Selasa, 7 September 2010

Sengaja diam

Diam tak diam rupa2nya blog aku dah usang, bersawang, kusam n kepam..hehehe  Sajer2 buat sibuk, konon2 nak uji diri sendiri boleh atau tidak hidup tanpa blog.  Dalam fikiran aku ada jer benda yang nak aku ceritakan tapi sampai masa ianya hanya dalam fikiran sahaja.  ewaaahh..tetiba feeling serius..

hmm...sebelum tu, aku nak mintak maaf kat adik Kema sebab sampai masa aku nak buat jer tarikh tutup contest dah pun berlalu.  Ampunkan akak yer dik...insya Allah, akak takkan lupa buat dilain hari.  Hari baik bulan baik nie kena bermaafan..marah macam mana pun tetap boleh dimaafkan..cewaaahh...

Sepanjang aku takde di dunia blog, aku tak de kemana2 pun.  Ada sesekali melawat blog yang lain.  Korang pernah tak alami apa yang aku alami?  Tetiba korang taknak tengok dunia fb, dunia blog yang dah macam makan nasi kat korang.  Tetiba korang rasa dunia blog terlalu bosan untuk korang terokai.  Pernah tak benda tu semua korang fikirkan?  Ker aku sorang jer pk macam tu eh?

Apapun, meh nak cerita betapa seronoknya aku di dunia realiti aku sendiri.  Menyambut hari lahir Dania yang berusia 2 tahun bersama keluarga aku di KL nun.  Aku siap order cupcake n cake dengan kawan sekolah aku dulu.  Thanks Ella for your lovely cupcakes and cakes.

hah..citer pasal nak raya lak..amacam persiapan?  Dah nak dekat raya nie, sahur terbabas lagi ker? hehehehe..aku mang selalu terbabas..sedar2 jam 5pagi pehtu len hari lak tau2 dah 5.30pagi.  Ada masa tu pulak tau2 jer orang dah azan Subuh..hmm kesian hubby.  Sib baik hubby tak kisah sangat sebab dia selalu tido lewat.  Jam 12 malam dia boleh lagi ke dapur dok makan.  [macam tau2 dia akan lewat sahur..kekekekek].

p/s:  dulu2 aku tak tau apa tu hari Mantai..tapi la nie dah hampir 7tahun dok Somban, dah tau dah apa tu hari Mantai..hari nie dah start Mantai perdana..saper2 nak beli daging untuk raya sok dah boleh beli kat bekas tapak kem paroi tu yer..sepatutnya hari Mantai adalah hari nak diumumkan posa n raya.  errkk..kalo salah tolong betulkan yer...hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails