Khamis, 28 Julai 2011

MALAYSIA VS SINGAPURA

Ini malam pastinya hubby ku itu dah 'chop' dulu siaran langsung perlawanan Malaysia vs Singapura untuk pusingan kedua kelayakan piala dunia.   Semangat membara tu beb..tiket untuk perlawanan nie dah pun abih dijual.  hah..ambik ko Dato Rajagopal, dok mekak2 kata penonton Malaysia tak sayang pasukan sendiri masa lawan kelab2 Inggeris [Arsenal, Liverpool dan Chelsea] hari tu kan, sekarang nie lautan warna kuning kat Stadium Bukit Jalil tu.

Wartawan2 media sukan beria2 membakar semangat penonton, tak lupa siaran radio tak abih dok canang2 pasal perlawanan bakal tiba malam nie.  Dari semalam lagi tiket dah abih dijual..perggghh...memang dasat tu beb..

Kepada pemain bolasepak Harimau Malaya [tak kiralah harimau apa pun] dah kat tengah padang tu sila berjuang abis-abisan.  Pastikan perlawanan malam nie seperti perlawanan2 ketika korang berentap dengan pasukan kelab inggeris hari tu.  Tak pun buat yang lebih baik dari tu.

Paling tidak radio yang aku dok dengar hari2 yaknie SINAR FM, dok putarkan lagu2 patriotik sambil berkongsi pendapat pasal perlawanan nie.  Bagus SINAR FM, ini yang kita hendak.  Tak cukup dengan tu sampaikan PM, TPM pun memberi kata2 semangat buat korang.

ayuhh Harimau Malaya kemenangan harus dicapai..go Malaysia!!!

p/s; semangat bukan main poyos lagik kan..takper yang penting ada gak semangat dari buat tak reti siap merungut apa kes mainan nie, 22 orang men kejar2 demi bola sebijik...kakakakakaka

Isnin, 25 Julai 2011

MAHA NS 2011

Hari Sabtu hari tu bermula lah pelancaran Maha NS 2011.

Macam2 ada wa cakap lu beb...malas nak cakap banyak korang layan jer gambar yang aku tempek kat bawah nie yer...

Kat mana? di Tapak Bekas Kem Paroi, Seremban. Dah bermula dah pun dan bakal berakhir pada 30 Julai nie.  Jom kita gi ramai2..jom...




ada kuda, nak naik pun boleh 3kali pusing RM10
Aku tingin gak nak naik kuda tu tapi bila kang tak pepasal jer kuda tu patah tulang...baik belai2 dia jer dah cukup dah..kuda yang nak dinaiki tu pun jinak jer..aku dok buat bunyi macam nak panggil ayam kat kuda lain yang dok dalam kandang lain, alih2 kuda yang dalam kandang besar tu lak yang datang dari belakang...best jer rasa..konon2 power ar panggilan ko tu kan..kekekeekeke...


ok gambar ataih nie lak..sempat gak kitorang hilangkan dahaga dengan air jus kedondong..pergghh..sedap woo..murah jer segelas singgit beb..then kot dah penat or lenguh2 dok jenjalan sana sini leh ar gi urut2, sengah jam RM20 jer..tak lupa gak kami sempat tengok pertunjukan ular dek pasukan pertahanan awam..jangan memain wo itu ular tedung selar tu beb..siap dia cakap nak amek gambar pun boleh..aku cecepat blah..takut dan geli aku tengok ular2 tu..


pehtu kot ada yang gemarkan pokok2 dan bunga2an pun ada tau..rambang mata aku dibuatnya..tapi aku buat2 rileks jer..punyalah excited takleh nak cakap..rasa nak sauk jer semua yang ada depan mata aku masa nie..hehehehe

ada lagi...selain kuda..ada gak dipamerkan haiwan ternakan ...seperti lembu, kambing, ayam, rusa dan tak lupa ada gak terselit kedai yang mempamer serta menjual haiwan perliharaan seperti kucing, arnab, hamster, kura2 dan macam2 lagilah...


Yang seronoknya tu tentulah anak2 aku kan..tak larat nak jawab soklan2 yang keluar dari mulut mereka.  Tapi demi anak2 dilayankan jugak...

Jom ar pi..tapi jangan pi la nie..dia start pun kul 10 pagi dan berakhir jam 10 malam...hehehehe

Bila Dania Menyanyi..

Anak aku yang bongsu si Dania..pelat bila bercakap walhal kitorang tak ajar pun dia cakap pelat.  Pernah dia melalak sakan, sampai kuar ayat 'eeeiii..yammnyaa [geramnya]'.  Dah kalo dia cakap kat aku, 'mak, sejsip..'.  Korang paham tak?  Aku pulak cepat jer berangin bila tengok dia dah meragam siap melalak2 bagai.  Walhal member siap tunjuk handphone aku, tak gak aku paham.  Bila dok pikir2..lor upanya dia nak cakap 'mak, message received'..kakakakaka..  Dengan hubby2 pun 'bantai' aku, 'dah siap tunjuk handphone tu pun awak tak paham gak ker?'.  adeeeh..nak wat camner bukan aku cerdik sangat nak paham cakap2 pelat nie pun.

Semalam dalam kereta dia nyanyi 'nenek bongkok 3'.  Pitching toksah cakap, lirik berterabur sana sini..bila orang betulkan, dia marah..'eei tul ar adik anyi [nyanyi].'  Okay cer korang bayangkan eh dia nyanyi camnie tau..
"nenek2 si bongkok tiga, yang[siang] alam[malam] asik bejaga, nenek ku awen [kahwin] ngan anak rajah, cucu2 tak apat[dapat] ari[lari], nenek tua anyak[banyak] sakit [patutnya sakti], arang[sekarang] enek nak ari gantung [betulkan ganti dia cakap gak gantung]..kakakaka

tu belum lagi korang dengar dia nyanyi lagu 'twinkle2 little star' tu...lagi ar tak paham..tapi sebab taknak dia kecik ati kan..puji ar konon2 dia nyanyi sedap, dia pandai nyanyi.  sure dia tersengih siap bersemangat nak nyanyi lagik..adeeh..

hah..sok2 kalo rajin aku cuba upload video dia nyanyi eh..kalo depan orang sorrylah dia nak nyanyi, pemalu ya hamat..takut dengan orang yang dia tak kenal tu tok sah cakap ar..silap2 dia boleh larik masuk bawah kangkang mak dia..huhuhu.

p/s; malam nie nak upload gambar...tunggguuu...



Khamis, 21 Julai 2011

Seriously..?!!

Konon2 nak cakap secara serius..pasal tanggungjawab tapi bila pikir balik baik toksah.  Cakap2 serius nie muka pun kena serius [muka aku kalo serius tak lawo<-eleh macamla ko senyum tu lawo sangat..kuang kuang kuang].

Hari nie takde picture..maleh nak tempek [poyos].  hari nie gak no mood to cerita..dah lama pun tak berborak dengan kengkawan kat fb.  Dah lama gak aku senyap sunyi..berkicau cuma dikalangan ahli keluarga sendri esp. time berkumpul sesama kami.

Hari nie aku tetiba sedar bahawasanya [lama betul baru nak sedar diri..errrkk sekejab kang lupa diri balik].  yerlahkan kesedaran akan timbul bila ada orang menegur, bila kita nampak kemudian kita berfikir.  Kemudian dalam masa sekejaban kita jadi lupa balik.  Macam contoh ar kan..kita tau kita dah semakin senja tapi dok terkinja2 lagi.  Pehtu kita tengok dalam berita, baca dalam suratkhabar pasal orang yang mungkin sebaya kita terkinja2 gak.  hahh..tu yang kita pun mula terfikir betapa orang yang terkinja tu lebih kurang jer dengan umur kita.  tak ke rasa malu? tak ke rasa nak lempang diri sendiri?  takkan nak tunggu orang men-yound baru nak sedar.  Tah2 kita nie pulak jenis tinggi diri, orang cakap apa2 tak leh masuk siap dilawan lagik. [apa motif ayat aku nie? adeeh..].

apapun, setiap apa yang kita buat haruslah ada batasannya.  lebih2 kang memang jatuh ke tahap kes lupa diri tahap gaban.

p/s; tetiba hilang selera nak makan walaupun lauk sangat sedap..huhuhuhu

Selasa, 19 Julai 2011

Cubalah teka...hikss..

Tergigil tangan dok pegang hp..seriau giler babon aku snap pic nie
Pergggh...tajuk punyalah haii..macam gempakla sangat tempat ko pegi..walhal gi funfair kat Taipan Senawang tu jer..kekekekeke  Eh..korang jangan kata aku menipu lak yer sebab kalo korang pegi la nie mang dah takde dah, dorang dah pun pindah ke tempat lain.
Kitorang pegi sini atas permintaan anak2 terutamnya si Julia yang katanya dapat no.5 dalam kelas dia masa peperiksaan yang lepas.  So, dah boleh agak lah kan aku pegi nie masa bulan May..punyalah citer basi kan?  Takper la..dari tersimpan jer baik aku share2 citer dengan korang.
Aku naik ferris wheel dia yang terbaru..mahal betul cajnya..dewasa RM6 seorang dan kanak2 lak RM4 seorang.  Memula tu naik aku dah seriau, kalo aku yang mak orang nie dah seriau dah gayat, bayangkan anak2 aku yang lagggiii seriau siap nak nangih dah.  Abih camner aku tak seriau boleh lak dia berhenti yang paling tinggi, lama lak tu, dah terbuai2 jer kitorang kat dalam 'sangkar' tu.  Bila ingat balik..camnerlah aku boleh selamba naik dengan anak2.  Rasa nyesal pun ada gak.  Sebelum nie tak seriau sangat sebab tak tinggi sangat, yang ini, adeeh..korang tengok gambar yang aku ambik tu pun korang leh agak betapa tingginya ferris wheel tu.  hah..seriau2 gak gambar tahtap gak wa snap.  Nak tau naper?  Dah lama dok pusing2, ingat dah abih turn dah tapi dok gak dorang pusingkan kitorang..yang kemudian dari kitorang pun dah turun dah tapi kitorang gak tak turun2.  Rezeki kata ko? Aku dah rasa pening2 lalat dah tapi tepaksa jer berlakon konon2 suka naik lelama depan anak2.  Kot anak2 aku lagi panik tengok mak dorang nangih2.

Masa nie si Julia dah sound, kang jatuh hp mak tu kang..adeeh..



Carik hubby ku..tak aku nampak dia kat ner..


aku penah naik benda alah nie masa anak2 aku baby..tgk muka tukang bawak pun ko dah takde selera nak naik tau...kekekekek 
hah..hubby kalo sebelum nie yang kecik cotek tu dia tak naik, inikan pulak yang besar tinggi gedabak nie, lagilah dia gayat nak naik.  Takut  muntah katanya..eleh takut nak naik sebab gayat...ayat nak cover line sesaja hubby ku itu..huhuhu

p/s: apa mimpi di malam hari dok update blog?  cover ar beb..kan siang tadi tak update...cececee..rajinnyaaaa diiiaaa..hehehehe

Isnin, 18 Julai 2011

Spaghetti Goreng..

sori geng, gambar blur n maleh lak nak edit bagai..
Masa nie aku cakap kat hubby aku nak buat spaghetti goreng.  Dia dok ingat aku nak buat spaghetti bolognaise [ada kuah].  Dah siap dia dok tanya tang dapur, mana kuahnya? kekekeke..  Aku goreng lewat pagi, kira2 nak dekat makan tengahari.  Tak berani nak buat pedas2 sangat.  Anak2 aku especially si kakak sangat suka makan 'mi' nie.  Pada dia yang panjang2 berjela tu nama dia mi.

Orang kalo dah malas tu kan..koser eh dia nak masak dok kat dapur berjam2.  Tapi takkan dinner pun benda yang sama kan?  Sudahnya kena gak ko masak dua kali..hmmm..[dalam dok malas2 masak, ndak tak ndak kena gak dok dapur..cet..].  Aku nie tak taulah nak cakap..bukan kena masak hari2, seminggu sekali pun malas giler.  Kot kena masak hari2 tak taulah camner punya rungutan kat hubby. huurrmm...inilah dia orang yang tak reti nak bersyukur.  Tau nak keja senang jer..[opps..tetiba nak leter kat diri sendri].

Kena masak hujung minggu pun dah kalut, dah rasa pressure tak tentu pasal tu belum lagi tension nak pikir resipi apa nak dimasak untuk suami dan anak2 tu.  Adeehh..kesian kat laki ku itu..  Tapi sejak aku dok eksen kat dia konon2 macam terer masak..dia dah letak macam2 idea soh aku masak sup tulang lah..telur bistiklah..paprik ayamlah..tomyamlah..perghh selera tekak dia ala2 ingat bini dia chef hotel jer tau.  Mang padan pun dengan muka aku..eksen, berlagak konon2 sound dia cakap jer nak makan apa, aku leh buat, tak reti kang aku rujuk internet.  Dah jadi macam nie, nak kata apa lagi kan..masak jerlah kalo dah laki ko suruh..hhuhhuhu..

eh..korang makan apa untuk lunch tu?  bak skit...hehehehe

Sabtu, 16 Julai 2011

Breakfast tadi

Konon2 feeling tekak omputeh, buat pancake aka lempeng dalam bahasa melayu tapi kalau dah nama tekak melayu takde makna ko rasa kenyang der.



Bukak peti ais pehtu keluarkan barang2 basah yang dah dibeli semalam.  Apalagi....walaah...



kuey teow goreng basah untuk tekak sendiri..
Lupa nak nak beli kerang..boleh jer aku dok pandang kerang kat Econsave tapi tak teringat nak beli.  Takper..letak jer udang banyak2...lagiii sedap..

Korang bersarapan apa tu?...mestilah lagi sedap kan?huhuhuu....

Jumaat, 15 Julai 2011

Juara Bowling [tak menahan la sungguh]...

ok..yang jadi juaranya pun bukan aku tapi hubby.  Bukan juara peringat international pun, peringkat negeri apatah lagi.  Untuk julung kalinya hubby juara bowling ditempat kerja dia...kekekekeke.  Selama ada pertandingan bowling hubby sure dapat hadiah, abih2 pun tempat ke-3.  Game lak waktu pagi, yang aku mang tak koser nak ngikut dia.  Tapi kali nie game tu dibuat waktu petang, sebab lane fully booked waktu paginya.  [opps..tak ingat gak bila game nie...adeehh tulah minum air ada semut ar nie..]

siap senget badan tu, sib baik menang...hehhehe
Agaknya timing main tu sangat disukai dek hubby then ada pulak sorakan padu dari wifey n anak2 dia, perrhhh semangat dia nak menang tu lagi menyala ar kan.  cecece..kalo tak lebey2 ayat tu tak sah kan?  Aku siap soh anak2 sorak 'go ayah go' walaupun jadi gelak ketawa kengkawan hubby tapi kitorang selamba jer jenis muka tak reti nak malu2 meneruskan sorakan yang konon2 hebat giler..[ayat2 apa ar aku taip nie..kekekekeke].

eh..apa kes amek gambar tang belakang nie?
sukanya dia dpt 3 hamper n cash RM50/-
aksi si kakak dengan hamper yang hubby dapat..
Hubby menang hadiah 3strike in a row, highest point dan juga juara keseluruhan dan tak lupa wang tunai berjumlah 50hinggit.  i likeee..siap nyanyi 'we are the champion' kuat kat bowling alley tu.  tak de nak malu langsung, bangga lagi ada..cecece.  menciknya aku tak dapat nak join..kot tak, leh gak aku menyumbang lagi hamper2 tu [ayat riak tak hingat].

Takperlah kan..3 hamper untuk kami berlima pun dah kira banyak dah.  Tah bila ar aku dapat men bowling nie..windu pulak nak menghayun bola bowling...hurmmm..

Ice Room di Senawang

Sementara menanti hubby gi beli satay kajang sahmuri, aku pun dengan selamba masuk sorang2 kat ice room dan meng-order aiskrim dan spaghetti bolognaise [betul ke ejaan aku eh?..ah bantai..].  Sajer2 menggatal nak masuk pun walhal dah tau nie hubby gi beli satay.  Satay adalah bukan kegemaran aku..paling tinggi aku makan 3 cucuk pehtu aku dah surrender dah.

Ok2 jer lah rasanya spaghetti tu pun, takdelah marvelous sangat, lagipun aiskrim yang aku order pun punyalah banyak, tak larat aku nak abihkan sorang2.  Aku pun dah lupa dah aiskrim apa yang aku order, ada ar blueberry.  Ramai gak yang datang kat kedai nie, kebanyakan dorang lepak kat luar.  Aku boleh pulak jadi kepochi tanya kat amoi meja sebelah apa yang dia order sampai tinggi melangit sayurnya.  Salad kata amoi tu.."i ingat skit jer..tak tau boleh abih tak nie" sambil senyum.  Aku pun senyum sama. 

Kat mana kedai ice room senawang nie?  Alah..kat Dataran Senawang aka Taipan Senawang, betul seberang jalan tepi kedai satay kajang sahmuri tu hah.  Senang nak kenal pun..kedainya serba hijau gitu.  Kalo time panas2 ok ar gi makan aiskrim, kot taknak pun lepak2 sambil makan fries pun ok jer.

oh..ya, aku takde ar nampak dia tampal logo halal Jakim kat situ, selamba jer kan?  Kalo kot ada yang nak share info kedai nie dok hidang aiskrim tak halal, bagi tau kat aku tau.  Benda baik n tak baik nie elok gak kita share sesama.

happy weekend yer...daaa..

Rabu, 13 Julai 2011

Yang Kerja Kat Tengah Kuala Lumpur...

Dah bertahun2 dah aku keja kat Seremban nie, masa memula tu memang bosan giler pehtu siap rindu lagi dengan member opis lama.  Tapi bila satu hari tu aku amek gambar nie kan..aku rasa syukur sangat2..

Aku rasa sampai bebila pun aku takkan jumpa jalan macam nie punya lengang kat KL.  Kuar opis jam 5.30 petang, takkan ada ko sampai umah jam 7 atau 8 malam.  Sajer jer kan nak bagi orang keja KL bertambah tension tengok aku buat citer nie. muahahaha [gelak jahat dah mai dah..].  Aku memula fedap gak asik lalu jalan nie jer tapi bila pikir ar kan, kat KL ko cilok mana pun sure sesak.  Kot nak kureng sesak ko kena kuar cecepat, lambat 10minit kang sangkut ar ko kat jalan tu berjam2.

Kira2 terapi minda gaklah bila lalu kat jalan nie..eh aku selamba jer tak bagi tau korang jalan apa nie kan?  Buat yang tau tu, taulah..yang tak tau..koser eh aku nak bagitau kakkakaka.  Jauh skit takper tapi jiwa adalah tenang bila lalu jalan macam nie punya lengang.  Bukan sesekali lak tu tapi setiap kali lalu, jalannya beginilah...[waah..berlagak giler nak mampus aku nie, jgn mara ar..] 

p/s:  tetiba rajin lak nak upload gambar..card reader tak jumpa lagi nie..ada jer cara kalo rajin kan..cececee..

Pagi itu..


Cer teka..gambar kat atas tu jalan mana? cewahh..men teka teki tekok lak..hehehe  Masa nie waktu pagi lebih kurang kul 9 kot.  Masa nie aku tengah on the way nak ke Palong, nak menghadirkan diri ke kenduri kahwin adik spupu aku.  Time hujan yang bakal menyumbangkan ko kelelapan.  Rasa macam nak ke Genting jer kan?

Sejak ada jalan baru kat Bukit Putus nie, orang pilah sonang ar nak turun somban kan?  Tak de dah nak ghaso poning nek bukit putus tu.  alaaa..lupa aku nak snap signboard dok bagi tau jambatan kat bukit putus tu adalah yg ke2 tertinggi di Malaysia [48mtr].

Takde ker orang nak buat citer seram kat Bkt Putus yang lama tu?  eh..eh tetiba lak nak masuk bab seram eh.  Orang nogori especially yang biasa dengan Bkt Putus nie tau la citer2 seram kat bukit tu.  Aku pun selalu gak dengar, alami tu takdelah.  Lepas citer Karak tu takkan KRU tak nak buat citer psl bukit putus lak..bololah oghang nogoghi poie kalau buat tau..opps jangan masukkan aku.  Citer2 seram dah bukan jadi minat aku der.  Baik ngaku awal2, yer aku nie penakut nak mampus..tak nampak tu takper, kot nampak adeeh lomah lutut den.

p/s; tajuk macam tak sesuwei dengan citer daaa..takper janji aku ada citer kan?




Khamis, 7 Julai 2011

Lidya eja 'duduk'

Kalo dah jadi mak orang nie mesti nak selit citer pasal anak kan?  Kalo tak citer mang tak sah..hehehe  Tak kiralah part sedih, marah atau kelakar mesti nak citer.  Ok macam kat tajuk tu kan..pagi tadi masa aku tengah minum pagi, Dania datang dekat nak join minum sama.  Aku suruh Dania ambil kerusi dia sendiri sementara aku gi ambilkan piring.  Tetiba Lidya dok mengeja 'a' ar, 'o' oo..'duduk'..kakakakaka..semua yang minum termasuk hubby takde yang tak tergelak dengar dia mengeja macam tu.

Teringat pulak aku masa dia baru 3 tahun, aku soh dia ajuk bunyi kucing, "Lidya camner bunyik kucing?".  Dia pun dengan selamba jer jawab 'kucing, kucing, kucing'.  Pehtu tanya lak camner bunyik ayam sama gak dia jawab 'ayam, ayam, ayam'.  Adeehh..dah lah umur 2 tahun pun cakap tah apa2 bahasa dah umur 3 tahun pulak pandai bercakap dah macam style orang baca berita pulak...kekekekeke

Lidya bakal berusia 5tahun hujung bulan nie..paling manja dengan ayahnya.  Paaaaling 'rajin' bila diminta pertolongan.  Kebanyakan masa dia boleh selamba jer buat2 tak dengar apa yang kita suruh.  Ko jangan bagi dia kamera atau handphone ada kamera..tah apa2 gambar dia dok tangkap kang.  Kalo soh posing..pergghh tak yah ajar der, dah tau jer camner.  Sangat2 sayang adik dia si Dania tapi kalo dah gaduh siap naik kaki [mang kena ar makan sedas dari maknya time tu].  Paliiing kuat melalak tapi cepat jer diam, kadang tu tengah2 nangih pun boleh gelak..

ahhh..dah rindu pulak dengan anak2...hhhmmmm...tak sabar pulak nak balik umah peluk cium dorang...alolololoo...

Rabu, 6 Julai 2011

9 Julai...

Seperti yang kita dah maklum ar kan...hujung minggu nie pastinya ramai yang tak hingin nak turun ke KL.  Kesian betul peniaga kat KL nun..dilemma sungguh ar diorang kan?   Bukak kedai kang rugi, tutup kedai pun rugi.  Yang konon2 plan nak balik KL hujung minggu nie pun CANCEL sebab tak nak tempuh jalan sesak sebab sekatan jalan dek polis.  Polis yang mana dah pelan nak coti2 pun kena beku coti.  Adeehh..cian betul..

Malam tadi pok najib dah bagi kebenaran..korang nak demonstrasi boleh tapi kena buat kat stadium secara aman, pergi dan balik pun secara aman.  hah..jangan lak kat stadium tu ko gi nyalakan api lak..tak pasal2 dengan penganjur2 pun terbakar sama..dah satu tragedi pulak kang.

Banyak cara dok boleh buat..apa ker hal la nak demo nie eh?  Aku tengok demo tape boleh ar...akakakakak..tapi betul ar beb..naperlah nak create something yang tak sepatutnya.  Tak yah nak tiup2 api kebencian..cer tengok len2 negara bila berdemo2 nie siap ada nyawa yang melayang.  Ikutlah kata pepatah 'yang baik jadikan teladan, yang buruk tu jadikanlah sempadan'.  Bukan budaya kita nak berdemo2 nie pun.  Kesian pekerja tokey kedai kat KL tu hah..nak gi keja kang takut kena siram air, gas pemedih mata or silap2 kang orang dok ingat dia pun sama berdemo, walhal nak carik sesuap nasi untuk anak bini kat umah.   Aku yang tak belajar tinggi nie pun leh nampak banyak buruk dari baik, persal la yang belajar tinggi menggunung tak nampak benda simple macam nie eh.

eh..aku nie beria2 nie naper?  Aku nak turun ke KL ke nanti time tu?  tak delah..aku cuma nak kongsi pendapat aku yang tak seberapa nie jer.  [sekurang2nya blog aku nie ada gak terisi dari takde benda nak kongsi dengan korang..heheeheh].  9 Julai tu sok family aku awal2 dah keluar dari KL dah..kekekekeke..Peh tu aku lak menyusul dorang ke..jeng jeng jeng[macam ar suspens sangat].  [gi kenduri kahwin adik sepupu jer].

So, korang yang dok KL, yang keja kat KL tu sure amek coti kan tak pun silap2 bos soh coti jer..

Selasa, 5 Julai 2011

Citer2..

Sakit tul hati aku...dah aku taip elok2 tetiba 'error'.  Dah nak keluar ayat2 membina 'dosa' jer tau.  Dah ler aku rasa janggal jer sebab dah lama tak update blog aku nie.  Nie tetiba lak blog buat perangai.  Sajer ar tu nak membakar n membahang jiwa raga aku nie.  Nie yang buat aku jadi malas nak update blog jer nie [alasan taknak update blog..laju ajer].

Okay..straight jer citer nie.  Hari Jumaat lepas time malam ler..[takde nak suspen der..bukan citer seram pun..kekekekek].  Hubby dah janji dengan anak2 nak gi tengok persembahan TATU anjuran PDRM kat Stadium Paroi tu hah.  Konon2 pegi la lelambat..yerlah ingat kot takde sambutan.  Sekali ko..terperanjat ahcik tau..bersepah2 lak kereta sampaikan sesak semua jalan ke stadium tu.  Nasib baiklah dapat mencelah cilok dapat gak kitorang parking [tupun dah hujung dekat dengan hutan..seram lak rasa sebab gelap betul area tu].

Tu baru part cari parking..part lagi mencabar ialah sampai kat stadium, dah ramai yang bersesak2, mang takde tempat ko nak duduk.  Kitorang pun berdiri jerlah kat tangga pintu masuk kat dalam stadium.  Alangkan anak2 aku nak mencelah tak boleh inikan pulak mak dugung nie, hah silap2 makan siku aku kang..hahahahahah.   Masa dorang buat demo siap dengan helikopter masuk padang..perggh..dasat gak aksi PDRM nie.  Terasa macam tengok wayang la pulak.   Separuh persembahan tu aku tengok kesian lak kat anak2 berdiri kat tangga jer..aku ajak hubby carik port lain lak.  Kitorang turun carik lak kat pintu masuk bawah..dekat dengan skrin besar...tak yah nak tengok kat padang..bukan nampak sangat pun..lagi puas ko tengok skrin besar...hehehehe

Paling seronok n kelakar ialah 'kawad patung', tengok muka masing2 dah ditampal dengan cat putih tingat kat Aziz Satar 'nie tepung ka bedak?' 'bedak tuan'..hahahaha  Memang kelakar sangat2.  Aku tak dengar apa2 pun asik gelak jer tengok gelagat persembahan 'kawad patung'.  Pehtu aksi yang ditunggu2 apa lagi akrobatik atas motorsikal ala2 mat rempit tapi ada orang perempuan beraksi.  perggh..tabik spring tengok aksi dorang tu.  Tapi ada gak insiden salah sorang peserta aksi atas kuda, terjatuh dari kuda..hah..masa tulah hubby bagi 'jom balik'.  Tujuan balik sebelum persembahan tamat pun sebab taknak tempuh kesesakan terlampau.  Masa tu pun si Lidya anak aku no. 2 tu dah buat macam2 ragam dah..maklumlah dah kul 11 lebih dah pun masa tu.

Nie nak citer masa parking kereta tu kitorang takde pun rasa jauh..time balik nak gi ke kereta tu adeeh..aku rasa nak tercabut tulang keting.  Padan muka kitorang pun kan.  Pehtu kan...masa jalan nak gi kat kereta tu aku terbau bau kemenyan tau tapi aku diam jer.  Aku tunduk jer takde nak toleh2 kiri kanan...sambil2 kaki aku lagi cepat2 berlari anak nak cepat sampai ke kereta.

On the way balik tu sempatlah hubby singgah beli hotdog, lapar katanya.  Sampai jer kat umah aku cakap nak makan maggi, terus terbeliak mata anak2 aku nak makan sama.  Ber-supper maggi lah kitorang anak beranak.

Pagi Sabtu sepatutnya ada larian kat skolah Julia tapi tak pergi pun...dah tido lambat pehtu dia pun letih sebab kitorang parking keta skit punya 'dekat' malam tu.

p/s: aku ada gak ambik gambar malam tu tapi tak berapa clear ar..maklumlah pakai handphone jer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails