Isnin, 12 April 2010

Ayu Raudah & Zaquan

Sebelum aku nak cerita panjang, tahniah kepada pasukan nogori sombilan untuk kejayaan memenangi Piala FA 2010.  waaahhh..kejayaan berganda tu.  Seronok tengok gelagat hubby menonton di depan tv.  Si kakak pun terkekek-kekek dia gelak tengok gelagat hubby meloncat setiap kali ada percubaan gol dek pasukan negeri sembilan.  "mak tengok mak ayah macam monyet, loncat2", kata kakak.

Hari ini aku nak citer pasal hubby dok ngata Ayu Raudah.  Maklumlah kan dikalangan peminat bola sepak yang selalu pegi ke Stadium Paroi tu surelah nampak dak Ayu Raudah nie.  Ada ketika si Rozita Che Wan pun ada sama kat stadium tu. 

Hari minggu baru nie, masa aku dok siapkan anak2, hubby lak tengok tv. Hubby masa tu dok tengok cerita komedi TV1 lakonan Faizal Hussein dan terselit gak Ayu Raudah.  Tajuk citer "salah sangka".  Hubby tak tengok abih pun sebab aku soh dia tolong sikat kan rambut anak esp. si Lidya.  Kakak dah pandai sikat rambut sendiri.  Siap mekap tu beb..kekekeke

Dalam dia dok tengok cerita di tv tu boleh lak tetiba hubby cakap,
Hubby: Ayu Raudah nie kalau dia kahwin dengan si Zakuan sok silap2 boleh gemuk. 
Aku : ishh awak nie tetiba jer boleh tau
Hubbyiyer, saya tengok lengan dia tu, saya dah tau dah.
Aku : "amboi, pandainya awak nak tuduh dia macam tu
Hubby [dengan selamba]: yerlah mestilah saya tau pasal saya pun dulu dah terkena dah
Aku: ??????? sambil tumbuk manja [ikut hati nak tumbuk kuat2]

Ishh...Macamlah aku nie gemuk sangat2.  Mungkin kot...ahaks..Sebelum kahwin bukan main lagi jaga badan tapi bila dah kahwin mulalah terabai segala diet miet.  Dah kena sound dek laki sendiri tau pulak nak tangkap sadis.  huhuhu..

Yerlah hubby oii..ku usahakan nanti untuk kurus seperti masa kita memula bercinta yer.  Hampehdotcom sungguh ler rasanya.  Takperlah janji dia nak gak sound dari dia langsung tak cakap apa2.

p/s: baru terperasan..seminggu aku tak update blog..kakakaka [ker saja2 buat2 tak perasan..kakakaka]

6 ulasan :

  1. idahani...pandai cik abang ida tu gurau2 manja sambil mengenakan wife dia ye...samalah dgn cik abang akak...kalau ada berisi je sikit...mesti dia kata tengok ibu kau ni...rendang tak berbuah...tak baik tau diorang ni...tapi baik juga diorang hint kita supaya kita tau kan?

    BalasPadam
  2. kak anie, yerlahkan kalo dia x cakap kita ingat dia x kisah tp kalo dia dah hint tu kenalah kita paham2 sendiri..

    BalasPadam
  3. salam tuan rumah..
    adoi..gelak sorang2 baca komen hubby awak ni..klakar betul.
    agaknya hubby saya simpan dalm hati je nak komen camtu..kalau komen camtu harus saya nanges 4 ari 4 malam.hehe

    BalasPadam
  4. salam happyirfa..

    Terima kasih kerana sudi singgah blog yg tak seberapa nie n sudi pulak meninggalkan komen..

    hubby saya nie mang tak berani nak sound2 saya..esp bab size badan

    tapi sesekali tu bila terkena takleh nak jwb langsung..kekekeke

    BalasPadam
  5. Hi Idahani, very interesting story. I used to love watching sepak takraw, but never tried that game, takut patah tulang ke simpul kaki, ha ha.
    Have a nice day, Lee.

    BalasPadam
  6. dear uncle lee,

    thx a lot for coming uncle. i think you are suit for a goalkeeper. need not to run and worry bout the patah tulang o simpul kaki.

    u too have a nice day, ida..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails