, 30 Mac 2010

Cameron Highlands

Saper penah pegi Cameron Highlands?  Sila angkat keyboard..kakakakak..wuihhh 99.9% penah pegi tu.  Jealous aku tau.  Aku nie dalam banyak2 tempat yang aku lawat, Cameron Highlands lah aku tak penah pegi.  Tiap kali ada keinginan nak pegi ada jer mulut hampehdotcom dok perli..dok kutuk 'tu tempat untuk orang tua ar'..'tu tempat untuk family jer lah' <-kata2 masa aku bujang ler.

Teringin gak nak nengok ladang teh, ladang strawberi so on so forth.  Ntah bila ar aku merasa nak melawat Cameron Highland tu tah.  Adik beradik aku semua dah gi tengok dah tau.  Aku sorang jer tak penah pegi.  Selalu gak dorang dok perli2 aku..'ngah, ko segala pulau ko dah pegi tapi kalo tempat macam Cameron Highlands tu ko tak pernah sampai, takde makna ar beb'.  Adeehh..ayat2 dorang menikam kalbu sungguh bila didengar.

Tahun nie rasanya tahun aku tak dapat ke mana2 kot.  Tapi elok gak sebab cuti tahun aku dah tinggal baper hari jer lagi nieh.  Coti raya confirm la kena potong tu sok.  Tahun nie gak adik sepupu aku bakal berkahwin.  Sekali 2 beradik [lelaki sorang, pompuan sorang].  Masa kenduri aku dorang ada jer takkan time dorang aku tak leh nak datang lak.

Baru2 nie ada kawan aku pegi ke Cameron Highlands.  Dia pergi dengan family mak n adik beradik dia.  Kawan aku cakap seronok sebab sejuk tapi memang bukan tempat pilihan dia.  Asalkan dapat berkumpul satu keluarga ke mana pun ok jer.  Ingatan dia untuk memberi cenderahati membuatkan aku terharu.



Kalo gi Cameron Highlands, dah jadi 'trade mark' lak ..hampir semua cenderahatinya ialah strawberi.





Sebelum nie pun masa MIL & adik ipar aku pegi rombongan pun segala yang kena mengena strawberi gak dorang beli.  Dari payung ke kasut ke bag ..strawberi sesaja.  Bukan kat sana ada ladang teh terbesar ker? heheheehe..aii..tak paham2 jer aku nie kan?.  Takkan orang nak jual cenderahati bentuk daun teh pulak.  Abihler tak laku nanti..kakakakaa

Isnin, 29 Mac 2010

Jogging Malam 2

Dah 2 kali yakni 2 minggu berturut2 aku pegi ke 'tepian gelanggang' [padang KBN Paroi].  Kalau minggu sebelum nie aku pegi dengan anak2.  aiiihh...kali nie takde beza pun ..heheheheh.  Anak2 aku terlebih excited dari aku sebenarnya.  Kakak tak abih2 dok tanya 'kita pegi malam nie yer mak?'.  Sampai letih dah mulut aku nak jawab 'iyer'.

Petang Sabtu tu hubby ajak gi kedai kasut kat Matahari Heights.  Korang ingat dia nak soh beli kasut untuk aku?  Anak2 dulu yang dia ingat.  Yerlah minggu sebelum nie anak2 aku pakai selipar jer.  Memang tak sesuai untuk dorang ar kan.  Aku lak minggu sebelum nie pakai kasut sukan gak tapi kasut tu memang tak sesuai untuk dipakai berjogging.  Tupun hubby gak yang bagi tau aku.

Lepas Maghrib kami anak beranak pun apa lagi terus je siap2 nak ke padang.  Yang terlebih semangat of coslah anak2 aku.  Maklumlah kat padang tu pun ada disediakan tempat permainan kanak2 yang besar.  Sebelum masuk keta aku mintak dorang posing kasut masing2. Maklumlah kan kasut baru..pandai sungguh dorang buat even si kecik Dania pun pandai.



Ikut arah jam..kasut kilat gold tu tentulah milik Dania RM15 sepasang, diikuti kasut kakak RM10/sepasang then yang tak muat masuk gambar tu tentulah kasut aku gak RM15/sepasang n last skali kasut Lidya sama harga dengan kakak.




Lidya konon2 nak start lari dah..Dania lak hmmm..wat can u say terus dok cangkung kat situ..heheehe






Hubby dah serik nak parking kereta kat dalam kawasan letak kereta padang tu.  Kali nie dia parking kat luar padang then kami pun sama2 lah berjalan kaki ke padang tu.  Nama pun senaman kann? Ndak tak ndak jalan jerlah..kira2 tu dah jadi senaman panaskan badan buat aku.

Selepas aku buat sesi regangan sekejab aku pun berlari satu pusingan dengan Kakak dan Lidya.  Dania lak ayah dia dukung untuk dibawa bermain ke tempat permainan kanak2 tu.  Masuk pusingan ke2, aku berlari ler seorang diri.  Dengan tekad dan semangat konon2 boleh la kurus ..ewaah..

Bila dah selesai 2 pusingan aku pun mencari anak2 aku..Dania menangis sebab tak dapat ikut kakak2 dia.  Cian..tak padan dengan kecik, ada hati nak ikut orang besar..hehhehe..aku pun pujuk main dengan dia sekejab. Kemudian aku mencuba alatan senaman sambil2 tu ajak anak2 ikut kami.  Dah siap tu aku ajak anak2 berlari untuk yang terakhir.  Tergelak2 kitorang..seronok tu beb.

Sejam lebih kami disitu hubby pun ajak balik.  Dalam pada tu sempat lagi aku singgah kedai order air tembikai dan bungkus nasi goreng cili api untuk dimakan dirumah..kakakakakaka. Well..u know what i mean ar kan..No need to explain...

Jumaat, 26 Mac 2010

Jogging malam

Hari Jumaat lepas aku dengan pegi ke 'tepian gelanggang' [padang sukan kelab belia paroi].  Dah lama pun aku nak pegi..hubby walaupun berat nak ikut tapi demi nak tengok isteri tersayang dia cepat kurus..ndak tak ndak kena gak dia heret kaki bawak anak2 sekali.

Waaahh..sekali aku pegi very the happening tau beb.  Macam2 ada..  Kebetulan pulak malam tu ada pertandingan karaoke dan orang yang berjogging malam ramai tau. [so sorry aku tak amek gambar the crowd tapi aku dok sibuk peratikan anak2 and took their pictures].

Seronok mang ler seronok tapi disebabkan aku terlupa nak bawak air untuk diminum adeeehh..rasa nak pengsan pulak rasanya.  Rasanya aku nak pegi lagi malam nie lagi..tapi tulah minggu lepas hubby macam serik jer sebab the angels semua takmo balik sebab seronok main permainan.

Tu pun aku dapat gak berlari 3 round padang tu.  Adeehh..kali pertama yang sangat2 meletihkan aku tapi Alhamdulillah aku boleh gak ler berlari.  Esoknya terdengkot2 aku bjalan..pergghh..terasa ketat segala otot aku.  Setelah selama beberapa tahun aku tak exercise.  Mang tak leh tahan..tapi demi kesihatan yang lebih baik aku harus berusaha untuk kurus. Insya Allah..



nie jerlah gambar yang aku dok amek lepaih tu aku bagi hubby then aku terus gi jogging dengan Lidya sebelum dia join kakak dia main kat tmpt permainan kanak2 tu.





p/s: beria2 jer aku nak kuruskan badan kan? mana tau kot jadik..kalo ingatan jer nak kurus tapi takde usaha manglah tak boleh kurus der.

Yang ditunggu dah tiba

Minggu lepas aku dok bloghopping smp aku terlupa blog aku tak ter'update'.  Nak pulak dengan keadaan Lidya demam diikuti oleh Julia kemudian si kecik Dania.  Bayangkan kalo sorang demam kita tak tentu arah inikan pulak 3 orang.  Tupun nasib baik dorang tak demam serentak..kalau tak, adeeehh..aku lak yang demam.  huhuhu

Minggu lepas aku dok la tengok web nie http://my.bestbuy-world.com/.  Web yang dok jual barangan mekap secara online. Sajer ar nak tengok kot ada barang mekap atau barangan skincare untuk dibeli.  Dah tengok dah congak..aku rasa oklah why not aku cuba yang samplenya dulu and if let say serasi dengan kulit aku boleh ar aku terus guna.

Senang jer pun..apa2 kenalah korang register dulu kot tak nanti ada barang yang berkenan dihati dah dibooked dek orang lain.  So, aku pun pilih dan seterusnya terus buat pembayaran. Pembayaran bolehla di buat pakai m2u or credit card.  Saper dok KL tu lagi untung tau boleh amek by hand tapi kat tempat tertentu like in Bangsar or Damansara kot.  Korang leh tengok sendiri kat web tadi tu.

Aku order hari Rabu then at the same time aku buat bayaran thru m2u.  Hari Khamis tu dorang dah ada confirmation then hair Jumaat terus sampai depan umah.  Tu pun kalo buat bayaran cepat ler kot tak, sendiri mau ingat ler beb.  Kebetulan hari Jumaat tu aku tak keja so aku letak ar alamat umah.

Perlu diingat yer bestbuy-world tak bayar aku sesen pun untuk promote web dorang.  Aku sebagai pembeli tentulah aku nak kongsi pengalaman aku shopping online dengan bestbuy nie.  Barangan yang aku order tu korang leh dapat free jer tapi kena ar spent beratus ringgit.  Kalo tahan 2-3 bulan aku rasa dah kira ok dah.

Kira2 ianya berguna untuk orang macam aku yang jarang2 ke shopping kompleks.  Yang suaminya amatlah takot bininya jadi lupa daratan dan membeli belah yang tak hingat dunia..hahahha  Well, actually leceh pun kalo nak gi shopping bawak budak2 kecik.  Tak boleh nak concentrate langsung tau.  So, shopping online salah satu cara terbaik untuk orang yang punya anak2 kecil berderet macam aku.








bungkusan yang aku terima setelah aku tanggalkan sticker poslaju..

eh lupa lak nak bagi tau..pembelian RM100 ke atas tak de caj penghantaran yer..FOC gitu..hehehe







nie lak setelah dibuka..dia punya buble plastic tu bukan main tebal ko dia letak..which good la kan..kira2 perlindungan untuk barang yang cepat pecah..









setelah dibuka inilah dia barangnya..semuanya set sample yg boleh dipakai untuk sebulan ke 2bulan tengok pada kerajinan tuan punya badan lah yer..

Khamis, 25 Mac 2010

Glee


Picture download from fox.com.  This is my latest favourite tv series babe.  The song "don't stop believin' been downloaded for more than 50000 times.  Memang ler dahsyat nyaahh..Asyik terngiang2 dalam kepala aku nie.

Naper tetiba lak aku suka tengok citer nieh?  Camner eh..aku pun tak tau tapi aku suka jalan cerita yang sangat lah simple dan most importantly the music and song they sing..perghh..rasa nak goyang sama tu beb..hahahaha.  Pelakon2 bukan calang2 orang yer.  Most of them especially Lea Michele [pic above] bergiat aktif in broadway sejak dari belasan tahun lagi.  Pelakon broadway di sana memang disanjung tinggi tau sebab kebolehan mereka berlakon, menyanyi dan menari dengan baik.

Glee nie ada disiarkan di Malaysia nie di Astro Channel Star World [Channel 711] hari Rabu jam 10mlm. Tapi di US dihentikan sementara untuk memberi laluan kepada American Idol.  Korang tau tak citer Glee nie sangatlah top di US sehingga menarik 15juta penonton satu malam. pergghh..

p/s: rasa tak sabar jer nak tengok sambungan dia beb...

Ragam bila kurang sihat


alololo..macam mak nenek jer kan? kekekek..Dania masa nie kat umah sepupu hubby..sangatlah bad mood tau.

Asik melalak jerlah keja dia..macam2 cara aku pujuk dia nak bagi dia diam. Siap umpan bagi susu badan..tak jalan gak.



Last2 amek selendang terus pakaikan kat kepala dia.  Terus dia senyap tapi tulah tak lama pun.  Datang si Lidya pulak berebut selendang dengan adik dia.  Adeehhh..bila anak2 ko tak sihat tu kan elok dok jerlah kat umah.  Mang tak selesa langsung kalo nak bawak gi jenjalan.

Kalau minggu sudah Kakak@Julia demam..minggu nie giliran Dania pulak.  Kakak sekurang2 nya boleh gak lah dia bertolak ansur.  [sib baik demam time coti sekolah..kot tak, kenalah kakak ponteng].  Si kecik nie pulak kalo tak sihat...huiii..bukan angin kencang lagi dah terus ribut taufan.  Dengan jeritan dia boleh didengar selang 3 umah [melampau ar kalo satu taman dengar kan? hehee]

Alhamdulillah..dah pun dia sihat..tapi aku rasa bersalah sesangat.  Masa kakak demam aku sanggup jer amek coti kecemasan tapi bila si kecik nie demam langsung aku tak amek coti.  Biar je dia dengan uwan dia.  Tak patut jer aku rasa.  Sib baik demam dia tak lama..aku bagi jer ubat kakak kat Dania tapi aku kurangkan dosnya.  Silapnya aku takde plaster 'cool fever' tapi nasib baik ada air cap kaki tiga tu hah.  Boleh gaklah kurangkan panas badan Dania tu.

Lidya? Dialah orang pertama yang demam tapi sehari jer..sib baik masa dah nak dekat hujung minggu..selamat la aku nak amek coti.

Harapnya minggu yang baik2 jer minggu nie...ammiiiinnn...

Jumaat, 19 Mac 2010

Lidya Masa Tembam

This is Lidya Camelia..our second daughter..she'll be 4 coming July.  This is she now.  She is so funny..the way she talk..makes us laugh out loud.  Her smile...aahhh..the dimple on her right cheek makes you want to smile too.


alamak..tak dapat lak carik gambar dia terbaru..alone

yang ada pun masa dia makan dalam tido tu kkakakaka









Rasanya aku penah letak gambar yang kat studio nieh..masa nie baru jer abih kenduri cukur jambul.






perasan tak..rambut dia tang tengah takde? kekeeke..dia dgn kakak kecik2 rambut begitu, Dania tak pulak..tapi ketiga2 mereka berambut kerinting tak macam aku berambut lurus..huhuhu





p/s: sebenarnya nak letak gambar yang aku buat 'make over' masa kat midvaley tu..rasa malu ar pulak..kakkaka [tetiba jer..] nantilah kot aku tak malu sok aku tayangkan kat sini..tingat lak kawan aku pun ada buat gak..pakai topi koboi lagi..heehehehe memang rasa cun giler ar masa tu beb..

Jumaat, 12 Mac 2010

Macam2 hal..

The Biggest Loser Asia Season 1, dah tau dah saper pemenang, peserta dari Indonesia, David nama dia.  Tapi nampak sagged ar muka dia beb.  Dia mungkin ndak sangat menang 100k USD tu yang dia beria2 sangat nak kurus.  I was hoping Carlo or Aaron tapi dah si David tu lagi banyak lak turun berat badan dia.

Keputusan SPM pun dah kuar semalam..tingat aku dolu2 berdebar2 nak gi amek result.  Tahniah pada yang dah berjaya mendapat keputusan cemerlang.  Tapi perjuangan kalian masih belum berakhir, dunia kolej/uni sedang menanti.  Kenalah belajar lebih kuat sebab dunia sekolah dan koleh sangatlah berbeza. ewaaahh..pandai jer aku nie.

Tak abih2 pasal orang mengamuk kan?  Kali nie budak2 tadika pulak jadi mangsa.  Dikatuk lak dengan penukul.  Tapi syukur gak kanak2 yang kena tu [3 orang] selamat.  Teringat pula aku dengan kakak yang tengah belajar di Pra sekolah.  Esok last skolah, start hari isnin coti sekolah seminggu.  Awal2 kakak dah cakap boring, 'kakak lagi suka skolah'.  Sejuk hati mak nak ko suka gi sekolah.  Tak tu..adeehh risau mak tau ko tu sampai muntah2 takut nak gi ke tadika Kemas hari tu.

Cikgu Pra sekolah kakak dah bertukar orang lain.  Bila bebudak nie baru jer nak adjust nak sesuaikan diri dengan cikgu diorang, dah tetiba jer dorang tukar cikgu lain.  Dah jadi masalah pada sesetengah budak2 nie.  Ada yang menangis2 taknak ke sekolah.  Kakak takdelah sangat macam tu tapi dia macam risau takut2 kot cikgu yang baru nie marah atau denda dia.  Adeeehh..pening woo..takut sok dah sedap coti sekolah kakak tak mo gi sekolah dah.  Dah ar..tak koser aku nak fikir hal nie sekarang.  Jadi hal sok pepandailah ayah dia nak slow talk dengan cikgu sok..[pandai jer aku kan..hal jer skit pas kat cik abang..]  Tupun kakak soh gak aku buatkan dia nasik goreng sebab cikgu dia pesan saper tak nak makan yang sekolah bagi kena bawak bekal.  Kakak ada masa dia makan kat sekolah tapi selalunya bila dia balik umah, dia makan dengan banyaknya.  Maklumlah dari awal pagi dia langsung tak makan apa2.  Ajak sarapan sama dia tak mau.  Ndak tak ndak kenalah jugak aku sediakan bekal untuk kakak.

Apapun..hujung minggu nie harapnya yang terbaik buat kita..eceh..boleh lak hujung minggu jer..kenalah cakap hari2 baru lah betul..hehehehe

Rabu, 10 Mac 2010

Sangatlah tak suka

Permulaan minggu yang amat menyakitkan hati, menyesakkan perasaan dan segala perasaan yang sangatlah tak shiok.  Moody sangatlah moody aku dibuatnya.  Takperlah..selalu aku peringatkan diri aku untuk tidak lupa bahawasanya hari2 yang dilalui bukanlah selalunya indah, bukan selalu gembira.  Ada gak masa2 yang membuatkan kita rasa geram..yang boleh buat kita down sangat2.

Tapi aku selalu gak peringatkan diri aku bahawasanya selepas mendung itu pasti ada langit yang cerah. ewaaah..tetiba nak jiwang karan jab..kakakakaka  Bebila pun kesedihan aku berdoa agar kesedihan cepat berlalu [sedih tak nak ajer gembira nak selalu..ish..ish..ish..].  Ada orang cakap dan ada gak aku dengar berdoa tu bukan hanya waktu selepas solat.  Doa tu boleh dibuat dimana2 pun, dah tentulah doa yang baik2 jer kan.  Takkan kita nak doa kan yang tak baik lak.

Aku sentiasa berharap agar aku sentiasa menjadi insan yang baik.  Tak kiralah sama ada sebagai isteri, mak dan anak serta cucu.  Mang aku tak boleh jadi seperti Nabi atau Rasul, tapi aku rasa Allah swt menjadikan nabi dan rasul itu sebagai contoh untuk aku ikut. aiiikk..len macam pulak bila baca balik perenggan nie weih..kalau adik beradik aku baca nie sure dorang kutuk aku kawkaw...kakakakaka

Adeehh..camner nak jadik baik camnie..baru jer terpikir boleh pulak ada benda2 negatif masuk.  pssstt..bisikan syaitan kot.  Banyak tul cekadak aku kan? agghh..layan jerlah yer.  Nak jadi yang terbaik memang susah macam gak untuk berjaya dalam hidup.  Kenalah tempuh onak dan duri..ewaaahh..tetiba nak jadi pakar motivasi pulak.  Ada yang muntah hijo nie kang...ker kot ada yang terkeliru takpun terus klik blah tak mo layan blog aku sebab aku dah seweng [sewel n mereng]..kakakakka

p/s: harap maklum tuan punya blog ini sedang nak menyedapkan hatinya yang gundah gulana..haru biru..

Sabtu, 6 Mac 2010

Penat wooo..

ececeh..konon penat sangatlah nie yer.  kalo dah tetiba takde idea tu kan..baik dok ontok[diam] yolah..hehehehehe

hmm..aku tengah bengang nie weih..well..bengang2 sayang..boleh lak bengang tapi sayang..tah mana la aku dapat nie..citer dia camnie..

petang semalam, aku balik dari keja terus la nak mandikan anak2.  Masa dalam bilik air tu, sambil lalu hubby dok mandang kat Lidya dan cakap 'eh, gemuk!.  Aku terus keluar bilik air tanya kat hubby.  "yang, awak panggil saper gemuk tu? Lidya ker saya?"  Jam2 tu gak dia sengih jer.  Ko...hangin aku tau..macamlah dia tu slim, macho dan gagah perkasa.  Mencikkkk..

Tapi aku tak der pun nak merajuk dengan hubby tu.  Hubby tau aku tengah berusaha untuk menguruskan badan aku nie.  Yer..aku masih di peringkat awal untuk cuba sedaya upaya menguruskan badan ini.

Insya Allah..aku pasti boleh!! ewaahh..

p/s: dah start guruh sana sini..bakal hujan lebat kot..hubby dah bising soh tutup takut petir..eeeii..tengah ada mood nak blog..soh tutup lak.  Sambung kendian...adiooos..muah

Khamis, 4 Mac 2010

Giliran kakak lak..

Hari Khamis hari tu sekolah kakak ada acara sukan sekolah. Pengalaman pertama aku pegi as a parent. Dulu2 pegi sebab wajib sebagai pelajar. Aku dulu sangatlah tak aktif sukan..kena balik cepat nak tolong mak kat umah punya pasal.

Seronok gak pegi..tukang sorak nya lebih makbapak dari bebudak..kakakaka [termasuk aku]. Acara sukaneka untuk kanak2 pra-sekolah hanya satu sahaja. [kalo aku tau, aku tak yah der amek coti beb..cakap jer kat bos aku masuk lambat]. Takperlah..ingat kot banyak acaranya, mulut aku pun tak reti langsung nak menanya..kakakakakaka memang padan muka aku la kan.

Yang bestnya...kalah atau menang hadiah dia tetap sama..warna jer berlainan..aisay..terlupa ar nak amek gambar hadiah tu. Tapi takper..kita layan gambar jerlah..ada tu yang terselit, aku yer yang tak perasan.





ni masa dorang baru abih berlari..







hah nie pulak masing2 dpt habuan masing2, dibahagikan oleh cikgu








hah nie masing2 dok melepas lelah kot..

Rabu, 3 Mac 2010

Aksi Stunt Lidya

Video nie dah takdelah lama sangat pun. Masa nie aku tengah sarat mengandungkan Dania. Kira2 1.5 tahun yang lepas. Lidya pun belum pandai sangat bercakap. Dia jenis mulut lambat tapi kelakuan dia betul2 menguji kesabaran.

Di akhir klip video nie aku dengan anak sulung aku si Julia tergelak dengan aksi 'ganas' Lidya. Sekarang nie dah turun kat Dania pulak. Tak padan dengan kecik anak bongsu aku tu.

Makan dalam tido?

Harapnya si Lidya dah besar nanti tak marahkan aku. Lidya, kalau malu, nanti mak delete yer..tak pun Lidya sendiri padam, mak bagilah password mak sok nanti..[as if!!]

Ingat nak letak video masa aku dalam pantang dok mengagah si Dania tapi boring ar pulak.  Ewaaahh..mementang ada 3 anak kecik2, statement tak agak-agak tu..kekekekeke

Gambar nie aku amek masa kitorang dah on the way balik dari Palong.  Maklumlah cuaca panas kan, bila kena aircond kat muka dalam kereta haruslah rasa ngantuk tak hingat gitu..hehehehehe

Masa bapak isi minyak kat stesen minyak Petronas, aku sempat beli jajan untuk anak2 aku [untuk aku sebenarnya tapi kata untuk anak..hahahaha]

Nak jadi cerita, aku dok menyuap keropok ke mulut aku sambil tu mulut Lidya pun aku suapkan. Tak sedar langsung masa tu dia dah lalok jer.  hhehehe..tau2 dia dah lentok kat badan aku tapi mulut masih lagi dok mengunyah.


Aku dengan Ateh beria2 gelak time nie. Bila berhenti suap kat mulut dia, boleh lak terbuntang balik mata..kekkekeke  Lidya..Lidya..tah pangai saper ler ko ikut agaknya nieh.  Dah pasti bukan dari aku..kakakakakaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails