Jumaat, 26 Mac 2010

Yang ditunggu dah tiba

Minggu lepas aku dok bloghopping smp aku terlupa blog aku tak ter'update'.  Nak pulak dengan keadaan Lidya demam diikuti oleh Julia kemudian si kecik Dania.  Bayangkan kalo sorang demam kita tak tentu arah inikan pulak 3 orang.  Tupun nasib baik dorang tak demam serentak..kalau tak, adeeehh..aku lak yang demam.  huhuhu

Minggu lepas aku dok la tengok web nie http://my.bestbuy-world.com/.  Web yang dok jual barangan mekap secara online. Sajer ar nak tengok kot ada barang mekap atau barangan skincare untuk dibeli.  Dah tengok dah congak..aku rasa oklah why not aku cuba yang samplenya dulu and if let say serasi dengan kulit aku boleh ar aku terus guna.

Senang jer pun..apa2 kenalah korang register dulu kot tak nanti ada barang yang berkenan dihati dah dibooked dek orang lain.  So, aku pun pilih dan seterusnya terus buat pembayaran. Pembayaran bolehla di buat pakai m2u or credit card.  Saper dok KL tu lagi untung tau boleh amek by hand tapi kat tempat tertentu like in Bangsar or Damansara kot.  Korang leh tengok sendiri kat web tadi tu.

Aku order hari Rabu then at the same time aku buat bayaran thru m2u.  Hari Khamis tu dorang dah ada confirmation then hair Jumaat terus sampai depan umah.  Tu pun kalo buat bayaran cepat ler kot tak, sendiri mau ingat ler beb.  Kebetulan hari Jumaat tu aku tak keja so aku letak ar alamat umah.

Perlu diingat yer bestbuy-world tak bayar aku sesen pun untuk promote web dorang.  Aku sebagai pembeli tentulah aku nak kongsi pengalaman aku shopping online dengan bestbuy nie.  Barangan yang aku order tu korang leh dapat free jer tapi kena ar spent beratus ringgit.  Kalo tahan 2-3 bulan aku rasa dah kira ok dah.

Kira2 ianya berguna untuk orang macam aku yang jarang2 ke shopping kompleks.  Yang suaminya amatlah takot bininya jadi lupa daratan dan membeli belah yang tak hingat dunia..hahahha  Well, actually leceh pun kalo nak gi shopping bawak budak2 kecik.  Tak boleh nak concentrate langsung tau.  So, shopping online salah satu cara terbaik untuk orang yang punya anak2 kecil berderet macam aku.








bungkusan yang aku terima setelah aku tanggalkan sticker poslaju..

eh lupa lak nak bagi tau..pembelian RM100 ke atas tak de caj penghantaran yer..FOC gitu..hehehe







nie lak setelah dibuka..dia punya buble plastic tu bukan main tebal ko dia letak..which good la kan..kira2 perlindungan untuk barang yang cepat pecah..









setelah dibuka inilah dia barangnya..semuanya set sample yg boleh dipakai untuk sebulan ke 2bulan tengok pada kerajinan tuan punya badan lah yer..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails