Jumaat, 15 Julai 2011

Ice Room di Senawang

Sementara menanti hubby gi beli satay kajang sahmuri, aku pun dengan selamba masuk sorang2 kat ice room dan meng-order aiskrim dan spaghetti bolognaise [betul ke ejaan aku eh?..ah bantai..].  Sajer2 menggatal nak masuk pun walhal dah tau nie hubby gi beli satay.  Satay adalah bukan kegemaran aku..paling tinggi aku makan 3 cucuk pehtu aku dah surrender dah.

Ok2 jer lah rasanya spaghetti tu pun, takdelah marvelous sangat, lagipun aiskrim yang aku order pun punyalah banyak, tak larat aku nak abihkan sorang2.  Aku pun dah lupa dah aiskrim apa yang aku order, ada ar blueberry.  Ramai gak yang datang kat kedai nie, kebanyakan dorang lepak kat luar.  Aku boleh pulak jadi kepochi tanya kat amoi meja sebelah apa yang dia order sampai tinggi melangit sayurnya.  Salad kata amoi tu.."i ingat skit jer..tak tau boleh abih tak nie" sambil senyum.  Aku pun senyum sama. 

Kat mana kedai ice room senawang nie?  Alah..kat Dataran Senawang aka Taipan Senawang, betul seberang jalan tepi kedai satay kajang sahmuri tu hah.  Senang nak kenal pun..kedainya serba hijau gitu.  Kalo time panas2 ok ar gi makan aiskrim, kot taknak pun lepak2 sambil makan fries pun ok jer.

oh..ya, aku takde ar nampak dia tampal logo halal Jakim kat situ, selamba jer kan?  Kalo kot ada yang nak share info kedai nie dok hidang aiskrim tak halal, bagi tau kat aku tau.  Benda baik n tak baik nie elok gak kita share sesama.

happy weekend yer...daaa..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails