Rabu, 21 Disember 2011

Kisah Di Hari Lahir..

16hb Disember hari istimewa buat diri aku sendiri.  Dari apa yang mak aku citer, aku dilahirkan di Kem Sungai Besi sebab mak tak sempat nak gi spital.  Makna kata mak lahirkan aku kat umah.  Naper Kem Sg Besi?  Sebab masa tu bapak masih berkhidmat sebagai anggota tentera.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah..Allah swt masih memanjang usia hambaNya ini ke 37 tahun..[erkk..lagi 3 tahun 40, takper sebaya dengan Erra Fazira..heheheehe].  Ramai yang mengucapkan selamat di fb malah selepas 2-3 hari pun kawan2 yang sudi telefon mengucapkan selamat.  Syukur dan terharu kerana ada rakan2 walaupun sibuk dgn hal masing2 masih sudi meluangkan masa berharga mereka untuk bagi ucapan selamat kat aku nie.  Terasa diri sungguh berharga..cececce..

Memang aku dah rancang setiap tahun pada 16 Disember, aku akan cuti bekerja.  Konon2 untuk memanjakan diri dengan tidak membuat apa2 kerja pun.  Baguskan? sampaikan kerja2 rumah pun aku tak pandang..aku rasa amat penting untuk aku menghargai diri aku terutamanya di hari lahir aku.

Dan paling seronok pada hari istimewa aku tu, aku dapat sepasang kasut, hubby belikan untuk menggantikan kasut yang rosak.  aishh..maleh nak citer panjang lebar..kita tengok gambar jerlah yer..

memula kitorang isi perut dulu..makan kat Secret Recipe...aku order mozella cheese baked fish [eh betul ke eja mozella? ker mozarella? hahahah..bantai janji sodap..] hubby pun fish gak tapi aku dah lupa lak nama dia then anak2 kitorang orderkan kids burger diikuti dengan air minuman aku green apple kasturi dan anak2 oreo milk shake, hubby ngengada order air nak sama dengan aku..[pengsan baca, taip punyalah panjang takde titik langsung..kekekekeke]. Dan tak lupa mestilah aku order cheese cake gak..creme brule ke apa nama dia..marvelous betul rasa dia.  Aku soh si Julia mencuba, dia taknak tapi aku suoh gak siap cakap kat dia rasa macam aiskrim dan padan muka aku, terus kek tu jadi hakmilik si Julia..aisssh..

cute jer kan kids burger nie?

ok dapat rasa sikit dari langsung tak merasa..

green apple kasturi a must kalo gi Secret Recipe..


lupa betul nama hidangan nie..

kenyang woo..kentang tu abih kena songlap dek anak2
selepas acara makan kat Secret Recipe, hubby tanya kat aku nak gi mana lagi..pergh..aku pulak konon2 nak tunjuk baik, jawab "gi mana2 pun boleh".  Padahal dari rumah dah cakap dah nak test makan kat situ sini sinun.  Hubby pun dengan senyuman [tak tau ar ikhlas ke tak tu..kuikuikui] ajak gi Tutti Frutti..yesss!!  Bukan jauh sangat pun dari Secret Recipe tu, selang 2 kedai jer pun.  Macam mana ar tak jadi macam mak dugong..boleh lagi aku sumbat aiskrim [bukan aiskrim pun tapi rasa dia memang macam aiskrim].  Ingat nak amek semangkok jer lah kan sebab baru jer abih makan, dah anak2 aku nie jenis teruja tak hingat tengok mesin kat dalam kedai tu..hamek ko RM19.60 untuk 3 mangkok tu hah..tu pun aku yang dok control soh dorang jangan letak bebanyak.

yummy!!!..
then next is..gi karaoke ler apa lagi...layan jangan tak layan...kekekekee

bagi chance kat anak2 dulu..

mak dugong melayan perasaan..kekeke
hubby tak boleh blah..siap berdiri tu beb..kakakaaka
Ada gak sesi aku duet lagu dengan hubby, lagu My Heart lagi..kakakaka..jangan ditanya pasal pitching..bantai jer..asalkan boleh kuar suara dah ok ar tu..

Petang balik umah terus terbongkang...letih dah masing2..tapi semua rasa happy..terutamanya besday gal..[gal? hah..gal ar sangaaaaat...pui..]

okla kan..takdelah best mana pun sebab bukan tak biasa buat cenggini tapi sebab ianya sempena hari lahir, kira2 jadi istimewa ar kat aku.  Dan kira cover ar dengan sambutan anniversary kitorang yang tak menjadi.

p/s: perghh...entri paling panjang aku buat nie..syabas2 kat diri sendiri..

4 ulasan :

  1. hepi beday kak ida...murah rezeki dan murah lagi..bila nak tambah anak lelaki plak...heheeh

    BalasPadam
  2. tima kasih Ila, hohoho..terus terpa soklan cepu emas yer..cer tgk age ahkak dah 37 la..tak berani ar dgn risiko preggy abv 35yrs nie..

    BalasPadam
  3. Ida...akak belum pernah merasa lagi hidangan di secret recipe... kalau nak makan... selalu aje terlupa...

    BalasPadam
  4. kak anie, tak cuba tak tau tapi kalo dah dah cuba sure kak anie tingat2 selalu esp. kek cheese dia..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails