Jumaat, 12 Mac 2010

Macam2 hal..

The Biggest Loser Asia Season 1, dah tau dah saper pemenang, peserta dari Indonesia, David nama dia.  Tapi nampak sagged ar muka dia beb.  Dia mungkin ndak sangat menang 100k USD tu yang dia beria2 sangat nak kurus.  I was hoping Carlo or Aaron tapi dah si David tu lagi banyak lak turun berat badan dia.

Keputusan SPM pun dah kuar semalam..tingat aku dolu2 berdebar2 nak gi amek result.  Tahniah pada yang dah berjaya mendapat keputusan cemerlang.  Tapi perjuangan kalian masih belum berakhir, dunia kolej/uni sedang menanti.  Kenalah belajar lebih kuat sebab dunia sekolah dan koleh sangatlah berbeza. ewaaahh..pandai jer aku nie.

Tak abih2 pasal orang mengamuk kan?  Kali nie budak2 tadika pulak jadi mangsa.  Dikatuk lak dengan penukul.  Tapi syukur gak kanak2 yang kena tu [3 orang] selamat.  Teringat pula aku dengan kakak yang tengah belajar di Pra sekolah.  Esok last skolah, start hari isnin coti sekolah seminggu.  Awal2 kakak dah cakap boring, 'kakak lagi suka skolah'.  Sejuk hati mak nak ko suka gi sekolah.  Tak tu..adeehh risau mak tau ko tu sampai muntah2 takut nak gi ke tadika Kemas hari tu.

Cikgu Pra sekolah kakak dah bertukar orang lain.  Bila bebudak nie baru jer nak adjust nak sesuaikan diri dengan cikgu diorang, dah tetiba jer dorang tukar cikgu lain.  Dah jadi masalah pada sesetengah budak2 nie.  Ada yang menangis2 taknak ke sekolah.  Kakak takdelah sangat macam tu tapi dia macam risau takut2 kot cikgu yang baru nie marah atau denda dia.  Adeeehh..pening woo..takut sok dah sedap coti sekolah kakak tak mo gi sekolah dah.  Dah ar..tak koser aku nak fikir hal nie sekarang.  Jadi hal sok pepandailah ayah dia nak slow talk dengan cikgu sok..[pandai jer aku kan..hal jer skit pas kat cik abang..]  Tupun kakak soh gak aku buatkan dia nasik goreng sebab cikgu dia pesan saper tak nak makan yang sekolah bagi kena bawak bekal.  Kakak ada masa dia makan kat sekolah tapi selalunya bila dia balik umah, dia makan dengan banyaknya.  Maklumlah dari awal pagi dia langsung tak makan apa2.  Ajak sarapan sama dia tak mau.  Ndak tak ndak kenalah jugak aku sediakan bekal untuk kakak.

Apapun..hujung minggu nie harapnya yang terbaik buat kita..eceh..boleh lak hujung minggu jer..kenalah cakap hari2 baru lah betul..hehehehe

2 ulasan :

  1. semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa,

    salamm,

    BalasPadam
  2. salam tunbegia..waah, lama tak dgr ceritera..

    insya allah..aman damai hendaknya negara kita..amiinn

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails