Khamis, 7 Julai 2011

Lidya eja 'duduk'

Kalo dah jadi mak orang nie mesti nak selit citer pasal anak kan?  Kalo tak citer mang tak sah..hehehe  Tak kiralah part sedih, marah atau kelakar mesti nak citer.  Ok macam kat tajuk tu kan..pagi tadi masa aku tengah minum pagi, Dania datang dekat nak join minum sama.  Aku suruh Dania ambil kerusi dia sendiri sementara aku gi ambilkan piring.  Tetiba Lidya dok mengeja 'a' ar, 'o' oo..'duduk'..kakakakaka..semua yang minum termasuk hubby takde yang tak tergelak dengar dia mengeja macam tu.

Teringat pulak aku masa dia baru 3 tahun, aku soh dia ajuk bunyi kucing, "Lidya camner bunyik kucing?".  Dia pun dengan selamba jer jawab 'kucing, kucing, kucing'.  Pehtu tanya lak camner bunyik ayam sama gak dia jawab 'ayam, ayam, ayam'.  Adeehh..dah lah umur 2 tahun pun cakap tah apa2 bahasa dah umur 3 tahun pulak pandai bercakap dah macam style orang baca berita pulak...kekekekeke

Lidya bakal berusia 5tahun hujung bulan nie..paling manja dengan ayahnya.  Paaaaling 'rajin' bila diminta pertolongan.  Kebanyakan masa dia boleh selamba jer buat2 tak dengar apa yang kita suruh.  Ko jangan bagi dia kamera atau handphone ada kamera..tah apa2 gambar dia dok tangkap kang.  Kalo soh posing..pergghh tak yah ajar der, dah tau jer camner.  Sangat2 sayang adik dia si Dania tapi kalo dah gaduh siap naik kaki [mang kena ar makan sedas dari maknya time tu].  Paliiing kuat melalak tapi cepat jer diam, kadang tu tengah2 nangih pun boleh gelak..

ahhh..dah rindu pulak dengan anak2...hhhmmmm...tak sabar pulak nak balik umah peluk cium dorang...alolololoo...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails