Jumaat, 27 Mei 2011

MISKIN vs KAYA

SI MISKIN
- kalo yang makan gaji tu, baru lah merasa nak makan kat McD, KFC, Pizzahut, Domino etc..etc..
SI KAYA
- boleh jer nak makan kat mana2 tapi sebab kedekut makan jer apa yg ada..
SI MISKIN
- tak cukup duit nak beli barang2 branded, kot beli pun sure orang ingat cetak rompak..dilema sungguh..
SI KAYA
- beli jer yang cetak rompak bukan orang perasan pun, nak2 yang Gred AA..kelas gitu ko..kekekeeke
SI MISKIN
- tak berapa nak berkira bab2 kongsi makan nie, lagi rasa kenyang woo
SI KAYA
- citer jer gah gi makan sana sini, dapat jemputan makan free sure dok kat VIP, tak tolak punya..
SI MISKIN
- tiap kali tido sure berangan mat jenin kot dapat duit sekepok nak buat itu ini..
SI KAYA
- sorilah nak mimpi sebab tiap2 malam gelisah camner nak carik duit lagi, duit gaji pekerja jer dah sekian..silap2 kena penyakit darah tinggi..adeehhh...
SI MISKIN
- senantiasa berpijak dibumi nyata..berkawan dengan seikhlas hati..tak ikhlas pun orang tak kisah sbb miskin kan..huhhuhu
SI KAYA
- kawan2 keliling belum tentu boleh dipanggil kawan..kot yang ikhlas leh ar dikira dengan jari..

Siapa pun kita tak kiralah sama ada kaya atau miskin, bila sampainya masa nanti amalan yang baik dan jahat dikira dengan seadil2nya...takde yang tinggal walau sebesar zarah pun.  Ada gak yang kaya baik hati dan ada gak si miskin yang membiarkan diri terus miskin [pemalas maksudnya tu].

Khamis, 26 Mei 2011

KURUS vs GEMUK

SI KURUS
- makan macam vitamin nak bagi nampak umpphh tapi tak gak gemuk..
SI GEMUK
- jangan kata vitamin, makan maggi hari2 pun tak gak kurus
SI KURUS
- sajer ar beli baju besar nak bagi nampak berisi, nampak macam baju pinjam ada ar..kuikuikui
SI GEMUK
- jangan kata nak beli baju saiz L, XL punya saiz pun lum tentu boleh masuk..
SI KURUS
- ceria jer, jarang2 nak sensitif kot panggil cicak kubing pun boleh sengih
SI GEMUK
- jangan kata ko panggil gemuk, ko panggil debab silap2 ko makan penampar
SI KURUS
- hari2 makan nasik 2 pinggan, silap2 orang kata ko bela hantu raya..pelahap sangat2
SI GEMUK
- baru jer nak tambah setengah senduk nasi, orang dah jeling dah..
SI KURUS
- selalu dok bayang2 diri sendri banyak 'isi'..
SI GEMUK
- selalu perasan konon2 kurus lagi..
SI KURUS
- sekali angin kuat tiup rasa melayang nun ke sana..
SI GEMUK
- jangan kata angin, 3 orang yang tolak silap2 dorang yang jatuh..kakakaka


Kesimpulannya, tak kira ar ko rasa ko KURUS ke or GEMUK ke, yang penting HATI ko HAPPY...lalalalalalallala..

Khamis, 19 Mei 2011

cer teka cer teka..

jeng jeng jeng...


hmm..len macam jer kan?
Daun apakah yang sebegitu rupa?  Macam daun sireh jer kalo sekali pandang..no no bukan daun sireh ler..daun nie adalah merupakan sayuran yer.

okaylah okaylah..konon2 daya kreativiti sangatlah tinggi nie..dan konon2 gak nak tiru ar tempura nya style nieh..tapi..memang sedap..garing n rangup gitu.  Tak susah pun nak buatnya..very the simple..[aku kalo simple mimple nie mang laju jer kan].  hanya celup dalam telur yang dah dicairkan pehtu celup dalam tepung perisa buatan sendiri [tepung gandum campur serbuk jintan manis, ketumbar, lada hitam n secubit garam].

Nak mencuba tak? cuba jer..kot tak sedap kang jangan marah aku tau..al maklumlah tekak kita nie berlainan citarasa gitu kan.  eh eh jab lupa nak bagi tau tu daun hijau mijau tu daun bayam yer.  yess..tak yah terkejut der..memang ler daun bayam yang lebar2 tu aku goreng tepung.  Hasilnya kalo korang rasa tak yakin tok sah ler buat tapi kalo nak mencuba, silakan. heheheh..

Selasa, 10 Mei 2011

Makan tengahari apa tu?


Hari Sabtu hari tu gak punya citer nieh...aku masak sangatlah ringkas.  Konon2 hubby taknak menyusahkan aku walhal dia takut aku tak tau masak lauk yang dia suka.  Tak abih2 meng-underestimatekan kebolehan isterinya, ker dia tau isterinya itu sangat malas memasak?...kuang kuang kuang

Sup tauhu lembut..ada jer jual kat mana2 pasar beb.  Bila cakap sup sure korang ingat kalo buat sup jer sure letak rempah ratus sup kan?  no no no..aku tak tumis rempah sup..untuk buat sup sayur selalunya aku tumis bawang kecik, bawang putih n bawang besar [dah sesiap aku kisar] pehtu aku tambah lada sulah skit.  Tak tau lada sulah tu apa?  Aku pun tak tau...aakakakaka..acah jer aku taulah lada sulah tu ialah lada putih ler..tak caya kang korang google ler sendiri.

Selalunya bila sup tauhu nie aku tambah dengan  kubis bunga, cendawan tiram, udang, fishcake n fishball.  Kadang2 nak tukar selera aku tukar ler cendawan tiram tu kepada cendawan len lak.  Kira2 ikut suka hati aku jer ar nak letak sayur apa dalam sup tauhu aku tu.  Pehtu kicap bercampur n telur dadar nipis hidangan sampingan wajib untuk sup tauhu nieh.  takde kicap n telur kira tak lengkap ar sup tauhu.

sup tauhu lembut menu tengahari ok gak beb..hehehehe
yang merah tu sambal kerang n sebelah dia tu pakchoy n tauhu  tumis dgn sos tiram
Ada masa aku suka jer tengok resipi kat internet nieh tapi kadang2 tu selamba jer suka2 tambah bahan2 itu ini untuk kelainan masakan.  Bukan kira sedap pun, asalkan boleh diterima dek tekak dah kira pandai ler ko masak.  Betul tak? betul...

Gembiranya hati ini..

Pagi Sabtu tu, hubby dah pegi keja, seperti biasa bila tak ke pejabat maklumlah kan off day, boleh ar rileks2 skit.  Tak delah nak relaks langsung kat rumah, anak2 aku kerah masuk bilik mandi.  Hubby dah pesan tak yah nak masak sangat, masak jer sup2 sayur.  Aku nie kalau dah dipesan dek hubby mang ingat jer especially bab2 masakan ringkas mang laju ajer.  Cer kalo dia soh masak rendang ayam or rendang daging hahh...ko kat situ gak aku menganga..hhahahaha..

Inilah dia kalo jadik ibu yang bekerja, walaupun tak bekerja di opis tapi kerja2 rumah perlu gak dibuat takde nak off day der.  Aku rasa takdelah penat sangat pun sebab hubby nie jenis ringan tangan [bukan ringan tangan kat aku yer] dia pun selalu jer tolong aku settlekan keja kat umah.  Aku yang malas lebih sebenarnya [tu sebab badan dah macam belon jer nieh..hahahaha] ops...wa dah melalut ar beb, nak citer pasal len tersangkut pasal hubby rajin lak...adeehh..


hahh...nampak tak budak lum mandi dok basuh pinggan tak seberapa tu?  Julia tanya aku "mak, kakak nak tolong basuh, boleh?".  Memula tu aku nak cakap tak yah sebab aku tau dia nie lebih nak main sabun n air jer.  Tapi aku berubah fikiran, aku pun bagi dia tolong.  eh..ok jer takde dia main pun.  Lepas jer basuh pinggan tu dia datang kat aku, "ada lagi keja nak buat tak?"  Aku pandang dia, "takde kakak".  Julia pun sambung lagi cakap "kakak nak tolong mak sempena hari Ibu nie".  Waahh..macam best jer aku dengar dia cakap macam tu.  Tapi..biasalah aku nie suka jer nak test dia "takkan time hari Ibu jer kakak tolong mak, hari len camner lak?".  Member tak dapat nak jawab, sengih jerlah jawapan dia.

Aku nak kata bangga tu, adalah skit takdelah nak bangga sangatkan pun pehtu terharu skit pun ada gak.  Kira2 dia ingat gaklah hari Ibu hari istimewa untuk mak dia.  Takde nak bagi hadiah tapi dia hulurkan tenaga yang tak seberapa demi hari Ibu.  Kira ok ar tu kan?  Gambar nie aku nak simpan..sok umur aku panjang masa dia dah besar sok bila soh buat keja banyak songeh aku keluarkan gambar nie, dulu masa kekecik ko punyalah rajin, persal dah besar nie semua nak kena suruh malas ke main.  Zaman moden nie ok gak beb..ada gak bukti nak tunjuk kat anak2..Asal malas jer kuarkan jer gambar or video time dorang kekecik yang rajin ke main tu..hahahaha.  Jangan time rajin jer time dorang buat pangai pun kita rakam, biar dorang malu bila tengok time dorang dah dewasa sok..hohohoho..

p/s: kalo boleh kan..hari2 aku nak sambut hari ibu nie..rasa mcm tak cukup celebrate sehari jer.  yerlah yerlah aku tau sehari tu adalah sebagai tanda peringatan jer.  kot kita nak sambut hari2 pun ok jer..ok sila telefon ibu anda hari2 sampai dia jemu dengar suara yang sengau itu..hahahaha


Rabu, 4 Mei 2011

Reunion Sekolah Rendah-ii

Ini adalah permintaan puan pengerusi dan rakan2 sekolah len yang nak tumpang glamor kat blog aku...kakakaka [glamor sgtlah blog aku]. Dorang mintak aku letak lagi gambar2 masa reunion..jadik dearest frens, jangan ugut nak bakar blog aku eh..aku dah letak dah nie.. walhal dah tengok dah kat fb.  takperlah kan janji ada gak bahan nak letak kat fb blog aku nie kan..tengoklah puas2.  Aku tak letak semua esp. yang lelaki..apsal tak letak?  Sajer jer tak nak letak..hehehehehe

comei jer aku tengok cikgu [yg pegang plate tu]..dulu nmpk besar, la nie aku lagi besar...kakakaka
perasan tak pic kontroversi tu kengkawan? dah cukup besar aku letak dah nie..hehehe

Puas hati dak kengkawan ku?  Komen kat fb wa yer..hehehehe



Reunion Sekolah Rendah

happy sesangat dpt jumpa kengkawan lama
Semua gambar tu aku cilok dari FB, Ampun geng letak semua gambar ataih tu tanpa kebenaran korang.  Kawan cum blogger pun ada, yes tak lain tak bukan my dearie fren Amita,siap pesan jangan lupa letak dalam blog yer.  Sib baik ada orang cakapkan, kot tak, haram aku nak ingat citer kat sini.

Seronok sungguh dapat jumpa dorang..seronok sesangat sampai rasa tak nak balikdah.  Asik tergelak jer kejanya.  Aku la paling havoc pun, siap cikgu tanya nama aku berkali2.  Oh yer kami ada jemput bekas guru kelas kami masa sekolah rendah dulu.  Punyalah havoc sampai cikgu tanya aku punya nama berkali2 sebab nak ingat.  Perghh..camner nak ingat pun kan..dulu masa sekolah sangatlah cekeding, dah besar nie, betul besar orangnya..hahahahaha.   Member2 yang lain dok borak2 dengan cikgu, aku antara yang TAK masuk group borak2 dengan cikgu.  Tetiba dalam tak malu2 tu ada gak rasa malu nak borak nak join borak dengan cikgu.


Apapun perjumpaan dengan kengkawan mang rasa best sangat2..terimbas kembali zaman2 innocent dulu..kaakakaka..  Harap2 hubungan mesra kami itu tak berakhir di majlis reunion tu, harapnya adalah lagi dia lain kali dengan lebih meriah dan lebih ramai yang hadir.

White Castle??

Alkisah hari Ahad pagi2 kami dah gerak ke KL, buat apa lagi kalo bukan melawat makpak aku plus aku ada reunion classmate skolah rendah dulu.  Tak aku belum nak citer pasal reunion tu..yang aku nak hold citernya.  Aku nak citer hal semalam masa nak balik ke Somban.  Hubby kata nak singgah makan kat "White Castle", berkerut kening aku dok mengingat kat mana ar restoran "White Castle" di Nilai nun. 


Sudahnya dah sampai Nilai (Giant) tu..barulah dia cakap..hah inilah dianya.."eh eh bukan White Castle ar nama dia..cer korang teka apa nama tempat tu?


























comotnya dah sorang nie mkn burger..
 Korang nampak tak kat gelas tu..ada tulis ke White Castle?  Masa nie aku lagi kuat kerut kening..mcm mana Burger King leh jadi White Castle kat pemikiran hubby aku tu.  Soklan cepu emas ler kuar..camner leh jadi White Castle lak tempat nie?  Tempat awak dating kah?" tu dia soklan mang straight to the point..takde nak selindung2.  Hubby senyum sambil tu dia jawab "mana ada, dulu2 masa saya kecik2 saya penah pegi makan ar kat White Castle".  Aiihh..masa kecik?  Giant Nilai belum wujud lagi tu beb..hutan lagi yer.  Hubby macam dapat tetau jer apa dalam fikiran aku.  Terus dia cakap "tentu ar bukan kat sini, tempat lain".  Aku diam sambil tengok muka hubby.  "betul ar" kata hubby lagi macam tetau jer aku tak caya dia..hahahhaha..

Julia dok celup french fries dlm sundae choc nya..sedap..
Lidya pun dok buat yang sama gak..
Dah pusing2 tak beli apa2 pun [aku pun macam tak caya jer] kitorang pun gerak balik ke Seremban.  Hubby tu mang suka guna jalan lama..nak elak jalan jem kat tol tu hah.  Tapi yang sebenarnya dia lagi suka tengok view kawasan kampung.  Sejuk mata memandang..rasa damai..kata dialah.  Aku dok sebelah tau zzzzzzz jer.  Siap hubby citer si kecik Dania, dok menceceh siap korek hidung pehtu sapu kat baju aku.  Boleh lak hubby sempat tengok n tak marah kat si kecik tu..adeehh..Sabarjerlah..

Sajer letak gambar Dania..rasa tak cukup kalo letak gambar kakak2 dia jer..hehehe
p/s: Aku pun penah gak dengar nama restoran White Castle nie, tak tau masih wujud lagik ke tak sekarang nie...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails