Jumaat, 25 Jun 2010

Kurap Susu

Aku nak share dengan korang tentang apa yang aku buat masa anak2 kena kurap susu nie.  Anak pertama yakni Julia kena gak kurap susu tapi tak seteruk anak aku yang kedua, Lidya dan bongsu[buat masa nie] Dania.  Yang paling teruk terkena kurap susu adalah si Dania.

Perasaan malu sungguh tatkala orang menegur keadaan pipi Dania masa tu.  Rasa macam orang ingat aku nie dah anak 3 orang pun tak reti gak nak handle situasi macam ni.  Kurap susu nie selalunya di pipi atau leher anak2 kita.  Yang kerap kena kurap sisi nie pun bayi yang menyusu badan.  Yang minum susu lembu tu tak pulak aku tau penah terkena ke tak.  Kesian tau tengok anak2 kita dok menggesel tangan kat pipi dia.  Yerlah kan tentulah dia rasa merenyam jer kat pipi dia tu.

Nak kata aku tak jaga kebersihan dorang nie tak jugak.  Setiap kali sebelum dan selepas menyusu badan pasti aku dah lap dengan towel basah.  Mungkin jugak anak2 aku nie tido, air liur dorang terjejeh kena kat pipi kot.  Itu teori aku la kan takpun lagi satu mungkin masa tengah2 malam tu maknya tersengguk dok menahan mengantuk air susu kena pipi.




Kesian tul Dania masa nie.  Puas aku dok pikir naper teruk sangat dia kena kurap susu macam nie sekali.  Baiknya cuma sekejab pehtu jadik balik.








hah..aku nak bagi tau kat korang.  tak kira lah kalo kulit anak kita dijangkiti ruam dimana2 bahagian sekalipun, jangan kita letakkan bedak talkum di atas kulit yang dijangkiti tu.  Bedak talkum tu akan menjadikan ruam semakin merebak tau.  How i know?  hah..pasal penah terjadi kat anak2 aku makanya aku nak bagitau korang hal nie.  Seelok2nya usai anak2 dimandikan kita sapukan losyen takpun krim pencegah ruam dikulit anak2 kita.

Jadi, apa yang patut kita buat bila anak kita kena ruam atau kurap susu nie?  Selain dari kita berjumpa doktor, kita juga boleh guna pelbagai krim yang ada di farmasi.  Tapi yang paling penting kita kena pastikan tempat yang dijangkiti tu bersih dan kering.  Sebelum mandi atau selepas mandi, sentiasa kita lap dengan air suam dan dikeringkan dengan kain yang bersih.  Sama jugak kalau dah terjangkit tu..sentiasa pastikan kita rajin membersihkan kulit anak2 kita tu dan disapukan krim pencegah ruam yang kita dapat dari klinik ataupun yang kita beli kat farmasi.

Jangkitan boleh dielak dengan meletakkan krim, contohnya Vaseline.  Krim nie murah dan kita juga boleh jadikan sebagai lip balm [tetiba lak nak masuk bab kecantikan kat sini].  Selain Vaseline, apa2 petroleum jelly pun boleh.  Krim2 pencegah elok digunakan ketika anak2 atau baby kita tu diawal umur kelahiran -3 bulan sebab masa nie anak2 kita kerap kencing.  Selain dari kena rajin menukar lampin [terutama bayi yang baru lahir], kita boleh letakkan 'nappy liner' dilampin baby tu.  [jangan ingat kita jer ada panty liner yer..baby pun ada gak..hehehe].  Nappy liner nie selalunya buat ibu2 yang memakaikan kain lampin bukan lampin pakai buang tu.  Kalau nak letak pun boleh jer. 

Kat atas tu hah vaseline nya gambar n drapolene hasil dari gambar kat google nun...hehehehe

Ok ar..wa nak chow sin..happy weekend yer..daaaa..

2 ulasan :

  1. Hello Idahani, could it be allergy? Hope they get well soon....
    I guess some kids have sensitive skins....
    Wishing you all best regards, Lee.

    BalasPadam
  2. hello uncle lee,

    sorry for the late reply..been busy lah..
    yup all my children esp. the 2nd had very sensitive skin like me..very delicate..kakaka

    takdelah teruk sangat pun tapi sensitif smp tengok dia asik tergaru2 jer..

    have fun yer uncle lee, idahani

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails