Khamis, 29 Julai 2010

Macam tak percaya..

Patutnya aku nak letak gambar si Lidya dengan kek pinknya.  Tapi atas ada kejadian yang aku tempuh ini buatkan aku rasa macam tak percaya ianya terjadi.  Sebelum aku sambung bercerita harap2 jangan ada yang salah faham apa yang aku cuba sampaikan nie.

Selepas aku hantar Julia ke kelas dia, aku berjalan pastinya terdengar suara2 sumbang mambang cikgu cikgi menasihat, menegur serta memberitahu murid2 tentang peraturan sekolah.  Ada yang hilang bukulah, beg dompet lah.  Maklumlah sekolah rendah..tau jerlah kan perangai dan kerenah mereka.

Ada satu kejadian nie..seorang guru lelaki yang mempunyai suara yang besar dan lantang.  Kalau tak pakai microphone pun suara dia memang jelas didengar.  Dari apa yang aku perhatikan, guru nie tentulah seorang yang garang.

Di satu perhimpunan guru lelaki nie dok announce apa la kan..yang pasti mintak murid2 diam.  Memang satu masalah budak2 kalo jumpa kengkawan dorang, tak kira dimana, bila..ada jer benda nak diceritakan.  Lepas tu dia soh perhatikan lencana masing2.  tup..tup mungkin ada gak yang bukak mulut bercakap.  Terus kena marah..ayat yang memang tak patut keluar dari mulut dia..yang lebih kurang bunyiknya gini:

saya suruh tengok lencana..bukan dengan mulut..kenapa nak bercakap..bodohnya kau!

Dari kejauhan takdelah jauh sangat pun, kepala aku terus tertoleh...walaupun dia tak guna microphone masa tu, i can hear very clear.  Aku rasa macam tak percaya ayat yang keluar tu dari seorang guru.  Mungkin dia terasa silap takpun terperasan orang dok perhatikan dia terus suara dia kendur skit. Dia sambung lagi ayat dia..

hah..minta maaflah yer..saya dah cakap, melihat dengan mata, bla..bla patutlah kamu nie pandai2 jer semua..

Masuk dalam kereta, terus aku citer dengan hubby.  "Mulut cikgu tu cam [ehem] selamba jer cakap anak orang bodoh."

Hubby pun cakap, "tulah, manalah anak murid nak suka gi sekolah kalo dah macam tu"."ditakutkan dengan buat garang2 camtu".

Perlukah cikgu tu nak hangin sampai kuar perkataan 'bodoh' tu?  Budak2 tu pun budak2 sekolah rendah..diulang sekolah rendah yer.  Kalau pandai takdelah makpak anta anak2 ke sekolah der.  Nak bagi dorang cerdik tulah makanya dihantar ke skolah.  betul tak?

1 ulasan :

  1. dulu aku semasa disekolah, cikgu aku...perempuan cina..selalu cakap...makan kuih lembik..pasal tu la bodoh...nama cikgu aku dah lupa...ingat miss do aper ntah lupa dah..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails