Jumaat, 1 Oktober 2010

ohh..terharunya...

Pada yang tertanya2 ke mana aku pergi selama aku mendiamkan diri, aku cuma boleh memohon ampun dan maaf. Tak ada alasan yang dapat aku berikan cuma harap pada yang memahami..ewaaahh..poyo jer lebih..hehehehe

Ini cerita minggu lepas..kisah anak sulung aku yang suka nak membantu aku di dapur.  Aku sendiri pun jarang memasak jadi bila ke dapur memasak anak2 terutama si Julia sangat2 excited nak menolong.

Macam2 benda yang dia nak tolong.  Nak tolong basuh pinggan lah..nak tolong potong bawanglah.  Aku tak nak paksa tapi aku bagi jer peluang dia nak tolong.  Yerlah kan taknak bila dia dah besar sok dok ungkit masa kecik2 dia nak tolong aku tak bagi.

Aku memang tak bagi ler dia pegang pisau..Abih2 pun aku soh dia amek sayur keluar dari peti sejuk..tolong amekkan bekas plastik dari rak pinggan.  Takpun tolong tangkupkan pinggan yang aku dah basuh.  Kadang2 dia offer nak basuh pinggan.

Kalau dah si kakak sibuk nak tolong..abih adik2 pun ikut sama nak tolong..


tu diaa..concentrate tu beb..hehehee
aku risau gak kot2 dia tergunting jarik..
tunjuk sekali terus pandai..lega rasa aku dibuatnya..
sesekali aku toleh tengok dia dok gunting..
part tak best tangkai cili kering tu berterabur dibuatnya..









masa nie si Lidya cecepat bangkit dari dok melangut meniarap tengok kakak dia menggunting cili kering tu..

"mak janganlah amek gambar Lidya"..marah dia kat aku..hehehehe






Masa nie tengah dorang dok ada mood nak tolong, dok teruja nak cuba benda2 baru..sok dah remaja sok sure malaih macam aku gak..kakakaka.  Sekali suruh sekali buat..kot tak, dok lepak terbongkang dalam bilik.

Tapi bila tengok gelagat anak2 yang teruja nak tolong hati jadi seronok sangat2..walaupun tak seberapa..ianya satu pencapaian yang baik kepada seorang ibu yang cuba mendidik anak2 dengan baik..

Oklah..selamat berhujung minggu semua...

2 ulasan :

  1. Bertuah kalau dpt jadi menantu nie Hani.. ; )

    BalasPadam
  2. salam Sahrul, errrkk..menantu?? baru jer nak masuk 6thn si Julia tu..sajer ajar dia buat keja2 umah sesikit sok dah besar lum tau rajin ke tak tu..huhuhu

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails