Jumaat, 26 Februari 2010

Kes ragut menjadi2

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..selawat keatas Nabi Muhammad SAW.

Malam tadi masa aku tengok berita, tak abih2 pasal gejala kehadiran pendatang asing nie.  Nak salahkan saper?  Kat tak ambik dorang keja kang, saper nak tulun buat keja untuk kita?  Ok..that is not the point aku nak cakapkan pun.  Aku nak cakap pasal tips mengelakkan dari diragut.  Tak kira dimana pun silap2 kita boleh jadi sasaran peragut.

Dulu masa aku keja di PJ sec. 13, hampir setiap minggu ada jer cerita pasal orang kena ragut.  Alhamdulillah syukur kejadian tersebut tak pernah berlaku kat aku.  Aku selalu sangat berhati2 bila jalan sorang2.  Di sini aku nak share dengan korang tips keselamatan dari diragut.

-  Sebelum menaiki kereta, sila pastikan kita tak diekori.  Kealpaan boleh menyebabkan kita jadi sasaran.  Sentiasa berhati2 dan berwaspada demi keselamatan diri kita sendiri.

-  Bagi yang menjadi 'ma'am' macam aku..[tak suka sebut penumpang.kekeke].  Aku tak pernah langsung letakkan beg tangan atas riba.  Sebaiknya letakkan beg tangan di bawah kaki kita.

- Yang memandu sendiri pun seeloknya pun buat macam aku gak letakkan shj di bawah tempat duduk sendiri [untuk keselesaan dan keselamatan lebih baik letak di bawah tempat duduk sebelah].  Peragut sekarang nie pun pandai gak memerhati tika kita leka terutamanya ketika lampu isyarat merah.

- Yang bermotosikal tu aku nasihatkan beli sahaja kotak berpenutup demi mengelakkan beg tangan korang dia songlap gak.

-  Yang menjadi 'ma'am' lagi besar tu [naik bas ler], masa nak turun dari bas tu sila pandang kiri dan kanan.  Tak usah nak kelam kabut atau terburu2, sebabnya pastilah kalau kita kelam kelibut tu kita jadi kurang waspada dan kurang berhati2.  Tak lupa jugak jangan memakai barangan kemas berharga yang terlalu sarat hingga menarik perhatian peragut.

-  haa..lagi satu yer..wahai pejalan kaki sekalian..ingat yer jangan sekali2 borak lelama kat handphone.  Inipun menjadikan korang sasaran..maklumlah leka dok borak. Aku penah nak dekat sampai opis, dok borak kat handphone, tetiba ada pulak yang menggatal hon kat aku.  Rupanya bos aku..cet..dia sound aku beb aku tak sepatutnya cakap kat handphone sebab dia kata aku menjadikan diri aku sasaran peragut.  Betul gak dia sound tu kan so, lepas pada tu aku takkan jawap handphone aku yang dok bertalu2 bunyi sehingga aku berada di tempat yang selamat.

Inilah sahaja yang aku ingat nak kongsi dengan pembaca sekelian.  Kot ada yang nak tambah.silakan aku alukan.

Khamis, 25 Februari 2010

Bila anak demam

Korang, bila anak demam sure korang tak senang hati kan?  Tak senang duduk dibuatnya.

Nie aku nak bagi tau tips bila kala anak kita demam yakni sebelum kita gi klinik.

- if possible mandikan anak kita atau lap badan dia dengan towel basah/lembab ini untuk mengurangkan panas badan dia tu.  aihh..korang jangan pulak anak tu demam lagi korang tak mandikan.

- siapkan jugak 'cool fever' dalam peti sejuk supaya korang leh lekatkan pada badan or dahi diwaktu dia tido..takdelah anak2 tu meragam atau menangih

- cuba galakkan anak2 minum air putih kerana masa nie anak2 kita banyak mengeluarkan air kencing kerana badan dia panas..inipun salah satu cara untuk mengurangkan panas badan dia.  kalo anak2 tak mahu minum sendiri, korang leh suapkan dengan sudu atau letakkan dalam botol untuk baby

Ini aku sarankan supaya bila korang pegi klinik takdelah anak korang tu dimasukkan ubat dari punggung dia tu.  Ubat tu pun untuk mengurangkan panas badan anak2 kita tapi kalau kita dah berjaya mengurangkan panas badan dia, tak perlulah anak2 kita dimasukkan ubat tu.  Betul tak? betull...[mang ler suka sendiri tanya sendiri jawab]

Harap tips aku membantu yer.

Rabu, 24 Februari 2010

Rambut pendek sudah..


Kakak tak pernah langsung berambut pendek.  Aku pun boleh kata kadang2 jer berambut pendek.  Orang perempuan mang tak elok berambut pendek kan?  Hubby suka kalau anak2 dia esp. Lidya berambut panjang.

Anak2 aku nie pulak memang tak suka rambut diikat atau bereben apatah lagi bersepit rambut.  Rambut diorang memang nampak kembang jer, maklum takde sorang pun yang rambut lurus macam aku.  Semuanya anak2 aku berambut kerinting.  Tak boleh nak cakap apa gak sebab dalam adik beradik aku pun aku n abang aku jer rambut lurus.  Makbapak aku berambut kerinting gak terutama bapak.  Kira2 gen rambut lurus amatlah kurang gitu..huhuhu

Kakak sebelum berambut panjang selalu tak pernah langsung berambut pendek.  Korang pun sedia maklum ar kan bila dah sekolah nie mestilah ada jangkitan kutu.  hah..ko eeiii..kesian lak aku tengok anak aku tu dok tergaru kepala dia.  Apa lagi ar kan..bawak gi kedai zaaasss potong pendek ler.

Malam 16 Feb



Sila klik gambar kalau nak tengok lagi besar yer. Orait..nie nak citer walaupun dah basi. Biasalah kan bila rajin tu selamba jerlah sampai 2 cerita dalam sehari.

Okay korang nampak tak lampu merah yang berderet2 tu? hah..aku dan keluarga antara yang tersangkut di bukit putus yang baru tu, elok2 boleh sampai umah aku tak sampai 10minit ni jadi dekat sejam. Perut pun jadi lapar balik tau.

Dengar pulak di radio keseksaan menghadapi jalan sesak di lebuhraya PLUS..aduhh ko terpaksalah bapak dan Alang yang naik kereta lain bermalam di rumah aku. Alhamdulillah..syukur tak dapat balik KL tapi kesudian bapak n Alang nak bermalam kat rumah aku memang aku suka ler sesangat.

Saper yang menghadapi kesesakan yang sama masa nieh? Aku tengok ada gak yang berpatah balik tapi tak taulah kot dorang sambung cuti kecemasan ke apa ke. Tapi suami Alang awal subuh sepie dah zaass balik KL sebab haruslah dia bekerja hari tu.

Bapak pulak setelah melepas penat lelah dan mengqada tido [baper malam dia tak tido dok borak dengan adik beradik dia tu beb]. Lepas maghrib bapak pun beransur balik ke KL.

p/s: aku ada gak terpikir, kalaulah laluan baru Bukit Putus tu takde, weih lagi sesak tau jalan lama tu, silap2 kang haruslah kitorang bermalam jer kat tepi jalan lama bukit tu..eiii..serammm i tau. Korang ada berani???
Posted by Picasa

Pantang Larang Orang Cina

Sempena Tahun Baru Cina nie kan, mari aku nak cerita skit pasal pantang larang dan budaya orang Cina nie.  Ampun kalau ada yang tersilap dan salah, aku pun taklah pandai sangat tapi hasil pergaulan dan berkawan dengan mereka, tak banyak skit aku tau gaklah.

Orang Cina sangatlah menjaga pantang larang diorang tapi sekarang nie dah berkurangan.  Maklumlah kan zaman dah moden la katakan.  Antara yang aku tahu la kan...

- semasa menghadiri perkahwinan mereka jangan sesekali pakai baju warna hitam..'suwey' kata mereka
- digalakkan jangan menyapu sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina, takot2 nanti tersapu benda 'ong' yang dewa kekayaan dah bagi dalam tempoh perayaan tu
- ibu mengandung tak boleh minum air kelapa..sejuk,nanti memberi kesan kepada bayi yang dikandung
- sepanjang tempoh ibu yang berpantang, kepala tak boleh kena air..yang ini aku dah lupa kenapa..kena tanya member aku balik..hehehe
- angpow hanya diberi kepada yang belum berkahwin dan juga tak boleh diberi selepas Chap Goh Mei..suwey woo
- orang yang kematian ahli keluarga tak boleh bagi angpow/hadiah kepada bakal pengantin.  yang nie aku rasa sebab rasa hormat dan simpati kepada ahli keluarga si mati untuk menggunakan duit angpow tersebut untuk majlis pengebumian si mati
- bakal pengantin tak digalakkan untuk berkahwin dalam bulan 'hantu'/qin min, sebabnya 'suwey' gak..tapi aku rasa sebab memperingati mereka yang dah pergi kot..[pandai2 jer aku meneka dalam kesamaran kan? hehehe] tu sebab dorang selalu jumpa feng shui untuk dapatkan hari terbaik bagi melangsungkan hari perkahwinan [tak silap aku bulan 'hantu'/qin min nie bulan July/Ogos kot..agaknyalah aku pun tak sure]
- perkahwinan yang mempunyai sama nama keluarga jugak tak digalakkan, takut kot bersaudara..contohnya ar kan perempuan nama Wong Ling Ling dan Wong Ah Chai.

Aku rasa nie jerlah dulu yer..nanti aku cuba tanya kengkawan aku yang berbangsa Cina, apa lagi yang pantang larang dan adat resam budaya mereka.

hah..lepas nie nanti aku korek2 lak info pasal pantang larang orang India n adat resam budaya mereka.

Selasa, 23 Februari 2010

Hutan Lipur Ulu Serting




Xtvt berkelaah antara xtvt yang kami buat masa aku gi Palong.  Cuaca yang panas ditambah pulak dengan coti yang panjang menyebabkan ramai tul orang pegi berkelah.  Masa kitorang balik dekat kul 6 pun ada gak orang baru sampai.

Anak2 aku memang tumpang seronoklah kan.  Sampai taknak lak naik.  Aku? Sangatlah kojab sobab eh..anak den yang kocik dah boku.  Dah ar cekeding..haruslah aku angkut dia cecepat kuar dari air tu.  Air pun tak berapa nak siok mandi sbb orang lagi ramai dari keadaan air yang macam hampehdotcom yo.  Cuaca paneh ko..air pun surut sesangat beb.

Tapi itu bukan ar agenda utamanya pun. Yang penting, kami dapat berkumpul beramai2 dan luangkan masa berseronok bersama.  Kira2 merapatkan lagi hubungan yang dah memang rapat tu..  Ewaaahh..bukan men lagi aku mengayat korang.

Kemudahan awam kat Hutan Lipur Ulu Serting sangatlah memalukan untuk aku ceritakan tapi aku mang asik nak muntah bila dok bayangkan tandas kotor giler nak mam tu.  Sangat meloyakan itu tandaslah.  Suraunya?? Macam melepaskan batuk ditepi tangga jer.  Aku tak nampak tandas kat area2 situ selain tandas yang aku pergi.  Aku nasihatkan elok gak korang bawak satu khemas khas untuk salin baju yang basah lopeh mandi tu. [aku patut amek gambar tapi aku tak teringat nak bawak sebab ingat nak cecepat salin baju jer].

Memula kitorang menapak naik atas.  Aku ingat time tu turun 5-6kg ar dibuatnya..[realitinya lps tu ko makan tak hingat..jgn kata turun 5kg naik 10kg ada hahahaha] Tapi tu ar kalo ko gi port yang bila 5-6 orang, air kat buku lali ko, dah macam air lecak jer. Baik ko dok umah..tul dak?  So, kitorang pun lepas makan2 kat port pertama tu..menapak lak turun ke bawah yang aku tak tau nak citer kat korang camner rasa mandi air tu.    Takperlah kan asalkan budak2 suka dan seronok.  Anak2 aku terutama si kakak makan mee goreng pedas sampai 2 kali sebab lama no dia berendam..kkikiki..

Yang penting anak2 seronok..makpak pun tumpang seronok gak..makpak tumpang seronok tengok jer..kakkaka maksud aku makpak aku ler.  Kira2 bapak mang menyungut jerlah kejanya..maklumlah ar kan tempat bukan pilihan dia..paler lak dah weng weng tak cukup tido borak sakan dengan adik badik sampai kul 6pagi.  Beng jer ar bapak tu.  Tapi bila dia tengok yang len2 happy jer..dia pun happy gak.


Isnin, 22 Februari 2010

Hari yang lemau weih..

Semalam lewat petang hujan turun dengan lebat..Alhamdulillah, tak lama kita dok keluh kesah panas, panas..Allah swt turunkan hujan untuk sejukkan bumi Malaysia.

Hari nie aku dah start keja..hari nie jugak baru terhegeh nak update blog aku.  Kat umah mang payah aku nak jengah blog aku tu.  Abih2 pun aku men game kat FB..[main game boleh..update blog tak boleh..baik tul alasan aku..ish..ish..ish..tak leh diikut langsung]/

Apa xtvt sepanjang aku coti?  Well..3hari 2mlm aku di Palong umah pak sedara aku.  Sempat gak aku dok klik klik gambar anak2 jadi 'tarzan' [kot kata monyet kang..sungguhla x elok..sakit2 ko banak tetiba panggil anak ko monyet..huhuhu].  Seronok tengok anak2 aku yang mang langsung tak kisah ke sana sini sinun. 

Awal2 rancangan nak ke Port Dickson..tapi last minute aku tukar.  Hubby pun macam tak suka dengan cara aku yang suka suki jer nak tukar rancangan.  Nasiblah kan..janji aku dapat bersama makbapak dan ahli keluarga yang lain sama2 berkumpul sesama kami.

hah..nanti aku letak photo kami gi berkelah reramai kat ulu serting..peghh..sgtlah ramai orang time tu.  masing2 kalo dah jumpa air time paneh buto kan..amboii..tak hingat nak balik ko.  sama ar ngan aku pun..kekekeke aku sebab Dania dah tergigil kesejukan cepat jerlah aku naik..tak tu, hmm aku tenggelamkan ko..ko tenggelamkan aku..dah nama pun badak berendam kan...[tetiba lak sedar diri tu..kakakaka].

nnt aku letak eh..aku nak d/load photo nya dulu..bye..selamat abih keja hari senin yang lemau..

Ahad, 14 Februari 2010

Hari nie..

Adeehh....very very the hot ar today...tak leh tahan u...kot org lolaki leh gak bolonggeng yo..

Aku baru balik tang umah bos dan kenduri kahwin anak kawan hubby.

Jab gi off to Palong..earlier nak ker Port Dickson tapi mandangkan aku dah lama tak ke Palong, might as well aku join adik beradik aku ke sana.

Hari lain ar aku hangkut anak2 ke PD tu nanti..Insya Allah..

Orait...selamat bercuti y'all..hehehehe


peace!!



GONG XI FA CAI

yeay..dah pandai dah buat sticky mode..[yerlah gelak r guling2..] mentang aku baru pandai..tak baik tau gelakkan orang..hhuhuhu

TO ALL MY CHINESE FRIENDS, MY ANGELS [KAKAK, LIDYA N DANIA]...senang citer me n my family wishes you all

GONG XI FA CAI...



Jumaat, 12 Februari 2010

Huiii..cantiknyaaaa...

Hari nie sebab mood cuti yang dah terlebih dah mari..

Disebabkan sangatlah teruja melihat kak yuka punya blog yang cantik mantap the bomb.  Aku pun gatal2 ler jari jemari yang halus malus nie nak copypaste gubah tempel-ate bagi blog aku cantik gak..hehehehe

Takott weih..tapi la nie tak yah nak takut2 der..ko tak suka hanya klik2 jer button widget tu hah..pegghh..cantik kan blog aku nie?  cantik kat aku ler..kot tak cantik kat korang takper..

hah pehtu kan sebab aku dah tak tau malu dah..kakakaka [statement bukan men berani mati lagi ko].  takde aku letak gambo anak2 aku pun..aku letak gambar aku yang layu  ayu untuk apa eh?  utk nuffnang..jeles ar tengok korang dpt duit berkepuk2 cenggitu.  Dah ar aku tak leh nak join xtvt nuffnag [yg mostly buat kat KL] tu.

Ada orang nak tulun aku tak?  korang cantik..lawa dari aku kan? hah meh meh..klik klik ler nuffnangnya iklan yer..[osah eh tak tau malu anak omak nie..hheehe]

Hari nie terlebih rajin lak..sampai 2 entri aku letak kat sini..

jom kita bercuti ...yeay!!

Rabu, 10 Februari 2010

Ke mana nak pegi?

Acik poning Jah..tak tau mano nak poei coti panjang [seminggu tu beb].  Alang dah mengengek soh aku balik KL, lepak sana tapi kakak lak kena skolah.  Leh lak si Alang soh anak aku ponteng.  Amboii..sesuka suki dia jer soh aku buat cenggitu.

Dah ar anak aku tu lewat masuk kelas pra sekolah dia tu, banyak yang dia dah tertinggal.  Kengkawan dia ramai dah pandai membaca dah.  Anak aku ABC pun terangkak2 lagi.  Kesian dia tau..huhuhuhu..

Ada ura2 nak ke PD [Port Dickson ar bukan Pantai Dalam..hehehehe] aku nie.  Korang pun tau r kan time2 coti panjang nie sure tempat macam nie sesak mesak dengan orang.  [halo..la nie hutan pun penuh orang gak tau..heheh..tu Taman Negara tu ramai orang per..hhahaha]

Dolu2 kan masa aku keja kat PJ nun..time2 cenggini dah sunyi senyap jer.  Masing2 dah takde mood nak buat keja dah, almaklumlah kan pelanggan kitorang banyak orang Cina.  Pulun dok soh anta barang lepaih beraya.  Kot sehari dua ok lagi beb..ini lajak sampai ke Chap Go Meh [hari ke 15 Raya Cina].

Ehh..apa lagi beb kat opis tu apa lagi..'open card' ler dorang nie..kakakakaka [dorang tu termasuk aku ler..kekekeke].  Masuk keja jer bololah den carik bos2 cina mintak angpow, tupun siap ada yang manggil aku gi opis dorang nak bagi 'ong'.

La nie? harap bos aku sorang jer lah bagi aku..huhuhu..nak wat macam mana sendiri yang ndak keja sorang2 kat Somban nie hah..

eh..korang pasan tak? blog aku nie dah tukar wajah? simple jer beb..koser aku nak wat canggih manggih weih..kot jadik macam dulu abih hilang sumer link..aku gak yang nangih..

orait..chow sin..ngo oi sek fan [ pegi dulu..i nak makan nasik].

Selasa, 9 Februari 2010

Dania..


Dah lama gak aku tak citer pasal Dania kat sini. Si bongsu [buat masa nie hehehe] yang mencecah hampir setahun setengah semakin kecil. Kurang betul nak menyusu botol, lebih suka susu gantung..heh heh heh. Tak lama lagi nak benti dah ..eishh bukan nak dpt adik lah..sebab tahun nie dia bakal mencecah 2 tahun..takkan nak gantung lagi kan? hhehehe


Semasa lahir paling berat dibandingkan dengan kakak2 dia dulu, 3.56kg. Berat sekarang hanya 9.5kg. Sepatutnya dah lebih dari 10kg. Memula aku sangatlah risau tapi aku rasa ianya tak sepatutnya aku risaukan sangat. Tengok cara dia makan..peghh...takut weih..apa orang len makan dia pun sama nak makan. Yer kengkawan..Dania sangat la tak susah untuk diberi makan. Saiz badan jer tak nak membesar macam kakak2 dia dulu.

Yang penting sekarang nie Dania tak banyak ragam dan syukur Alhamdulillah jarang jugak Dania demam tak seperti kakak2 dia dulu seusia dia hampir setiap bulan pasti demam.

Dah pandai sebut beberapa perkataan..amat2 suka memanggil aku..'mak' berulang2 kali. Bila aku menyahut dia memandang seolah2 ingin menyatakan tapi dia memandang aku sambil tersenyum dan memeluk aku. ahhh..sungguh bahagia masa tu aku tau..[tetiba lak nak emo].

Sekarang aku sedang mengajar dia menyebut beberapa anggota badan..walaupun sebutan kurang jelas tapi sekurang2 nya dia berminat. Anak2 patut diajar berkomunikasi..tak cakap pun takper belaian sebagai tanda kasih sayang pun boleh gak. Untung kalian wahai surirumah..dapat memberi sepenuh perhatian terhadap anak2 kalian.

hah..nak bagi tau yer gigi Dania lambat gak tumbuh..baru jer nak jadi 8 batang..4 atas n 4 bawah[br nmpk 2btg kecik]. Walaupun begitu aku tetap gak bagi dia makan nasi berserta lauk ayam atau ikan. Takper lah tu semua untuk menguatkan gusi dia gak. Lagipun Dania nie kan kurang minum susu botol, sebab tu kot dia kuat makan nasi dan lauk.

Korang lak camner? Risau sebab anak2 susah nak diberi makan? Jangan begitu..sifat anak2 memang begitu..banyak cara bagi dia minat makan..mungkin gak sebab kita kerap memberi susu sebab tu anak kita susah nak makan makanan pejal. Sesekali tukar ramuan nasi..letak sayur bayam pun sedap gak..tak salah kalo mencuba dan takper kali dia tak mo kali pertama. trial n error kata omputeh. Tak cuba kita tak tau tul dak?
oklah selamat mencuba memberi anak makan yer..aku nak kena wat keja nieh.
p/s: schedule post takut tak sempat nak buat sbb hari nie sgt2 sibuk..huhuhu

Sabtu, 6 Februari 2010

Peluh...

Tadi aku bawak anak2 gi taman permainan area rumah aku nie. Suka betul dorang. Almaklumlah kan..bukan dapat selalu pegi pun. Sekali peluang dapat pegi tu bukan main lagi.

Kakak tumpang seronok gak sebab dia ikut kawan2 anak jiran. Suka betul dia. Dari malam tadi dok mintak aku berjanji bawak dia ke taman permainan. Jiran aku pun pegi sama gak..dapat gak kami borak2 [mostly pasal anak2].

Sebelum pegi ke taman ada sedara hubby dok pulun bawak tudung..28hinggit harganya..ok gak kainnya lembut jer. [hmm..boleh lak sedara hubby nie ingat aku mang pakai tudung nya orang...hmm..sesuatu jer kan?]

Sambil2 tu aku dok berym dengan adik aku yang dok berpantang kat KL nun. Dia pun berkenan gak dengan tudung yang aku dok cuba2. Sambar 2 helai..Dengan Alang nie kalo tudung mang dia suka tengok walaupun dia cerewet [sunguh2 cerewet adik aku sorang nie].

Jab lagi hubby nak ke Stadium Paroi. Nak tengok apa lagi..kalo bukan perlawanan bola sepak. Anak2 kang aku umpan ler tv biar senang omak eh nak bertenet2..heheheheh

Apapun..korang, selamat beristirehat yer...adios..

Khamis, 4 Februari 2010

Semakin menjadi2..

Semakin hari aku jadi semakin MALAS nak berblog. Dulu2 sblm nie aku sibuk nak internet dirumah so that aku boleh nak update blog aku selalu. Tapi bila dah ada internet kat umah, lain lak jadiknya. tulah padan muka aku kan???

Mungkin aku perlukan coti yang panjang kot..[deii..baru jer coti panjang pasal anak ke Pra Sekolah..lagi mau coti ka? hhehehe]. 'Facebook' atau 'mukabuku' pun penyumbang kenapa aku semakin kurang nak berblog. uiiihh..banyak tul alasan ko yer..tu belum 'cekadak' lagi tu..mang hampehdotcom nya blogger aku nie..

kesian korang tak pepasal korang baca nie sure terkena gak tempias moody kan? eh..takde eh? takde takperlah..bagus r kalo macam tu. Bonus sudah abih lum? aku? Lum dapat ar beb..kena tunggu nak raya sok baru bos bagi..ok gak tu tak kang, menjoli sakan aku time raya dok hah..nganga..huhuhu

Ok ok..meh aku nak citer skit, hari tu masa aku cuti [hari selasa] tu bawak kakak gi gunting rambut..dengan aku sekali gak gunting. Sudahnya aku jadik geram tengok gaya yang tah apa2 kat rambut aku nie. Terus aku hilang mood. Tahlah awal tahun bermula dengan segala yang serba tak kena. Aku jadik 'jammed' beb..muka aku pun nampak macam orang tak sudah jer la nei..menciiikkk..[korang biar betik..takkan aku nak tempek kat sini lak..time tgh cun pun aku tak tempek..kekekekeke<- statement berani mati..wakakakaka..

hmm..hah nie lagi satu..tempat keja aku nak buat trip ke Phuket, 4 hari 3 malam..byr 200 jer ko. aku nak sangat pegi tapi si kecik tu aku tak penah tinggalkan hatta semalam pun. Nak wat camner kan kot anak2 dah besar leh ar tinggalkan kat hubby tu...aaggghhh..tension aku..dah ar..hilang dah mood aku weih...

picture from google images

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails