Isnin, 3 Januari 2011

Julia Darjah Satu

Hari nie hari pertama Julia di tahun satu.  Aku tak cuti untuk menghantar dia ke sekolah.  Hubby yang menghantar dia ke sekolah hari nie.  hmm..ketika aku mula2 berblog Julia berusia setahun.  Arggh...dah 5 tahun aku berblog rupanya. 

Gambar nie aku snap masa taklimat 31hb ari tu.
Julia sedang berbual mesra dengan kawan dia Aliya namanya yang sebelum nie sekelas di pra-sekolah dulu.  Kecewa skit sebab mereka nie tak sama kelas, Julia di tingkat atas, Aliya pula dia tingkat bawah. Takperlah sekurang2nya Julia pun bukan pendiam, peramah orangnya [macam mak dia], senang jer dia dapat kawan2.
Punyalah dia kelaparan, tak cukup pulak nasi goreng yang dibeli sepiring tu..hehehe
Aku sekadar memerhati dari jauh, senyum sorang2 sambil dok pikir apa la topik budak bawah umur nie bualkan. heheheh

Esok giliran aku teman Julia ke sekolah.  Masa taklimat dah dipesan kepada ibubapa untuk tidak berada di kelas anak masing2.  Masing2 kena tunggu di kantin sekolah.  Oklah tu kan kot tak, nanti tumpuan anak dalam kelas terjejas sebab mata dorang dok tengok makpak kat luar kelas.

p/s: bila dah lama tak menulis di blog, terasa janggal la pulak.  Rasa macam mula2 blog, taip padam then taip balik then padam balik.

5 ulasan :

  1. Kak sya dah selesai dah sume ni.. bila baca ni cam rasa baru je htr yg bongsu ke darjah 1, lapan tahun lepas

    BalasPadam
  2. kak sya, tak terasa masa berlalu begitu pantas sekali kan? rasa macam baru semalam dok kelek2 masa baby..sekarang nie dah pun darjah satu..huhuhu

    BalasPadam
  3. anak rasa cepat membesar.. mak bapak je yg tak besar2 kan hehe

    BalasPadam
  4. abah, makbapak tak besar2 tapi rambut semakin putih n menipis..hhuhuhu

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails