Khamis, 20 Oktober 2011

tak habis2 char kuey teow

Sejuk2 nie kalo dapat makan yang panas2 ..pergghh..nikmatnya la kan..benda makan yang tak berapa nak sedap pun jadi sedap giler..kot orang nak ngorat pun tak jadi tengok betapa pelahapnya ko makan time tu [sib baik dah kahwin...kakakaka].

petang tadi punyalah hujan lebat kan?  tetiba jer hubby ajak gi makan char kuey teow kat gerai brader di Taman Tuanku Jaafar tu.  Aku order as usual char kuey teow with telor mata kobau[goyang]..air lak aku order horlick panas...dah lama lak tak minum ho..ho..horlick..

pic goyang daa..konon menggigil kelaparan..hehehe
hubby lak order lain dari char kuey teow...dia order maggi kuah dan air lak teh halia panas gak...perghh..sangat marvelous ok..

maggi nie kalo masak kat umah tak sama ok rasa dia..
Masa aku amek gambar maggi tu, kebetulan brader tu ternampak siap cakap "ai..siap ambik gambar".  aku leh jer jawab "nak letak dalam blog".  Dia pun diam..tak marah ke apa ke.  Masa hubby nak perah limau maggi, brader yang masak tu cakap "jangan perah limau tu dulu, rasa dulu" perghh..memang betul hubby tak yah nak perah limau sebab masa dia masak dia dah letak limau and dia pun ada letak tomato.  Aku suka ar style brader nie, dia tak sombong..sangat mesra okay..aku ingat lagi masa memula kitorang nak order char kuey teow dia siap tanya nak basah, sedang2 atau kering..hah sampai macam tu skali dia tanya tau..bila aku soh tambah telur mata kerbau pun dia tanya nak goyang dangdut atau yang keras..maksud dia yang goyang dangdut tu telur kuning tak masak sepenuhnya...

then petang tadi tu masa kitorang dah settle makan tetiba dia letak ataih meja..

cer teka apa nie?
aku ingat dia nak bagi kitorang makan lagi..upanya dia cakap "hah..cepat2 amek gambar nie letak dalam blog"..aku pun cecepat amek handphone aku snap..sib baik tak lupa tanya tu apa nama masakan dia tu bang?  dia cakap 'yee mee goreng basah"  then aku tanya lagi "harga dia sama ke?" Dia cakap yang tu RM4/-, char kuey teow jer rega dia 3hinggit sengah.[RM3.50]".

Korang kalo gi tetiba rasa tak sedap, janganlah salahkan aku yer.  Kita nie nama jer manusia tapi selera bukan selalunya sama.  Aku kata sedap ikut sedap tekak aku.  Tekak aku leh terima masakan dia same goes dengan hubby aku tu.  Kot tak sedap kat tekak kitorang takdelah kitorang pegi ke gerai dia.  Apapun kot nak buat sendiri pun ok jer...tu pun kalo rajin ler..tak rajin macam aku...gi jer order..hehehehe..

4 ulasan :

  1. nmpak mcm best..gi berdua je ke

    BalasPadam
  2. ila, shhhh..diam2 tak leh bagi tau org..pegi masa on the way balik keja...hehehehe

    BalasPadam
  3. char koe teow adalah feveret kami anak beranak.

    dan kisah manis zaman bercinta ngan cik abe..kalau dating mesti makan CKT.singkatan yg kami guna utk char koey teow

    BalasPadam
  4. Salam Irfa..suka yang berkuah or just mana2 pun suka asalkan CKT? best eh..siap ada kenangan manis zaman bcinta bagai..hiiikkkss..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails