Rabu, 6 Julai 2011

9 Julai...

Seperti yang kita dah maklum ar kan...hujung minggu nie pastinya ramai yang tak hingin nak turun ke KL.  Kesian betul peniaga kat KL nun..dilemma sungguh ar diorang kan?   Bukak kedai kang rugi, tutup kedai pun rugi.  Yang konon2 plan nak balik KL hujung minggu nie pun CANCEL sebab tak nak tempuh jalan sesak sebab sekatan jalan dek polis.  Polis yang mana dah pelan nak coti2 pun kena beku coti.  Adeehh..cian betul..

Malam tadi pok najib dah bagi kebenaran..korang nak demonstrasi boleh tapi kena buat kat stadium secara aman, pergi dan balik pun secara aman.  hah..jangan lak kat stadium tu ko gi nyalakan api lak..tak pasal2 dengan penganjur2 pun terbakar sama..dah satu tragedi pulak kang.

Banyak cara dok boleh buat..apa ker hal la nak demo nie eh?  Aku tengok demo tape boleh ar...akakakakak..tapi betul ar beb..naperlah nak create something yang tak sepatutnya.  Tak yah nak tiup2 api kebencian..cer tengok len2 negara bila berdemo2 nie siap ada nyawa yang melayang.  Ikutlah kata pepatah 'yang baik jadikan teladan, yang buruk tu jadikanlah sempadan'.  Bukan budaya kita nak berdemo2 nie pun.  Kesian pekerja tokey kedai kat KL tu hah..nak gi keja kang takut kena siram air, gas pemedih mata or silap2 kang orang dok ingat dia pun sama berdemo, walhal nak carik sesuap nasi untuk anak bini kat umah.   Aku yang tak belajar tinggi nie pun leh nampak banyak buruk dari baik, persal la yang belajar tinggi menggunung tak nampak benda simple macam nie eh.

eh..aku nie beria2 nie naper?  Aku nak turun ke KL ke nanti time tu?  tak delah..aku cuma nak kongsi pendapat aku yang tak seberapa nie jer.  [sekurang2nya blog aku nie ada gak terisi dari takde benda nak kongsi dengan korang..heheeheh].  9 Julai tu sok family aku awal2 dah keluar dari KL dah..kekekekeke..Peh tu aku lak menyusul dorang ke..jeng jeng jeng[macam ar suspens sangat].  [gi kenduri kahwin adik sepupu jer].

So, korang yang dok KL, yang keja kat KL tu sure amek coti kan tak pun silap2 bos soh coti jer..

2 ulasan :

  1. jadi hujung minggu ni kita pakat2 balik kampung ek...hehehe...akak tak bolehlah balik kg kan sebab orang kl..hehehe...jadi,dok seremban je tau

    BalasPadam
  2. Ila..amboii eksennya die..akak pun nak larik gak tau..lagiii jauhh..nun ke palong nun hah...hehehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails