Selasa, 5 April 2011

Masak di hujung minggu

Hari Jumaat hari tu konon2 nak balik cepat sebab dah janji nak pegi ke Econsave untuk beli barang dapur tapi hubby kena OT la pulak.  Nak buat camner kan lambat pun kitorang pegi jugaklah ke Econsave tu.  Kali nie takde buat list der, apa yang teringat dalam paler otak itulah yang kami sauk.  Hubby dok tanya nak masak apa hari esok (sabtu).  Jawapan ringkas aku cakap nak buat tomyam.  Soklan cepu emas dia tanya "tau ker?".   Ndak jer jawab "jangan tengok orang takde mata tau" tapi dah tau sure hubby balas balik "takde mata butalah"..baik gua senyap jawab jer dalam hati.  Dah siap beli itu ini kitorang pun bergegas balik untuk ambik anak kat umah mertua dia Ampangan. 

Boleh lak lupa nak petik daun limau purut kat belakang umah mertua (kitorang beli then hubby tanam).  Bising woo hubby takde makna tomyam kalo takde daun limau purut tu.  Dia sajer ar kan nak buat aku rasa bersalah, tapi nasib baik lah aku teringat dalam peti sejuk ada lagi belen2 petik dulu.  Sampai jer umah punggah semua barang2 dapur tu untuk disimpan.  Bukak peti sejuk tengok mang ada lagi daun limau purut tu.  Dah kecut pulak, no hal wa rendam jer dalam air sure dia ok balik.  Hubby lak tanya,  "boleh ke rendam macam tu?".  Aku malas nak jawab dah ada hasil biar dia tengok sendiri [eleh eksen..sib baik kembang balik daun tu tau].   Aku dah leh agak2 apa nak dicampak untuk buat tomyam tu tapi untuk lebih pasti aku apalagi carik la pak google.  hah..betul dan cukup pun bahan untuk tomyam aku tu.  Dan..inilah hasilnya..





dalam kuali jer..periuk ada tapi besar sangat...hubby cakap "oklah"..fuuhh legaaaa

kalo tak, mulut dia akan pot pet kalo letak itulah inilah..kalo oklah tu maksudnya menepati piawaian citarasa dia..







kangkung tumis air dengan sotong..aku tak suka banyak kuah tapi untuk anak2 makan..tak pedas langsung pun..












ikan kembung sambal..of coslah untuk aku n hubby..yg tak bersambal tu untuk anak2..tak cukup sekor tu der..tambah lagi 2 ekor..









Hari Ahad lak hubby kata nak gi makan kat kenduri kahwin, aku pun dah senyum jer sebab takyah nak masak sangat..cukup masak nasi goreng jer untuk anak2.  Alih2 dah tengahari dia dok terbonkang depan tv, maleh nak pegi katanya.  Terpaksalah aku angkat vontot masak untuk dia pulak.  Yang Ahad tu aku tak snap pun apa aku masak..terlupa punya pasal.

2 ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails