Isnin, 14 Jun 2010

Cerita Hari Sabtu

Hari Sabtu selepas abih waktu keja, kami berdua sahaja pegi ke kenduri kahwin.  hmm..kenalan yang takdelah rapat tapi dah jadi kengkawan gitu.  Anak tuan punya kedai makan yang sebelum ini aku selalu pegi makan dengan hubby.  Bila dah selalu pegi tu jadi kawan borak seterusnya dia menjemput aku ke kenduri kahwinnya.

Aku seorang yang pemalu *wink [malu la sangat kononya..kekekeke].  Aku sempat la melambai ke arah pengantin yang sedap bersantap.  Yerlah kena la tunjuk kat Ida (nama pengantin perempuan) yang aku ada ar datang ke hari persandingannya tu.  Kot nanti dia ingat aku tak datang lak ke hari meriah dia tu.  Aku pun tak de lah sampai sibuk2 nak bergambar dengan pengantin.  Masa makan tu hujan pun turun.  Usai makan, salam mak pengantin berlari ke kereta.  Dalam hujan tu gak aku ambik gambar kat bawah nie.  Kot la rosak hp aku tu tak ker sesia jer jadiknya.  Demi nak ceritera dalam blog punya pasal nie.  Sanggupkan ajer.
















Dah sampai rumah MIL untuk jemput anak2 rileks dalam sejam, gerak balik ke Senawang untuk packing balik Pantai Dalam.  Hubby ku tinggalkan kerana aku pun menumpang kereta makcik sedara untuk balik ke sana.  Hulur gak r duit tol..adat menumpang kereta kenalah ada share skit.  Orang tak mintak pun kita hulurkan ajer.  Malu ar menumpang 'free' jer hatta orang yang dok offer ikut balik sama.

Konon2 balik nak surprise-kan family aku.  Sudahnya aku gak yang kempunan tak dapat main bowling dengan adik2 aku.  Cet..kot tak, sure dapat main free jer bangcik belanja.  Tulah..lenkali nak balik bagi tau takdelah ko balik umah ada mak dengan bapak jer.  Takperlah..tujuan balik pun nak jumpa mak bapak kan? [ayat nak cover line ar tu..kuikuikui].

Semalam aku balik awal sebab nak menghadiri kenduri kahwin di Nilai.  Awal2 pun gelap gak sampai kat umah.  Sebab kitorang menyinggah rumah sedara kat Salak, Sepang.

Nanti sambung wedding kat Nilai tu yer.  Macam2 hal masa nak ke wedding tu.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails