Khamis, 28 Julai 2011

MALAYSIA VS SINGAPURA

Ini malam pastinya hubby ku itu dah 'chop' dulu siaran langsung perlawanan Malaysia vs Singapura untuk pusingan kedua kelayakan piala dunia.   Semangat membara tu beb..tiket untuk perlawanan nie dah pun abih dijual.  hah..ambik ko Dato Rajagopal, dok mekak2 kata penonton Malaysia tak sayang pasukan sendiri masa lawan kelab2 Inggeris [Arsenal, Liverpool dan Chelsea] hari tu kan, sekarang nie lautan warna kuning kat Stadium Bukit Jalil tu.

Wartawan2 media sukan beria2 membakar semangat penonton, tak lupa siaran radio tak abih dok canang2 pasal perlawanan bakal tiba malam nie.  Dari semalam lagi tiket dah abih dijual..perggghh...memang dasat tu beb..

Kepada pemain bolasepak Harimau Malaya [tak kiralah harimau apa pun] dah kat tengah padang tu sila berjuang abis-abisan.  Pastikan perlawanan malam nie seperti perlawanan2 ketika korang berentap dengan pasukan kelab inggeris hari tu.  Tak pun buat yang lebih baik dari tu.

Paling tidak radio yang aku dok dengar hari2 yaknie SINAR FM, dok putarkan lagu2 patriotik sambil berkongsi pendapat pasal perlawanan nie.  Bagus SINAR FM, ini yang kita hendak.  Tak cukup dengan tu sampaikan PM, TPM pun memberi kata2 semangat buat korang.

ayuhh Harimau Malaya kemenangan harus dicapai..go Malaysia!!!

p/s; semangat bukan main poyos lagik kan..takper yang penting ada gak semangat dari buat tak reti siap merungut apa kes mainan nie, 22 orang men kejar2 demi bola sebijik...kakakakakaka

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails