Selasa, 10 Mei 2011

Makan tengahari apa tu?


Hari Sabtu hari tu gak punya citer nieh...aku masak sangatlah ringkas.  Konon2 hubby taknak menyusahkan aku walhal dia takut aku tak tau masak lauk yang dia suka.  Tak abih2 meng-underestimatekan kebolehan isterinya, ker dia tau isterinya itu sangat malas memasak?...kuang kuang kuang

Sup tauhu lembut..ada jer jual kat mana2 pasar beb.  Bila cakap sup sure korang ingat kalo buat sup jer sure letak rempah ratus sup kan?  no no no..aku tak tumis rempah sup..untuk buat sup sayur selalunya aku tumis bawang kecik, bawang putih n bawang besar [dah sesiap aku kisar] pehtu aku tambah lada sulah skit.  Tak tau lada sulah tu apa?  Aku pun tak tau...aakakakaka..acah jer aku taulah lada sulah tu ialah lada putih ler..tak caya kang korang google ler sendiri.

Selalunya bila sup tauhu nie aku tambah dengan  kubis bunga, cendawan tiram, udang, fishcake n fishball.  Kadang2 nak tukar selera aku tukar ler cendawan tiram tu kepada cendawan len lak.  Kira2 ikut suka hati aku jer ar nak letak sayur apa dalam sup tauhu aku tu.  Pehtu kicap bercampur n telur dadar nipis hidangan sampingan wajib untuk sup tauhu nieh.  takde kicap n telur kira tak lengkap ar sup tauhu.

sup tauhu lembut menu tengahari ok gak beb..hehehehe
yang merah tu sambal kerang n sebelah dia tu pakchoy n tauhu  tumis dgn sos tiram
Ada masa aku suka jer tengok resipi kat internet nieh tapi kadang2 tu selamba jer suka2 tambah bahan2 itu ini untuk kelainan masakan.  Bukan kira sedap pun, asalkan boleh diterima dek tekak dah kira pandai ler ko masak.  Betul tak? betul...

3 ulasan :

  1. kak pB punya sup sayur


    tumbuk bawang putih dengan lada sulah. Pas tu tumis. Masuk ayam@udang . Then boh air. Bila dah gelegak boh leh sayur mayur dan tahu mahu tu semua....

    Makan dengan nasi pun boleh. Makan dengan mee kuning pun boleh


    hi hi ih

    BalasPadam
  2. hai..dr blog kakPB..

    simple no hal janji sedap di tekak

    BalasPadam
  3. K.pB, janji sedap kak n kenyang dah kira ok ar tu..

    Salam perkenalan Irfa, terima kasih sudi datang n tinggalkan komen jugak..yerlah betul tu janji sedap kat tekak sendiri dah kira ok ar tu..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails