Rabu, 5 Mei 2010

Oh no..oh tidak!

Bulan nie bulan mengeringkan poket aku jer [eh..bukan tetiap bulan poket aku kering ker? kekeke].  Mana taknya bulan nie jer ada dua majlis perkahwinan 'wajib' hadir buat aku.  Kalo aku tak pegi tak taulah nak sorok rasa bersalah kat sedara mara sok. huhuhuhu..  Dah r 'wajib' pegi n 'wajib' pulak ko kena bagi hadiah takpun hulur duit 'saman'. [kot subur pengantin2 nie sok tahun depan kena lagi saman hadiah untuk baby]. kuang kuang kuang...

Asal coti sekolah jer orang buat kenduri kahwin asal orang kahwin mesti buat masa coti sekolah.  Naper eh? [ewaah..macamlah time aku kahwin dulu buat bukan time coti sekolah..kakakakak].  Maklumlah kan sedara mara ramai yang anak2 yang bersekolah.  Kot buat time sekolah ..hah siaplah ko buat la sorang2 persediaan kahwin ko sok..huhuhuu..menangis ko.  Tapi sekarang nie ramai orang taknak kecah2 dapur lagi dah ramai yang panggil katering jer.  Dari pelaminnya sampailah ke lauk pengantin semua siap jer.  Tapi masih ada lagi yang sangat2 suka kalo dibuat kenduri tu cara gotong royong.  Meriah woo..masa tu la nak kenal sedara mara dekat dan jauh.

Paling tak boleh nak tahan tu kan..yang buat kenduri kahwin hari Sabtu.  Hubby sure mulut pok pek pok pek kata keja swasta mana der coti hari Sabtu.  Ada masa aku diam jer tapi bila dah geram aku sound jer 'time kita kahwin dulu hari Sabtu umah saya then besok tu kat umah awak, dah lupa ker?  Terus dia senyap.  Aku tambah ler lagi.."Awak nikah hari Jumaat malam lak tu sebijik bas dengan baper bijik keta mai?"  Then aku tambah ar lagi bagi dia panas "Tu masa nikah tu, masa bertunang pun macam tu gak per".  "Dah lupa gak ker?"  "Sedara sepupu awak tetap gak ambik coti takde pun dorang bersungut2."  "Hah tu baru sedara belum lagi kengkawan awak dari hari apa dorang datang jenguk awak?".

Kalo dah ayat2 macam tu keluar dari mulut aku dah macam lahar dari mulut naga, kot nak gak menjawab memanglah nak kena power macam ultraman cosmos r kan..kkakakakaka.  Aku suka sedara mara berkumpul beb.  Masa kenduri kahwin, kematian lah kita dapat jumpa sedara pun.  betul tak? betul....
Lain2 hari kita sibuk dengan urusan kita.

4 ulasan :

  1. Bravo ida....memang betul apa yang ida cakap tu...tu sebab dia diam je...

    Time kita dah lepas kenalah time diorang kita pergi pulak kan?

    BalasPadam
  2. kak anie,
    yer betul, dulu2 ms memula kahwin kebnykn wedding sy x pegi sbb hubby taknak gi..rasa2 mgkn dia malu tp lelama aisshh..mang r kena sound..

    BalasPadam
  3. Hello Idahani, ha ha, I enjoyed reading your this posting. Wa, terok two weddings.
    And first time I read this, "Hubby sure mulut pok pek pok pek...".
    Never heard or seen this expression before.
    What does 'pok pek' mean? Ph pia I know, ha ha.
    Have a nice day, and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

    BalasPadam
  4. Hello Uncle Lee,

    I'm so happy that you would spend your valuable time to read and leave such a nice comment.

    'pok pek' means berleter macam mak nenek..

    Ph pia tu apa?

    You too have nice day and simpan banyak2 lagu dalam hati, Ida

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails