Jumaat, 20 Ogos 2010

Borak2 dengan anak2..

Memandangkan tak boleh nak letak gambar comel aku [comel sangat ler tu..kuang kuang kuang], meh nak citer kat korang apa yang aku borak2 dengan anak2 aku.  Aku selalu jer layan berborak dengan anak2 aku, kadang2 tu sampai tetiga nak dok ataih riba aku.  Sib baik peha aku besar..leh ler ampung tiga vontot anak2 aku tu.

Satu malam tu dalam kereta, on the way nak balik rumah setelah hari2 berbuka puasa dirumah MIL.  Aku tetiba cakap kat Julia..

Aku:  Mak ingat kan kakak..

Julia: apa dia?

Aku: takdelah sajer2 ingat ..

Julia : mak ingat apa?

Aku:  Anak2 mak nie kan sorang belajar menjahit, sorang jadi tukang mekap dan sorang lagi jadi tukang masak

Julia: hah..nak nak nak..

Aku senyum jer dengan jawapan Julia..

tetiba dia Julia cakap:  tapi kan mak..hmm..kakak rasa kakak dah besar nanti kakak nak keja BOMBA..

Aku nak gelak tapi aku senyum lagi lebar..ini mesti sebab lawatan sambil belajar ke BOMBA tu sebab ada hati nak jadi ahli BOMBA..

Agaknya dulu2 camtu gak makbapak aku dok bayangkan kami adik beradik..sebut makbapak nie..rasa windu la pulakss..huhuhu  Makpak..tunggu yer kepulangan anak mu ini..huhuhhu

Selamat Berhujung Minggu Semua...muaahhh...

1 ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails