Khamis, 17 Februari 2011

Aku dalam hati..

Jiwa aku sesak..
Walaupun tika itu aku bernafas seperti biasa..
Kepala aku berat..
Rasa begitu sarat..
Agghh..

Ujian datang bukan begitu berat..
Apalah sangat dibandingkan dengan orang lain..
Yang kalau aku cerita.
Bisa buat orang itu ketawa..

Hai jiwa..hai rasa..
Tenanglah kau..sejuklah kau..
Seperti angin pagi yang lembut menyapa..
Hai jiwa..hai rasa..
Janganlah meronta2 seperti ribut taufan yang melanda..
Hai hati pujuklah jiwa..pujuklah rasa..
Moga tenang senantiasa..

Pasti ada yang merindui..
Gelak tawa memecah sunyi..
Yang gelap suluhlah dengan cahaya terang..
Yang kusut dirungkai dengan akal panjang..
Yang sudahnya pasti ceria menjelma..
Insya Allah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails