Sabtu, 24 Disember 2011

Salah saper tu?

eh..eh apa kes hari Sabtu ada cerita lak nie?  Takperlah sementara aku teringat nak cerita untuk dikongsikan bersama pembaca blog aku nie..cewaaah...

Yang nie dikisahkan dek pak mertua aku masa aku balik keja bulan lepas.  Masa tu dah nak dekat cuti sekolah.  hah..jika sebelum nie pak mertua aku bekerja tapi sejak dia dah berhenti dia pun menawarkan diri untuk menjemput Julia dari sekolah.  Okay..keputusan peperiksaan akhir tahun Julia biasa jer..dia dapat no. 12 dari 39 murid di kelas dia.  Dan dia punyai guru kelas yang sangat2 lembut dengan anak2 muridnya.

Dipendekkan cerita, walaupun dalam kedudukan no.12, Julia pun merasa gak hadiah hamper yang comel dari guru kelas dia.  Siap cikgu tu letak tag no.12 kat hamper comel tu.  Orang dapat hadiah mestilah happy kan?  Alangkan kita yang dewasa nie pun suka, inikan pulak budak kecik 7 tahun.

Masa pak mertua aku jemput, Julia pun show-off ar dengan hamper yang dia dapat tu.  Atok dia pun senyum ar kan..tapi atok dia pun cakaplah "naper ar kakak tak dapat no. 1 ker no. 2 ker, ini no. 12".  Si Julia nie pun jawablah "apa susah kalo atok nak no. 1, kakak tutup ar no. 2 nie pehtu kalo nak no. 2, akak tutup ar no. 1 nie lak" sambil dibuat kat tag hamper comel dia tu.  hah..koo..anak aku punyalah pandai dia menjawab..ko nak kata apa? Aku dulu kot jawab macam tu harus makan penampar dengan mak aku..

Pak Mertua aku bila citer balik..kepala dia siap geleng2 tu beb..tak caya cucu 7tahun dia pandai betul nak menjawab.  Dah tu esok pagi masa breakfast pun dia still lagi cakap macam tak caya dengar jawapan cucu dia tu, siap geleng2 paler lagi sekali..

Salah saper tu anak aku tu?  erkkk...

p/s:  aku rasa aku yang bersalah....gulllppp...

Rabu, 21 Disember 2011

Kisah Di Hari Lahir..

16hb Disember hari istimewa buat diri aku sendiri.  Dari apa yang mak aku citer, aku dilahirkan di Kem Sungai Besi sebab mak tak sempat nak gi spital.  Makna kata mak lahirkan aku kat umah.  Naper Kem Sg Besi?  Sebab masa tu bapak masih berkhidmat sebagai anggota tentera.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah..Allah swt masih memanjang usia hambaNya ini ke 37 tahun..[erkk..lagi 3 tahun 40, takper sebaya dengan Erra Fazira..heheheehe].  Ramai yang mengucapkan selamat di fb malah selepas 2-3 hari pun kawan2 yang sudi telefon mengucapkan selamat.  Syukur dan terharu kerana ada rakan2 walaupun sibuk dgn hal masing2 masih sudi meluangkan masa berharga mereka untuk bagi ucapan selamat kat aku nie.  Terasa diri sungguh berharga..cececce..

Memang aku dah rancang setiap tahun pada 16 Disember, aku akan cuti bekerja.  Konon2 untuk memanjakan diri dengan tidak membuat apa2 kerja pun.  Baguskan? sampaikan kerja2 rumah pun aku tak pandang..aku rasa amat penting untuk aku menghargai diri aku terutamanya di hari lahir aku.

Dan paling seronok pada hari istimewa aku tu, aku dapat sepasang kasut, hubby belikan untuk menggantikan kasut yang rosak.  aishh..maleh nak citer panjang lebar..kita tengok gambar jerlah yer..

memula kitorang isi perut dulu..makan kat Secret Recipe...aku order mozella cheese baked fish [eh betul ke eja mozella? ker mozarella? hahahah..bantai janji sodap..] hubby pun fish gak tapi aku dah lupa lak nama dia then anak2 kitorang orderkan kids burger diikuti dengan air minuman aku green apple kasturi dan anak2 oreo milk shake, hubby ngengada order air nak sama dengan aku..[pengsan baca, taip punyalah panjang takde titik langsung..kekekekeke]. Dan tak lupa mestilah aku order cheese cake gak..creme brule ke apa nama dia..marvelous betul rasa dia.  Aku soh si Julia mencuba, dia taknak tapi aku suoh gak siap cakap kat dia rasa macam aiskrim dan padan muka aku, terus kek tu jadi hakmilik si Julia..aisssh..

cute jer kan kids burger nie?

ok dapat rasa sikit dari langsung tak merasa..

green apple kasturi a must kalo gi Secret Recipe..


lupa betul nama hidangan nie..

kenyang woo..kentang tu abih kena songlap dek anak2
selepas acara makan kat Secret Recipe, hubby tanya kat aku nak gi mana lagi..pergh..aku pulak konon2 nak tunjuk baik, jawab "gi mana2 pun boleh".  Padahal dari rumah dah cakap dah nak test makan kat situ sini sinun.  Hubby pun dengan senyuman [tak tau ar ikhlas ke tak tu..kuikuikui] ajak gi Tutti Frutti..yesss!!  Bukan jauh sangat pun dari Secret Recipe tu, selang 2 kedai jer pun.  Macam mana ar tak jadi macam mak dugong..boleh lagi aku sumbat aiskrim [bukan aiskrim pun tapi rasa dia memang macam aiskrim].  Ingat nak amek semangkok jer lah kan sebab baru jer abih makan, dah anak2 aku nie jenis teruja tak hingat tengok mesin kat dalam kedai tu..hamek ko RM19.60 untuk 3 mangkok tu hah..tu pun aku yang dok control soh dorang jangan letak bebanyak.

yummy!!!..
then next is..gi karaoke ler apa lagi...layan jangan tak layan...kekekekee

bagi chance kat anak2 dulu..

mak dugong melayan perasaan..kekeke
hubby tak boleh blah..siap berdiri tu beb..kakakaaka
Ada gak sesi aku duet lagu dengan hubby, lagu My Heart lagi..kakakaka..jangan ditanya pasal pitching..bantai jer..asalkan boleh kuar suara dah ok ar tu..

Petang balik umah terus terbongkang...letih dah masing2..tapi semua rasa happy..terutamanya besday gal..[gal? hah..gal ar sangaaaaat...pui..]

okla kan..takdelah best mana pun sebab bukan tak biasa buat cenggini tapi sebab ianya sempena hari lahir, kira2 jadi istimewa ar kat aku.  Dan kira cover ar dengan sambutan anniversary kitorang yang tak menjadi.

p/s: perghh...entri paling panjang aku buat nie..syabas2 kat diri sendiri..

Selasa, 13 Disember 2011

Ateh now a married woman..

pandai ajer nak cover dagu 3 lapis..hehehehe



Nie citer lama geng..patutnya dah lama letak pun tapi mood aku tak berapa nak baik masa tu, nak pulak manjang jer aku tak sihat. Then tambah lagi dengan mood malas jer kan..citer dah basi baru nak letak...hehehehe

Ateh my youngest sister berkahwin hujung bulan Oktober hari tu. Aku tak jemput ramai pun sebab bapak pun tak jemput ramai orang, maklumlah ruang untuk kenduri pun sangat2 terhad. Alhamdulillah..kini semua anak perempuan bapak dah pun berumahtangga. Kot ada rezeki, tahun depan mungkin bapak tambah menantu sorang lagi [perempuan]. perggh..dalam keluarga aku nie tak abih2 dengan kenduri kahwin. Ok ar tu..berkembang ahli keluarga.

eishh..nak letak gambar hantaran pun maleh..tapi sebab maleh nak taip citer panjang2...tempek jerlah..


suka tengok sirih junjung..mawar merah lagi..

dan paling best bila majlis hampir selesai..kedua2 pengantin dipersilakan untuk didera membasuh periuk yang sengaja ditinggalkan buat mereka..muahahahaah [giler jahat gelak nie weih.., macam tak pernah kena dulu..kuikuikui]
kesian aku dengan mereka nie..aku pun tolong ar skali..tolong ambik gambar termasuk gak dengan tolong tengok...kekeekekekeke..

hah..nanti share citer lagi eh..babai..

Jumaat, 9 Disember 2011

Bila tak sihat..

Badan tak sihat..hidung tersumbat..tekak pulak perit dan gatal..adeeh..boring betul ar.  Tapi kira ok ar tu kan..dalam tak sihat tu boleh lagi jari jemari klik2 blog pilihan tanpa meninggalkan jejak [yang tau tu taulah kan takpun buat jer tak tau].

Agaknya nie demam rindu kat makbapak yang dah pun balik KL.  Rumah aku dah tak semeriah hari tu..huhuhu..ntah bila ar rumah aku nak meriah balik...huhuhuu

Nie nak luah rasa nie..konon2 nak sambut ulangtahun ke 8 dengan gi dating berdua2an tapi abuh pun tarak.  Masing2 dok dendiam kat umah layan kerenah anak2 yang macam2 ragam.  Nak buat camner kan..kadang2 apa yang dirancang adalah rancangan semata2.  Nie tengah sabar sangat2 nie.  Dah ar tinggal lagi beberapa hari nak ulangtahun tu kami bermasam muka..rasa nak menitik ayormate teman biler dikenang. huhuhu..takperlah kan..takkan kenangan indah jer ko nak ingat, kenangan pahit kena gak ko simpan walaupun kenangan pahit tulah kalo boleh nak di"erase" terus dari kotak ingatan.

Yang pasti hujung minggu nie aku tak kemana2 lagi..badan memang tak larat sangat2 dah nie..tido pun rasa tak puas jer.  Dah "kertu2" nie memang tak boleh silap skit mesti demam takpun selsema.  Alhamdulillah..setakat demam pehtu takde lelah tu kira dah ok ar tu.  Demam pun bukan selalu sangat pun..kot sihat semedang sure klinik2 dah bankrap sebab takde pesakit..hehehehe..

orait geng..nanti sambung citer eh..tak larat dah nak taip banyak2..kepala pun dah rasa weng2 jer nie..

babai...happy weekend yer..muaaahh..

Jumaat, 2 Disember 2011

Kembali..

tak abih2 dok tengok tajuk yang sama kan? sorilah geng bukan aku sengaja pun..tengah happy sakan ar katakan tu yang maleh jer nak update blog tu.  naper maleh?  sebab i ada tetapi VVVIP kat umah [VVVIP kat aku la bukan kat korang pun].  yup..makbapak telah sudi meninggalkan rumah mereka kat KL selama seminggu dan berada di rumah ku.  Dan aku sendiri dapat tau ketika mereka sampai dihari pertama.  Kalo aku tau awal2 lagi aku dah apply coti untuk bersama2 mereka ke sana ke sini, ke hulu dan ke hilir.

Rumah aku dah macam apa je tu..almaklumlah anak2 aku jer dah 3 orang, campurlak dengan anak2 Alang lagi 3 orang.  Meriah sakan, dah macam ada kenduri lak kat umah aku tu.  Tiap kali balik kerja berderet jer muka dorang kat muka pintu ngadap kitorang..hilang terus rasa penat tengok muka innocent anak2 aku dan anak2 sedara aku.

Tiap kali mak datang aku sure sakit kapla..aisshh..bukan sebab aku gaduh dengan mak aku la tapi sebab mak aku tu penghirup tegar Nescafe jadi aku pun terjebak sama.  Aku nie asal minum nescafe sure mata macam burung hantu terbalalak jer..tak boleh nak tido awal.  Tu yang buat aku sakit kepala tu. adeeehh..

Mak dan bapak bakal pulang ke rumah mereka setelah selesai menghadiri kenduri kahwin adik sepupu aku di Senawang.

Jadi, hujung minggu nie adalah aktiviti kami menghadirkan diri ke majlis perkahwinan semata2..saat2 berkumpul, bergurau senda bersama sanak saudara dinantikan sangat2 hujung minggu nie.

korang ke mana hujung minggu nie?  apapun..selamat bergumbira lalalalala dengan keluarga..chow sin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails