Isnin, 24 Mei 2010

Sabtu 22 Mei

Di hari Sabtu aku gi bekerja, anak2 aku tinggalkan di rumah jiran.  Uwan dorang takde gi jemputan berzanji.  Sib baik ada jiran yang sangat baik hati nak tolong jagakan.  Segan gak tapi kalo dah terpaksa hilangkan rasa malu tu.  Aku bukan taknak ambil coti, hujung minggu nie aku dah nak kena ambil coti.  Sayang ar beb keja sekerat hari tapi kena ambil coti sehari...rugi la sesangat.  Anak2 aku pun memang dah biasa dengan jiran aku nieh.  So, memang takde masalah dorang tinggal dengan jiran aku tu pun.  Siap seronok lagi ada esp. si kakak. 

Macam hubby dok cakap..tak boleh der buat selalu.  Maklumlah perangai anak2 aku nie sangatlah 'baik' nya.  Tu pun sekerat hari dah macam perangai dorang dok buat terutamanya si Lidya tu.  Siap masuk dalam almari plastik main sorok2.  Adeehh..serik dah jiran aku nak jaga anak2 aku.  huuhuhuu

Sabtu malam minggu tu hubby keluar ke stadium paroi nak gi tengok perlawanan bola sepak.  Permainan hambar dek pasukan negeri sembilan tu buat hubby cepat2 angkat kaki balik.  So, dia tak sempat ler nak tengok insiden jurulatih Negeri Sembilan tu naik hangin.  Penonton haruslah sakit hati giler nak mampus bila pasukan yang dah menang Piala Malaysia tetiba main macam budak sekolah.  Bila peminat dok maki2 taulak nak hangin satu badan.  Itulah standard pemain bola sepak kita, "cakap tak guna, tikam pun tak kena".

Malam yang sama gak aku dapat sms adik sepupu nak datang umah dengan mak dia.  wuiiihh..ko, kelam kabut aku dok sapu remah[remah tu maksud benda2 yang bersepah2 yer].  Masak apa2 yang patut untuk hubby balik dari stadium kang.  Elok selesai semuanya dorang pun sampai.  Hahh..ko apa lagi..sesi pok pek ler.  Tengah sedap2 pok pek pok pek, hubby lak kat dapur tetiba gelap lak umah.  Senyap terus.  kakakaka
Sedara aku pun beransur nak balik..maklumlah kan dah dekat tengah malam..kot tak gelap tu mang harus sambung pok pek pok pek.  Biasalah kan orang pompuan kalo dapat bercerita..tak hingat der..kakakaka

Elok dorang balik jer..tak dan 10 minit, dah terang balik umah aku.  Ceh..macam nak bagi petunjuk jer kat aku. kekekekeke.  Bukan pok pek apa pun beb..citer pasal nak gi kenduri hujung minggu nie kat Palong tu hah.  Tu jerlah pun..ewaaahh...cover line nampak...hahahahaha

Nanti aku sambung cerita pasal hari Ahad...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails