Khamis, 7 April 2011

Ateh Bertunang Sudah..

Citer nie dah lama..takperlah janji ada gak citer nak citer kat blog aku nie.  Takkan dah 3 update semalam hari nie tetiba senyap sunyi lak.  Tak banyak gambar dapat diambil pun, majlisnya serba ringkas sahaja.  Aku pun tak bergambar dengan Ateh.  Tak sempat lak aku nak tukar baju yang elok, pakai t-shirt n sluar palazo [dah macam bibik jer bunyiknya kan?].  Well..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar tapi yang paling2 tak best kedua makbapak aku tak boleh bangun.  Masing2 demam kuat terlalu kuat sampai dorang semua terbaring lesu.  Bayangkan sepatutnya bapak aku menerima pinangan tapi sebaliknya adik dia [pakngah] yang jadi wakil.  Kelam kabut aku mana nak tolong orang kat dapur mana aku nak masak bubur untuk mak n bapak.  Apapun meh lah aku share gambar yang seberapa tu..

senyum dalam kerisauan..eceh...heehehe
buat sendiri jer..pakcik aku yg tolong buatkan..

Dah tu jer citernya..kakakakaka.  Bila nak berlangsung aku pun tak sure.  Sebab pihak lelaki akan datang lagi selepas raya untuk berbincang.  Aku cadangkan kat bapak tahun depan sebab tahun nie ramai lak adik sepupu yang nak berkahwin.  Tengoklah apa kata putus dorang sok.

p/s:  tengahari kang korang nak aku citer psl apa eh?..cer bagi cadangan skit..boleh?

3 ulasan :

  1. Tahniah pada ateh...semoga kekal hingga ke jinjang pelamin...

    BalasPadam
  2. ateh kawen ngan orang mana tu

    BalasPadam
  3. Ila, bakal jodoh dia org Kedah..

    Kak Anie, tima kasih.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails