Khamis, 10 November 2011

KAMPUNG LOBAK THAI SEAFOOD & BBQ RESTAURANT




Tengahari tadi kami gi makan kat restoran Kampung Lobak Thai Seafood & BBQ Restaurant. Lauk pauk yang kami makan macam kat gambar atas tu butter prawn, siakap stim, ayam goreng pandan, ketam curry paste, tomyam seafood dan kailan goreng ikan masin. Miunuman pula kami pesan air kepala eh kelapa. Sedap ker? Aish..dah nama makan FREE mestilah sedap. Kami tu bukan maksud aku dan keluarga sendiri tapi keluarga pejabat. Korang teka ar baper orang makan tu? 4 orang makan tu beb, aku sorang jer pompuan then aku jugak sorang jer melayu. Yang best tu bos aku tanya nak makan apa order jer..aii..pucuk dicita ulam mendatang, aku order jerlah..suka tak suka kenalah dorang ikut tekak aku..muahahaah [gelak sangat jahat nieh].

Oklah lauknya pun..nak kata tak sedap, sedap jer..nak kata tak sedap, sedap jer kat tekak aku nie. Nak pulak aku jenis suka makan yang pedas2 kan..hah amik ko..nasik aku amek sikit jer..tapi lauk aku bedal macamkan dah baper hari tak makan. Takde nak cover macam pompuan melayu terakhir bagai. Selamba jer aku makan depan 3 janz yang konon2 tak heran or buat2 tak nampak dengan cara aku makan tadi.

Layanan dia? hmm..boleh tahan gak ar cepat jer dorang nie masak sebab masa tengahari mang tak ramai yang datang.  Kot malam as per bos aku cakap..ramai gak yang gi makan kat restoran nie.  Kalo ramai tu maka nya boleh ar diterima dek tekak ramai..kot tak sedap korang gi ar makan tempat lain.  Kat malaysia nie banyak kedai makan korang leh pilih nak gi makan.  Asalkan ada $$ no problem beb.

Kat mana eh restoran nie? aku nak kata pandai sangat pasal somban nie, dah dekat 8 tahun aku dok sini, lokasi memang ar aku failed. Yang pasti aku tengok restoran sebelah jer dengan stesen petronas. hah..yerlah tau ar banyak stesen petronas kat somban nie. alah kalo yang tau nak ke Jln Manickavasagam. Tak gak tau? aish..sendiri google map ar[amboi..garang ko jah..]

Eh lupa nak bagi tau restoran nie pun ada free WIFI yer. Mana tau ar kan kot ada yang sambil makan tu nak updet blog ker fb ker twitter ker kan..cececce..

dah tu jer nak share dengan korang..eh tetiba mood rajin nak updet blog..walhal citer yang lelama tu dok terperam..ah bantai ar kan..blog sendiri punya kan..suka2 jer nak rajin ker..malas ker..janji wa happy [yer..happy la sangat ko jaaaahh..]

babai..
Posted by Picasa

2 ulasan :

  1. Ida... nampak sedap...tapi bab nak mengoogle dan mencari tempat tu yang malas tu...hahahaha...

    BalasPadam
  2. heheheeh..kak anie, ida lak bab nak bagi tau lokasi memang fail sbb jadi penumpang pehtu dok belek hp jer, tak reti langsung nak cam jalan..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails