Jumaat, 1 April 2011

Sebulan tak update..

Mang pemalas giler babow tul aku nie..dah sebulan tak citer apa2 kat sini.  Aiishh..cian cik blog aku nie betul2 terabai ko yer cik blog.  Kalo dah start malas tu kan mang payah tul nak mula balik.  No excuse..mang dasar pemalas aku nie..cewahhh..

Nak merapu pun tak reti dah weih.  Meh nak share citer pasal my anak2, tak best citer pasal hubby.  Dia tak abih2 dengan suka nak menyakat aku bini dia yang "baik" nie.kakaakaka..

Memula nak citer pasal Julia my anak sulung..yang tak kenal tu nie hah muka dia hah..

tembam tembun tembin macam mak dia gak..kakaka sangat2 la berperangai "kakak".  Kuat menjawab weih..kadang2 aku sound jer maklumlah mak kan ada kuasa veto.  Tak kang aku diam jerlah dengar jawapan dia tu.  Mana ada makpak yang leh terima pangai anak yg suka menjawab beb.  Haruslah dia makan pelempang silap2 kena kurung hasil drp pangai kuat menjawab tu.  But most of time dia tak banyak cekadak, ringan jer tulang kalo nak mintak tolong.  Dah boleh mandikan adik dia yang kecik tu beb.  Sesekali dengar dia nak adik baby, nak dukung katanya..adeeh..permintaan yang paling tak rela nak dengar or jawab.  Kadang2 laser jer aku kata, adik2 yang ada nie pun ko tak terjaga..kakakaka  (jawapan selamat sebab dia pun takleh nak jawab, kot dia pandai jawab kata dia bukan besar mana nak kena jaga sampai 2 orang budak..pengsan aku..kakakaka)

Julia@kakak penah gak buat pangai taknak gi sekolah.  Tupun kena marah dek ustazah sebab tak siapkan keja skolah.  Dia tak siapkan pun bukan malas tapi dia demam sampai 4 hari.  Tak reti pulak dia nak jawab terus sentap nak balik.  Lepas pada tu dia dah taknak gi sekolah.  Sampai jer kat sekolah dia dah start 'banjir'.  Alhamdulillah..tak lama pun dia buat perangai, lepas tu dah ok dah.  Setakat nie pelajaran kat sekolah takde masalah.  Keja sekolah ok jer dia buat.  Masa ujian sebelum cuti sekolah hari tu ada 2 matapelajaran aku tgk result ataih BM 90% dan sains 96%.  Kira oklah tu kan dia takde pun gi tadika awal terus jer masuk pra-sekolah.  Tapi bab mengaji dia adalah lemah sesangat.  Aku tengah dok mencari jalan nak hantar dia mengaji hujung minggu.  so far, ayat yang dia boleh baca pun Alfatihah.  Doa makan n dao penerang hati mang dah dia belajar masa praskolah dulu.  Kalau boleh aku nak anak aku pandai baca ayat2 lazim.  Senang nak ajar dia sembahyang nanti.  Telekong dah lama aku beli untuk dia ada gak sesekali dia join aku sembahyang sama.  Tupun ikut mood dia.

Sekarang nie kat sekolah sebulan sekali ada macam program mengajar solat.  Tapi setakat sebulan sekali sure tak masuk.  No hal..baru2 nie aku ada terjumpa cd siap dengan buku belajar solat.  Boleh ar dia tengok dengan adik2 dia.

Baru nie pulak dia dah pandai dah nak demand kat aku nak tengok youtube.  Aku kalau boleh taknak ajar dorang awal2.  Aiishh..bukan kedekut ilmu tapi aku kedekut sebab nanti aku takde chance nak mentenet...kakakakaka  Tapi tulah kan nama kalo dah mak tu, tak sampai hati ar pulak.  Bagi la chance kat dia tengok, kira2 aku nie rela dalam terpaksa...huhuhu

Ada satu hal yang betul2 buat aku geram masa dia cuti sekolah...hah tu nanti aku citer..

ok dok citer pasal anak yang 1st?  pehtu kang sambung citer anak no. 2 lak..boleh ar tu..bantaii..asalkan blog aku terupdate.  kot kang ada yang berpinau bijik mata nengok gambar sandal bling2 aku tu...akakakak

happy weekend u allss...i pun happy gak nieh...cewaaah..

2 ulasan :

  1. salam...

    dah besar anak-anak kita kan? dulu masa kenal masing2 baby lagi.. :)

    BalasPadam
  2. yerlah azima..dah besar2 dah anak2 kita? takmo tambah ker? kekekeke..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails