Isnin, 19 September 2011

Kertulah sangat...

Nak ceritera tentang si isteri memang suka sangat bergambar [kes siok sendiri nie].  Pantang jer muka ada mekap sure dia posing ala2 gadis remaja gitu walhal dah level dah tahap mak dara...kekekeke

Nak dijadikan ceritera..si isteri dah awal2 bersiap dan sementara menunggu suaminya menjemput dia pun men-touch upkan muka yang tak berapa nak lawa tu.  Usai selesai si isteri menouch-up mukanya, sampailah si suami dengan pakaian yang tampak sangatlah macho.  Dari kejauhan si isteri dan suami dah saling tersenyum sumbing [masing2 perasan  muda ar tu konon..hahahahaa].  Masuk jer dalam kereta, si isteri pun tak sabar2 nak bergambar bersama dengan suaminya.  Almaklumlah jarang2 suaminya berpakaian kemas sebegitu rupa.  Si suami dah tarik muka, seolah2 tak suka diambil gambarnya.

Maka si isteri pun bertanya "mengapa dulu2 bukan main lagi awak posing bergambar dengan saya, sekarang nie siap tarik muka bagai?"

Tak disangka dengan pantas si suami jawab "sebab saya dah banyak uban".  Maka berderailah ketawa si isteri dengan jawapan suaminya itu.  Dan teringatlah akan si isteri dengan peristiwa si suami dipanggil "pakcik" setiap kali membeli juadah berbuka puasa manakala si isteri pula dipanggil "kakak".  Kesian kan nasib si suami itu?  Dah ditawarkan dek isteri untuk mewarna rambut merah menyala, takut digelar "tua tak sedar diri" nanti.

Dan dengan itu, sehingga sekarang si suami sangatlah jarang2 hendak bergambar dengan isterinya dan anak2.  adeehh..macam nie pun boleh ka? hahahaha

p/s: takde kena mengena dengan orang len..[maksudnya?...sendiri mau ingatlah...hahahaha]..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails