Rabu, 26 Januari 2011

Masa Dating..

Ingat orang bercinta jer ke boleh dating?  Pasangan berkahwin pun boleh gak..cecece..hari2 jumpa kat umah pun ndak dating yer..hiikss..  Kadang2 pasangan dah berkahwin nie perlu gak masa untuk berdua2an.  Ewaah..ayat menggatal jer bunyiknya.

Pasangan berkahwin nie kalau sesekali dapat berdating berdua2an nie..rasa seronok kalah dari orang yang bercinta tau.  Nie mesti jarang dapat berdua2an, bila ada peluang tu perghh..nikmat sungguhlah haii.  alaa..kitorang bukan pegi tengok wayang or romantik dinner pun.  Kitorang pegi main bowling..kakakaka  Dah lama woo kitorang tak main bowling nei.  Kalo bawak anak2 kang susah nak bagi tumpuan, kot baby tu leh ar biar dia tido dalam stroller tu.  Ini orang nak membaling dia pun sibuk sama nak membaling.

Aku ada gak suggest kat hubby gi tengok wayang or gi makan2 tapi dia cakap boring.  Makan2 baik pegi ramai2.  Kalo stakat berdua kat umah pun boleh gak.  Tengok wayang katanya buang masa..tup2 tau dah abih time 2 jam.  Nak pulak sekarang astro pun dah ada channel wayang kat umah, ASTRO FIRST namanya.  Bayar RM15/- hah..reramai leh tengok pehtu banyak2 kali lak tu.  hehehehe

So, end up kami berdua main bowling..kira2 imbas time sebelum kahwin dulu pun camtu gak.  Main bowling..aku cabar ko, ko cabar aku.  Of coslah lelaki yang menang kan?  Tapi bila time aku menang jer, katanya bagi chance takut kot aku majuk sebab asik kalah. [ego orang lelaki mang ar kan..maleh nak komen lelebih.]  Macam time dating yang baru2 nie ar kan..dalam 4 game yang kami main ada 1 game jer aku menang.  Nak jadik cerita ar kan, dalam satu game yang aku kalah tu aku menang dalam 5 strike in a row.  Aku sure ar bangga beb..game yang bukan selalu main pehtu lak cik abang aku tu siap bawak kasut bowling, bola bowling sendiri tau.  Tapi aku sekadar menyewa kat tempat bowling tu.  Benda tulah jadik point aku dok sebut2 kat hubby aku tu.  "5 strike in a row tu, beb" dok ulang2 aku sebut.  Hubby pun senyum jer.  Of coslah dia nak jawab gak kan.  Katanya dia bagi chance pehtu aku lak nasib baik jer dapat 5 strike in a row tu.  Aku cakap kalo nasib baik pun aku bukan dia. hehehehe

meh nak ek skit [skit jer tak banyak]
hah..nampak tak..nampak tak?  Orang yang pro nie dia tak heran der..tapi kalo orang yang tak pandai bila dapat tu kat blog dia nak heboh..hohoho..  Lepas nie ada lagi satu game tapi yang tu tak yah citer ler baper point.  Out of 4 games aku men inilah paling tinggi point yang aku dapat iaitu 189.  Dolu2 penah gak dapat 200 lebih tapi sejak dah jarang2 main takde la nak dapat point atau jatuhan pin yang banyak.  Apapun, aku tak benarkan untuk memalukan diri dengan jatuhan pin kurang dari 100 [ewaahh..ayat takleh nak agak tul.].

Kira2 lepas nie kalo gi dating lagik..ada ar semangat nak kalahkan cik hubby aku tu.  Semangat jerlah nak kalahkan dia tapi kudrat tu very the limited gitu..kakakakaka

Sabtu, 15 Januari 2011

Sotong & Udang Goreng Tepung



Hari nie makan lauk sotong dan udang goreng tepung plus sayur bayam tumis air jer.  Malas lak aku nak snap gambar sayur tu.


Korang makan apa eh?  Mesti sedap gak kan? Tepung salut udang n sotong tu aku selalu tambah rempah ratus yang berbeza.  Kalo rajin aku letak lada sulah, lada hitam, serbuk jintan, serbuk kunyit dll.  Time malas kang aku letak serbuk kunyit semata2.


Tentulah rasanya lain tapi yang pasti tetap sedap. [ndak gak ngaku sodap yo..kikikiki]. Sebelum aku tabur tepung aku celupkan udang n sotong dalam telur bercampur air.  Kenapa?  hah..ini untuk merangupkan lagi serbuk tepung kita tu. Tak caya?  Cubalah sendiri dik non..hehehehe  Tapi kureng berjaya ana tak bertanggungjawab eh bcos i bukan chef bertauliah gitu..hahahah [taupun takut..]

Korang makan apa tu?  bak skit..kita tukar2 lauk ndak?  Jangan kata makan kat luar..jeles i tau..huhuhu


Jumaat, 14 Januari 2011

My 1st Butter Prawn



Cubaan pertama masak 'butter prawn'..tentulah ada yang slack sana sini..

Nak lak hubby jadi pengkritik kuat..kurang garing katanya..

Terus aku panaskan balik kuali dan aku goreng lagi telur lagi garing..



Bagi hubby rasa..hah ok katanya..kembang hidung aku..cewaaahh..

Tengoklah sure lepas nie dia akan soh aku masak 'butter prawn' nie lagi.  Memang senang masak udang sebab tak perlu lama tapi langkah2 dia sangatlah leceh..

Apapun, selamat menjamu mata..aku lak menjamu selera..slurrrrpp...nom nom nom..sedap [suka suki jer puji masakan sendiri..kekekeke]

Bestnya..

Bestnya bila coti..hujan pepagi..nyaman betul..rasa nak sambung tido jer nieh. Seronoknya la hai..

Tak sempat nak asingkan untuk hubby, abih nasi goreng anak2 aku makan.  Sori hubby..tapi hubby kata takperlah..tu dia kat dapur la nie dok buat breakfast sendiri.  Bagus kan..tak yah nak susah2 buat sarapan sampai dua kali..hehehehe [baik dok adap tenet..isteri apakah ini?]

Okaylah..nanti sambung citer..

 Yang sedang bekerja...salam ceria dari ku dan selamat bekerja..muahahaha [gelak jahat].

Jumaat, 7 Januari 2011

TED WILLIAMS




Video kredit to assosiatedpress

Aku nak kongsi dengan korang betapa kita senantiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri dan mencapai kejayaan. Orang kat atas tu nama dia Ted Williams berumur 53 tahun. Hidup dia sebelum nie tak ketahuan dan tak berumah akibat kesilapan dia sendiri. Tapi nasib dia sangat bertuah apabila ada orang menemui dia sedang memegang kadbod menulis ayat bahwa dia mempunya suara kurniaan Tuhan. Nah...sebaik sahaja video [seperti diatas] disiarkan, tak sampai 48jam dia ditawarkan menjadi DJ di stesen radio WNCI dan termasuk pelbagai tawaran rakaman suara untuk Kraft dll.

Dari cerita Ted Williams nie banyak pengajaran yang aku perolehi. Tersentuh hati dan perasaan aku bila mengenangkan kisah Ted Williams ini. Buat Ted Williams, semoga berjaya.

Kalo korang nak tau lebih lanjut korang klik sini.

Khamis, 6 Januari 2011

Sebab2 nya..

hah..ini hanyalah untuk menjawab persoalan dak Ila.  Dia tanya kenapa aku dah lama tak update blog.  Ada macam2 sebab akak dah lama tak update blog, dik.  Antaranya ialah..:-

  1. MALAS - ini sebab utama...mula2 malas sehari berlanjutan ke berhari2 kemudian terus ke sebln
  2. TGK CITER ONLINE - ralit dengan cerita2 cinalah cerita2 korealah sampai dah naik hafal dengan nama2 seperti Lee Min Ho, Jang Geun Suk, Moon Geun Young, Vanne, Airel Lin, Ethan Ruan, Jerry Yan dll. sampaikan my anak yang 1st tu menyound mak dia "mak nie tak abih2 tengok citer korea takpun citer cina".  Hubby pun sama boring jer dengan hobi baru aku tu.
  3. TAKDE IDE - sungguhla naik pecah wa punya kapla [tipuk jer..alasan jer lebih nie] tak tau nak taip citer apa untuk tatapan korang.  Takkan nak citer pasal anak2 jer kan?  Boring ar..
  4. SEDIH - nie lagi sebab yang berbaur 'cover line' nie..yerlah takkan aku sedih semedang jer kan? kuang kuang kuang..
  5. KAMERA ROSAK - [takde alasan lain kah?] hehehe.. tapi mang betul kamera aku dah rosak nak harap guna kamera hp macam tak best jer.  Almaklumlah kan microSD kad tu leh sumbat baper jer memori dia beb..so, ada sesapa nak sedekah tak kamera kat aku? [osah ler tak malu weih]. kira2 sebab no.[4] tu link dengan sebab nie boleh? patut sebab nie letak no.[4] kan?
  6. TAKDE MASA - lagi paling tak munasabah punya sebab..tetiba boleh lak ko sebok mengalahkan PM[private message ke prime minister?]
  7. MOOD KURENG-betul2 carik pasal punya sebab kan? boleh ar tu nak cukupkan 10..kekekeke
  8. ANAK2 KACAU - perggh..macam manalah aku boleh terpikirkan alasan cenggini nie eh..
  9. JIWA KACAU - hah..ni lagi parah weih..mang betul dalam sebulan tu jiwa aku kacau tapi bukan ler hari2, time aku nak update blog lak tu..[lagi sebab nak 'cover line'..kuikuikui]
  10. last not least sebab terakhir nie BIARLAH RAHSIA [kuat berahsia la konon2nya yer..piiirahh..]
So, itulah 10 sebab naper akak dah lama tak bercerita ceriti dalam blog akak sebelum nie..terer tak akak carik sebab2nya Ila? hehehehe..

p/s: ada gak benda nak update dalam blog..heheheeh

Isnin, 3 Januari 2011

Julia Darjah Satu

Hari nie hari pertama Julia di tahun satu.  Aku tak cuti untuk menghantar dia ke sekolah.  Hubby yang menghantar dia ke sekolah hari nie.  hmm..ketika aku mula2 berblog Julia berusia setahun.  Arggh...dah 5 tahun aku berblog rupanya. 

Gambar nie aku snap masa taklimat 31hb ari tu.
Julia sedang berbual mesra dengan kawan dia Aliya namanya yang sebelum nie sekelas di pra-sekolah dulu.  Kecewa skit sebab mereka nie tak sama kelas, Julia di tingkat atas, Aliya pula dia tingkat bawah. Takperlah sekurang2nya Julia pun bukan pendiam, peramah orangnya [macam mak dia], senang jer dia dapat kawan2.
Punyalah dia kelaparan, tak cukup pulak nasi goreng yang dibeli sepiring tu..hehehe
Aku sekadar memerhati dari jauh, senyum sorang2 sambil dok pikir apa la topik budak bawah umur nie bualkan. heheheh

Esok giliran aku teman Julia ke sekolah.  Masa taklimat dah dipesan kepada ibubapa untuk tidak berada di kelas anak masing2.  Masing2 kena tunggu di kantin sekolah.  Oklah tu kan kot tak, nanti tumpuan anak dalam kelas terjejas sebab mata dorang dok tengok makpak kat luar kelas.

p/s: bila dah lama tak menulis di blog, terasa janggal la pulak.  Rasa macam mula2 blog, taip padam then taip balik then padam balik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails