Ahad, 6 Jun 2010

Lauk tengahari


Ampuunn... yer lambat skit. Demi dah berjanji nak tepek tu walaupun dah minum petang. Kat atas tu lah dia yang kami makan tengahari tadi. Gambar atas dari kiri tu ikan cencaru bakar, cendawan + udang masak lemak cili api, ikan goreng kicap [utk my anak2] and bendi goreng telur. hah..tulah dia makanan tengahari kami tadi.

Takdelah sedap mana pun. Masak lemak cili api tu dah pecah minyak.[ to those yang tak tau, pecah minyak means santan dia pecah tatkala dibiarkan mendidih tanpa dikacau]. Itulah akibat mintak tolong kat hubby aku cakap kacau kejab, mang kejab jerlah dia kacau. Sudahnya pecah minyak masak lemak ku itu. Sebenarnya aku kurang nak masak berlemak di hujung minggu sebab hampir setiap hari aku n hubby tapau pegi keja lauk masak lemak nie. Alasan bukan main lagi ko yer beralasan...hehehehe.

Air asam adalah lebihan dari yang aku buat semalam. Memang dah jadi kegemaran hubby makan ikan bakar. Mungkin gak sebab dah kekenyangan makan bihun goreng untuk sarapan maka lauk dimasak tengahari tu aku rasa tak sedap [eleeh..konon cover line..masak memang tak sedap lagi nak bagi alasan kenyang konon..kuikuikui].

hmm..semalam dah seharian jer dok kat rumah. Petang nie aku ingat nak ajak hubby keluar jalan2 sekejab. Dapat sekejab tu dah kira ok sangat buat anak2. yerlah..hari2 biasa kami pegi kerja, dorang dok terperap jer kat umah Uwan dorang. Kira2 hujung minggu adalah hari untuk berjalan2 bagi dorang. Bagi hubby lak hujung minggu adalah hari dia nak santai di rumah. Boringgg wooohh...memang aku memekak2 kat telinga dia ajak kuar ler jawabnya. Tak kuar keta pun takperlah janji dapat kuar rumah. "kembung perut dek makan angin" kata hubby..hahhaha. Buat tak reti jer. Kalo dilayan nanti kot jadi lain lak kang.

Selamat bersuka ria yer...Sapa amek coti bawak anak2 sempena coti sekolah nie? wahh..enjoy yer..jangan sampai lupa nak bukak password email, fb n blog udah..kakakakakaka
Posted by Picasa

4 ulasan :

  1. ida...ada orang kata kalau kita masak lemak cili padi...jarang ianya pecah minyak...akak pun tadi masak lemak cili padi..tapi lemak telur dengan belimbing...pastu buat sambal tumis ikan pari kering...memang sedap

    BalasPadam
  2. ntah lah kak anie tah camner ntah..mmg cfm pecah minyak tadi..api kuat sgt tadi pun iyer gak wpun dah pusing plg bwh..sambal apa pun sodap kak anie..my favourite tu...hehhehehe

    BalasPadam
  3. wowww cam masak restoren je dah nehhh, hebat2 hehehe, teliuq ai daaaa

    BalasPadam
  4. aleeya, restoran mendanya dik non..utk mkn ahli keluarga oklah beb..utk orang len..cfm tak nak mkn dah..hahahaha

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails