Selasa, 11 Mei 2010

Pagar Utama Sekolah..eleh

Aku nie kalo pasal nak berbalas cakap, memang aku suka.  Patut dah jadi lawyer dah, takpun jadi majistret.  Ewaahh..angan2 terlebih sudah..heheheehe  Lawyer tu mang ada dah tapi 'loyar buruk' kakakakaka..
Aku ada jer alasan dan hujah2 konon2 untuk menegakkan kebenaran.  Dolu2 masa bercintan cinton sampai boyfren [la nie dah jadi suami tercinta] maleh nak bertekak dengan aku.  Yerlah kan kot nanti aku kalah, aku gak yang bengang pehtu tetiba nak majuk....kaakakaka

Oklah back to this morning punya citer.  Macam biasalah dah sesiap, kitorang akan hantar kakak ke pra sekolah dia dulu.  Pehtu baru aku hantar Lidya n Dania ke umah Uwan diorang.  So, nak dijadikan cerita, masa aku nak turun dari kereta, kakak tetiba cakap

Kakak:  Ayah, mak, cikgu cakap lenkali tak boleh lalu kat pagar nie.  Kena lalu kat pagar yang kat belakang tu.

Aku:  Perhal lak??!! [dah nak hangin dah]

Kakak:  Cikgu cakap, Guru besar tak bagi nanti dia marah.

Hubby:  yerlah yerlah esokla ayah hantar kat situ

Aku:  Aperhal?  Suka ati akulah nak lalu kat mana pun, ada aku kesah? [punyalah hangin nie]

Selepas aku hantar kakak tu, aku masuk kereta.

Hubby tetiba cakap:  Hari tu saya ada perasan ada sorang budak pakai baju skolah biasa kena panggil dek cikgu yang dok kat pagar tu soh dia guna pagar masuk lagi satu.

Aku [yang lagi ler hangin]:  Ada pagar buat apa?  Bukan nak bagi orang masuk gak ker?  Takper lenkali usaya suruh kakak tolong jawab kat cikgu macam nei.  Cikgu, mak kata dia gemuk tak boleh jalan jauh2 nanti dia 'hongap'(penat).

Hubby: [Diam..tak jawab apa2 dah..]

Sebenarnya tujuan utama pintu utama tak dibenarkan masuk adalah untuk mengelakkan kemalangan pelajar dan kenderaan yang keluar masuk di pintu utama tu.  Kebetulan pagar masuk lagi satu tu jauh dari kelas kakak.  Mandangkan aku nak cepat dan maleh nak jalan jauh, aku mintak hubby hantar jer terus ke depan pagar utama.  Tapi sebab nak sedapkan hati majoriti, esok aku ikut jerlah masuk ikut pagar kecik yang jauh dari kelas kakak tu.  huhuhu..

5 ulasan :

  1. haha...im one of those who like to argue and balas kata juga :-P

    BalasPadam
  2. ohmy, kalo tak menjawab tu tak sah..tak meriah hidup rasanya kan?..hehehe

    BalasPadam
  3. It's fun to argue from time to time. As long as we know where the limit is, kan? :D

    BalasPadam
  4. Idahani...akak pun suka buat camtu...memang hobi kot...hahahah...tau benda tu ada sebab dilakukan demikian...tapi nak jugak membangkang tu...

    BalasPadam
  5. jonshea, yup..as long as the argument do not lead to a fight, it is ok..

    kak anie, tu yg kadang2 bila kena balik tu kita rasa mcm kena pelempang w/pun bukan kena lempang..huhuhu

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails