Selasa, 5 Julai 2011

Citer2..

Sakit tul hati aku...dah aku taip elok2 tetiba 'error'.  Dah nak keluar ayat2 membina 'dosa' jer tau.  Dah ler aku rasa janggal jer sebab dah lama tak update blog aku nie.  Nie tetiba lak blog buat perangai.  Sajer ar tu nak membakar n membahang jiwa raga aku nie.  Nie yang buat aku jadi malas nak update blog jer nie [alasan taknak update blog..laju ajer].

Okay..straight jer citer nie.  Hari Jumaat lepas time malam ler..[takde nak suspen der..bukan citer seram pun..kekekekek].  Hubby dah janji dengan anak2 nak gi tengok persembahan TATU anjuran PDRM kat Stadium Paroi tu hah.  Konon2 pegi la lelambat..yerlah ingat kot takde sambutan.  Sekali ko..terperanjat ahcik tau..bersepah2 lak kereta sampaikan sesak semua jalan ke stadium tu.  Nasib baiklah dapat mencelah cilok dapat gak kitorang parking [tupun dah hujung dekat dengan hutan..seram lak rasa sebab gelap betul area tu].

Tu baru part cari parking..part lagi mencabar ialah sampai kat stadium, dah ramai yang bersesak2, mang takde tempat ko nak duduk.  Kitorang pun berdiri jerlah kat tangga pintu masuk kat dalam stadium.  Alangkan anak2 aku nak mencelah tak boleh inikan pulak mak dugung nie, hah silap2 makan siku aku kang..hahahahahah.   Masa dorang buat demo siap dengan helikopter masuk padang..perggh..dasat gak aksi PDRM nie.  Terasa macam tengok wayang la pulak.   Separuh persembahan tu aku tengok kesian lak kat anak2 berdiri kat tangga jer..aku ajak hubby carik port lain lak.  Kitorang turun carik lak kat pintu masuk bawah..dekat dengan skrin besar...tak yah nak tengok kat padang..bukan nampak sangat pun..lagi puas ko tengok skrin besar...hehehehe

Paling seronok n kelakar ialah 'kawad patung', tengok muka masing2 dah ditampal dengan cat putih tingat kat Aziz Satar 'nie tepung ka bedak?' 'bedak tuan'..hahahaha  Memang kelakar sangat2.  Aku tak dengar apa2 pun asik gelak jer tengok gelagat persembahan 'kawad patung'.  Pehtu aksi yang ditunggu2 apa lagi akrobatik atas motorsikal ala2 mat rempit tapi ada orang perempuan beraksi.  perggh..tabik spring tengok aksi dorang tu.  Tapi ada gak insiden salah sorang peserta aksi atas kuda, terjatuh dari kuda..hah..masa tulah hubby bagi 'jom balik'.  Tujuan balik sebelum persembahan tamat pun sebab taknak tempuh kesesakan terlampau.  Masa tu pun si Lidya anak aku no. 2 tu dah buat macam2 ragam dah..maklumlah dah kul 11 lebih dah pun masa tu.

Nie nak citer masa parking kereta tu kitorang takde pun rasa jauh..time balik nak gi ke kereta tu adeeh..aku rasa nak tercabut tulang keting.  Padan muka kitorang pun kan.  Pehtu kan...masa jalan nak gi kat kereta tu aku terbau bau kemenyan tau tapi aku diam jer.  Aku tunduk jer takde nak toleh2 kiri kanan...sambil2 kaki aku lagi cepat2 berlari anak nak cepat sampai ke kereta.

On the way balik tu sempatlah hubby singgah beli hotdog, lapar katanya.  Sampai jer kat umah aku cakap nak makan maggi, terus terbeliak mata anak2 aku nak makan sama.  Ber-supper maggi lah kitorang anak beranak.

Pagi Sabtu sepatutnya ada larian kat skolah Julia tapi tak pergi pun...dah tido lambat pehtu dia pun letih sebab kitorang parking keta skit punya 'dekat' malam tu.

p/s: aku ada gak ambik gambar malam tu tapi tak berapa clear ar..maklumlah pakai handphone jer.

4 ulasan :

  1. tengok tatu tu 10 tahun dulu kot hehe

    BalasPadam
  2. abah zino, samalah kita..bila tgk lagi skali rasa seronok sgt2..tak taulah bila nak tgk lagi..hehe

    BalasPadam
  3. tak pernah plak tgk tatu tu..1st time dengar ni

    BalasPadam
  4. ila, dah bertahun2 dah dorang buat tatu nie..takper, next kalo ada akak bg tau awal2 so that ila leh gi tengok yer..hehehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails