Rabu, 10 Mac 2010

Sangatlah tak suka

Permulaan minggu yang amat menyakitkan hati, menyesakkan perasaan dan segala perasaan yang sangatlah tak shiok.  Moody sangatlah moody aku dibuatnya.  Takperlah..selalu aku peringatkan diri aku untuk tidak lupa bahawasanya hari2 yang dilalui bukanlah selalunya indah, bukan selalu gembira.  Ada gak masa2 yang membuatkan kita rasa geram..yang boleh buat kita down sangat2.

Tapi aku selalu gak peringatkan diri aku bahawasanya selepas mendung itu pasti ada langit yang cerah. ewaaah..tetiba nak jiwang karan jab..kakakakaka  Bebila pun kesedihan aku berdoa agar kesedihan cepat berlalu [sedih tak nak ajer gembira nak selalu..ish..ish..ish..].  Ada orang cakap dan ada gak aku dengar berdoa tu bukan hanya waktu selepas solat.  Doa tu boleh dibuat dimana2 pun, dah tentulah doa yang baik2 jer kan.  Takkan kita nak doa kan yang tak baik lak.

Aku sentiasa berharap agar aku sentiasa menjadi insan yang baik.  Tak kiralah sama ada sebagai isteri, mak dan anak serta cucu.  Mang aku tak boleh jadi seperti Nabi atau Rasul, tapi aku rasa Allah swt menjadikan nabi dan rasul itu sebagai contoh untuk aku ikut. aiiikk..len macam pulak bila baca balik perenggan nie weih..kalau adik beradik aku baca nie sure dorang kutuk aku kawkaw...kakakakaka

Adeehh..camner nak jadik baik camnie..baru jer terpikir boleh pulak ada benda2 negatif masuk.  pssstt..bisikan syaitan kot.  Banyak tul cekadak aku kan? agghh..layan jerlah yer.  Nak jadi yang terbaik memang susah macam gak untuk berjaya dalam hidup.  Kenalah tempuh onak dan duri..ewaaahh..tetiba nak jadi pakar motivasi pulak.  Ada yang muntah hijo nie kang...ker kot ada yang terkeliru takpun terus klik blah tak mo layan blog aku sebab aku dah seweng [sewel n mereng]..kakakakka

p/s: harap maklum tuan punya blog ini sedang nak menyedapkan hatinya yang gundah gulana..haru biru..

2 ulasan :

  1. Hello Idahani, not good to be moody. The sun will still come out tomorrow, and birds will sing.
    Meja kayu kerusi rotan,
    Siap dicat bawa ke pekan.
    Kerusi empak jadi rebutan,
    Kaya miskin bukan ukuran.
    You stay easy and keep well. Have a great week, Lee.

    BalasPadam
  2. Dear Uncle Lee,

    Waahh..pandai betul uncle berpantun yer..

    I'm ok, i memang tak suka nak moody lelama..moncong buat muka lagi kedut seribu lah..hilang awet muda..kekekeke

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails