Khamis, 4 November 2010

Bila anak gembira..

Perghh..baper minggu sekali aku update citer kat sini nie?  Konon2 nak bercerita selalu tapi hampehdotcom jer kan?  Dari cerita yang sedih sampaikan cerita gembira.  Kalau korang nak tau kan, boleh lak tetiba aku rasa taknak kongsi cerita konon2 takut orang kata tah apa2 cerita tah.  Walhal sebelum nie apa cerita pun aku [bukan semualah kan] cerita kat sini.  [korang rasa macam aku cari alasan selain dari MALAS kan? kakakakaa..tettt..tetiba termengaku la pulak].

Okay meh nak cerita yang paling sadis dulu [pada aku la kat korang tu aku tak taula kan].  Hari Jumaat 2 minggu lepas (22 Okt.) Julia ada rombongan ke 'Jelita' ostrich farm atau orang melayu kata ladang burung unta.  Kat mana?  Alaa..dekat Jalan Pantai nak ke Jelebu tu ler..bukan ke Pantai Dalam yer..kakkakaka [macam tak lawak jer neih].  Hari esoknya (23 Okt.) Julia mengadu sakit kepala dan badan dia pun ada sikit panas tapi sekejab sahaja.  Aku ingatkan Julia cuma keletihan sebab ke rombongan tulah.  Hari Ahad aku masak mee goreng yang selalunya orang pertama makan Julia, boleh lak dia kata takde selera.  Sehinggalah malam Ahad tu jam 11 malam dia tunjuk kaki nya yang ada ruam2 kecik, aku pun tunjuk kat hubby, kata hubby 'alaa..panas dalam tu'.  Sebagai seorang ibu, mana boleh ku terima jawapan mudah itu, aku pun check tangan dan mulut Julia.  aghh...aku dah mula syak dia terkena penyakit tu.  Tapi aku nie bukan doktor kan..gilos nak pepandai sendiri.  Aku pesan kat hubby esok hari Isnin bawak kakak ke klinik.  Boleh main pesan jer kan, takde langsung teringat nak pegi sekali dengan hubby.

Okay, aku malas nak panjangkan citer..dipendekkan cerita memang confirmlah Julia kena sakit tangan, kaki dan mulut.  Dan dia pun takdelah ke sekolah selama seminggu.  Dan tentulah jugak adik2 dia pun kena sama.  Paling mengada sampai taknak bercakap dan makan si Lidya dan paling kuat meragam pulak si Dania. Aku siap ugut si Lidya kalo taknak makan atau minum aku bawak gi hospital panggil doktor cucuk tangan dan vontot masuk air.  Barulah dia nak makan [kentang lenyek/putar] sebab mulut dorang penuh dengan ulcer.

Dan dipendekkan cerita mereka semua pun dah sembuh...[see betapa malasnya aku nak citer detail kat korang].

Meh nak share kat korang tips2 yang aku pelajari bila anak2 mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut yang nyata takde vaksin atau ubat nieh. 

  1. kebersihan harus diutamakan..segala cadar, sarong bantal dicuci dengan segeranya yer..
  2. anak2 jangan dibiarkan bermain diluar kerana penyakit nie senang berjangkit sama ada melalui udara, sentuhan, air liur dan air hingus
  3. anak2 pastinya takde selera nak makan, aku belikan jer kentang lenyek/putar kat KFC tu hah dan aku paksa anak2 aku minum air masak yang banyak 
  4. aku sapukan di dalam mulut dorang dengan madu lebah dan aku paksa mereka jugak minum air campuran madu lebah [sangat mujarab woooh]
tu jer tips2 yang aku ingat.  Rajin2 google yer untuk dapatkan tips.  Tulah untung zaman berteknologi tinggi nieh..informasi di hujung jari bak kata orang..cewaaaahh..

Stop sini dulu kang sambung citer lain lak..adioosss...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails