Sabtu, 24 Disember 2011

Salah saper tu?

eh..eh apa kes hari Sabtu ada cerita lak nie?  Takperlah sementara aku teringat nak cerita untuk dikongsikan bersama pembaca blog aku nie..cewaaah...

Yang nie dikisahkan dek pak mertua aku masa aku balik keja bulan lepas.  Masa tu dah nak dekat cuti sekolah.  hah..jika sebelum nie pak mertua aku bekerja tapi sejak dia dah berhenti dia pun menawarkan diri untuk menjemput Julia dari sekolah.  Okay..keputusan peperiksaan akhir tahun Julia biasa jer..dia dapat no. 12 dari 39 murid di kelas dia.  Dan dia punyai guru kelas yang sangat2 lembut dengan anak2 muridnya.

Dipendekkan cerita, walaupun dalam kedudukan no.12, Julia pun merasa gak hadiah hamper yang comel dari guru kelas dia.  Siap cikgu tu letak tag no.12 kat hamper comel tu.  Orang dapat hadiah mestilah happy kan?  Alangkan kita yang dewasa nie pun suka, inikan pulak budak kecik 7 tahun.

Masa pak mertua aku jemput, Julia pun show-off ar dengan hamper yang dia dapat tu.  Atok dia pun senyum ar kan..tapi atok dia pun cakaplah "naper ar kakak tak dapat no. 1 ker no. 2 ker, ini no. 12".  Si Julia nie pun jawablah "apa susah kalo atok nak no. 1, kakak tutup ar no. 2 nie pehtu kalo nak no. 2, akak tutup ar no. 1 nie lak" sambil dibuat kat tag hamper comel dia tu.  hah..koo..anak aku punyalah pandai dia menjawab..ko nak kata apa? Aku dulu kot jawab macam tu harus makan penampar dengan mak aku..

Pak Mertua aku bila citer balik..kepala dia siap geleng2 tu beb..tak caya cucu 7tahun dia pandai betul nak menjawab.  Dah tu esok pagi masa breakfast pun dia still lagi cakap macam tak caya dengar jawapan cucu dia tu, siap geleng2 paler lagi sekali..

Salah saper tu anak aku tu?  erkkk...

p/s:  aku rasa aku yang bersalah....gulllppp...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails