Rabu, 2 Mac 2011

Patutla tak jadi cikgu..

Hai..Assalammualaikum semua...Sihat?  Alhamdulillah..aku sihat2 jer.  Jari jemari mulus [mulus la sesangat] menggigil wooh nak menaip dalam blog sendiri.  Ampun dan maaf pada mereka yang asiklah dok baca benda yang sama jer.  Aku bukan merajuk bukan takde mood tapi laptop aku dah kena anto repair.  Ni pun dok curi2 guna opisnya [selamba jerlah kan..bukan tak biasa pun..oppss pecah rahsia sudah].

Malam tadi masa nak balik rumah selepas mengisi perut di rumah mertua, si Julia cakap...

Julia: mak, dah besar nanti kan, kakak nak jadi cikgu

Aku: hmm..bagusnya tapi kan kalo kakak nak jadi cikgu..kakak kena rajin buat kerja sekolah, buat latihan membaca, mengira, selalu dapat no. 1 atau no. 2 masa peksa [peperiksaan].

Julia: iyer mak?

Aku: iyer lah..

[tetiba hubby yang tengah drive cakap sangat perlahan, aku sorang jer boleh dengar]
Hubby: patutlah saya tak jadi cikgu..saya tak buat benda tu semua..gelak2 perlahan..siap sengih2

Aku: [sambil mencubit peha hubby dan gelak perlahan] diam jangan bagi kakak dengar..dan terus sambung cakap lagi  Hah..kalau kakak rajin ke sekolah, tak degil, selalu dapat no. 1 boleh ar kakak jadi cikgu.  Sambil mata aku dok jeling kat hubby nak tengok kalau2 dia nak buat lawak bangang lagik.

Hubby kadang2 [selalu sebenarnya] buat aku geram dengan ayat2 yang tak terjangka langsung.  Tensen?  Sikit2 la..hikksss..

nanti citer lagi eh..babai..

1 ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails