Rabu, 23 November 2011

Musim Mengawan Lagi..

Start jer coti sekolah hujung tahun, maka selamat para2 ibu dari aktiviti memasak di hujung minggu.  Ada ketika di satu hujung minggu tu sampai 2-3 jemputan yang terpaksa dalam rela untuk menghadirkan diri.  Aku dulu pun tak terkecuali, makcik2 aku awal2 dah pesan sila buat kenduri kahwin kala coti sekolah.  La nie anak2 masing2 dah besar panjang lain lak citernya, anak2 mereka itu adalah tak mendapat coti kerja mereka.  Tapi dalam masa yang sama gak sekarang nie giliran makcik2 aku pulak ke hulu hilir menghantar jemputan kenduri kahwin anak2 mereka.  Keluarga masing2 pun dah bertambah..rata2 adik spupu aku yang perempuan khasnya berkahwin pada usia sama ada awal 20an atau pertengahan 20an.  Kira ok ar tu..sedang elok ar pun kan usia macam tu nak kahwin pun.

Aku ingat aku kahwin lagi baper hari nak 29tahun tu dah rasa tua dah, sib baik Ateh ada [yang baru jer kahwin bulan Oktober hari tu umur dia dah 34].  Adik aku si Ateh muda dari aku 3 tahun, so korang leh agak baper umur aku sekarang.  Dan nasib baik jugak Alang yang muda dari aku 2 tahun [apsal aku rasa macam menaip soklan matematik spm jer nie?] tu badan dia besar dari aku..nampaklah aku nie muda skit [dasar aku tak sedar diri, perasan giler babun awet muda].  Alang..ko jangan marah eh tapi mang betul ko nampak macam anak sulung sebab ko tinggi n besar dalam adik beradik kita.  hah..nak citer sikit dalam kelompok adik beradik aku n adik beradik sepupu aku yang ramai, asal no.3 sure badan diorang debab dan dalam masa yang sama gak sure ada yang tak berapa nak cerah kulitnya dan ada yang sangatlah cerah kulitnya.  Aku dalam kelompok mana?  Cerah tak cerah, gelap tak berapa tapi malap..kakakakaka...apa punya tur daaa...

Musim mengawanlah a.k.a kenduri perkahwinan dinanti2kan dek ahli keluarga yang lain, kerna saudara yang jauh, sahabat handai dapat bertemu di dalam majlis tersebut.  Dalam masa yang sama hubungan kekeluargaan menjadi lebih rapat lagi.  Masa nielah masing2 dok sibuk pasang angan2 nak membuat perjumpaan yang tidak berkait langsung dengan kenduri kahwin [kan senang taip jer hari keluarga or family dah..sajer ar tu].

Apa pun..kepada bakal2 pengantin, selamat pengantin baru dan semoga korang dapat keberkatan dan kebahagian berkekalan ke akhir hayat dari Yang Maha Esa.

chooowwww...


4 ulasan :

  1. biasalah...tapi bila time kenduri nilah leh jumpa kawan2 ngan sedara...:)

    BalasPadam
  2. Salam lieynanilaz...yerlah masa kenduri jer dpt jumpa, len masa msg2 sibuk dgn rutin hidup msg2 dan tima kasih kerna sudi menjenguk sambil meninggalkan komen..

    BalasPadam
  3. yo lah...yang paling gelap tu ko le....ntah mcam mana macam cerita melayu klasik tu ye..beranak je terus je kulit jadi cerah...wa pu dah terlupa nam cerita klasik melayu tu...hehewa umo 39tau..masih nmpak mude giler babun...kekeke

    BalasPadam
  4. ahahahaaha..bang, kisah klasik tu Dayang Senandung kalo tak silap..yerlah2 ko yg 1st kuar dr perut mak jd ko pun awet muda ar...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails