Jumaat, 29 April 2011

Wanita & Cermin

Aku tak taulah kat korang.  Aku kalo nak ke mana2 mesti nak tengok cermin muka.  Bukan nak tengok cantik ke tak [sebab memang dah cantik pun kan? haahahaha..sila tekan punat tahan muntah.  Aku rasa kebanyakan orang pompuan kalo sehari tak tengok cermin memang tak sah.  Mungkin ada yang segelintir tak kisah langsung nak tengok cermin [yerlah dah cantik..perhal nak belek2 kat cermin kan?].

Aku ingat lagi masa ofis kami kena pindah ke KL, kebetulan tandasnya belum diletakkan cermin.  Hari2 ex-bos aku kena tahan tinga dia orang dok tanya [esp. orang pompuan] bila nak letak cermin.  Selamba jer ex-bos aku tu jawab "lambat sampai skit sebab special order, i order yang paliiing besar".  Perli tu beb..


hah nie cermin aku punya..rega dia tak tanggal lagik RM3.90..hehehee
Nampak sangat aku suka sangat belek muka kat cermin, yer yer saya ngaku..saya memang suka membelek muka saya di cermin dan sesekali belek rambut dan tak lupa memicit jerawat..hahahaha..

Korang macam aku tak? Ke aku sorang jer macam nie eh?  oh ya, coti hujung minggu nie panjang wo..ada plan gi memana kah?..aku balik KL ler apa lagi..nak jumpa makbapak ler.

Rabu, 27 April 2011

6-7 tahun dulu..

Baju yang Dania pakai tu tak dijual kat mana2 kedai..
Baju yang Dania pakai nie adalah pemberian dari salah seorang blogger masa aku mula2 join blog nie.  Pemberian dia adalah untuk si Julia, dah anak ke-3 barulah aku nak tunjuk.  Masa Julia pakai tak dapat nak tunjuk sebab aku takde kamera.  Kamera lak masa tu aku pakai cik Kokia 6610, bila dah tukar henpon baru masa tu anak ke Lidya langsung tak leh pakai.  Yerlah kan Lidya tu sangatlah debab masa keciknya.

Orang dapat hadiah mestilah terharu kan..aku pun membalas pemberian orang itu dengan kad raya terselit dengan duit raya sekali.  Bak kata pepatah "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" ehehehe..

Masa aku dapat tu memang aku ada war2kan kat blog nie siap dah janji nak tunjuk gambar.  Harap2 orang tu tak terasa hati dengan aku sebab baru sekarang aku nak letak gambar nie.  Yang memberi nie of coslah orang yang pandai menjahit..tak lain tak bukan cik puan Azima.  Dulu2 blog dia dulu guna blogdrive tapi sekarang dia dah guna blogspot.  Alhamdulillah..aku tengok perniagaan dia dah berkembang, siap ada ajar menjahit online.  Aku dulu mang ada belajar menjahit baju kurung tapi sekerat jalan jer, "hangat2 taik ayam" jer aku nie.  Bila tengok cik puan Azima nie ada gak buat kelas online, aku rasa macam nak sambung balik belajar.  Yuran dia pun tak mahal..RM40 jer..ok ar tu..bukan kena naik bas or jalan kaki, men klik2 jer.  Mana tau kan sok sok time raya sok tak leh nak tempah baju kurung, jahit jer sendiri [leh caya ke tu?].

To cik puan Azima, moga2 awak sukses selalu yer.

Isnin, 25 April 2011

HAPPY FACES..

Hari Ahad petang..sementara nak bersiap keluar bawak anak2 gi KFC, aku dok adap tenet.  Tetiba datang idea..meh2 aku panggil anak2 aku soh dok dekat dengan aku.  Dok rapat2 dengan mak..tapi memula yang join Julia & Lidya jer.  Dan hasilnya....


tak best lak bila tak cukup korum....
So, aku panggil Dania yang dok ngekor ayahnya..dan dapatlah cukup korum...

dari kiri Julia, Dania n depan sekali tu Lidya..tp blur ar pulak

ceriakan hari minggu dengan anak2 pun ok jer..

dah macam iklan ubat gigi la pulak..kakakaka
kalo dah gegirl tu kan..soh posing mang sanggup sesajer..heehehe
Tu sebahagian dari gambar2 aku snap..kadang2 isikan masa dengan bergambar gelak2 pun ok gak kan?  Dah leh simpan jadi satu memori yang indah gitu..ehehehe  Bak kata omputeh ar kan.."a picture can tell a thousand story" n tambah skit "with a million smile"..wahhh..berfalsampah omputeh la pulak..kakakakaka

Alang Sayang..

Hari Sabtu petang, sedang wa enak dibuai mimpi dirumah MIL, adik ipar mengejutkan wa.."ada phone, k.ina (my 3rd sis, Alang) call".  Dengan mata separuh terbukak, jalan terhoyong hayang ku capai tepon di ruang tengah rumah.  "Ko naper, aku call tak jawab?".  "hah?" [orang mamai la katakan] aku tanya.  Alang ulang soklan "aku call ko banyak kali henpon ko tu persal ko tak jawab?".  Aku pun jawab "owh..bateri henpon aku kong kot mang tak sempat nak jawab tadi terus dia mati".  "Aku kat depan umah ko nieh" kata Alang lagik.  Terus terbuntang bijik mata aku.  "Hah, ok ok aku balik umah sekarang".  Apa lagik ko, cepat2 ler kitorang bersiap2 balik rumah ke Senawang.

Hati aku memang rasa gumbira lala sangat2 sebab adik aku Alang yang jarang2 nak datang rumah, tetiba ada jer kat depan umah aku.  Dah sampai rumah nampak lah memang betul Alang ada depan umah.  Manalah taukan kot dia nak buat lawak bangang kat ahkak dia nie.  Takdelah nak snap2 gambar, maklumlah excited terlebih orang mai umah la katakan.  Sampai jer dia kat umah aku terus ajak adap tenet.  Masing2 punya laki sudah jeling2 manja...kakakakakaka  aku siap kena sound dengan hubby.  Tapi wa buat pekak jer beb..muka slenga[selamba] jer aku buat macam takde apa2...kakakakaka

Dah lepas Maghrib Alang pun salam2 kata nak balik dah.  Alahai..cepatnya adik aku nie nak balik [kata aku dalam hati ar kan].  Aku pun ucap terima kasih kat Alang sebab sudi nak datang ke rumah aku.  Walhal plan asal dia nak ke Port Dickson pehtu nampak awan mendung langsung dia ke rumah aku.  Tapi mendung yang tak bererti hujan turun..[sib baik mendung, kot tak, takde Alang nak singgah kat umah aku der..hehehe].

Alih2 dalam kul 8 lebih Alang call, katanya dia kat Giant Senawang nak beli lauk basah.  Nak makan malam kat umah aku katanya.  Aku cakap tak yah beli banyak sebab aku awal2 dah tapau lauk dari umah mertua.  Kot nak tambah lauk, ok jer.  Hah..ko..punyalah dia beli macam2 dengan hot dog lah, cenonggeng [bontot ayam], dengan sayur bayam, telur, ikan sardin..pergghh..pengsan.  Sib baik ahkak dia nie cekap part masak..ep chop cekap tang masak yang ringkas jer.  Tang masak yang berat2 haram kot dia pandai terkial2 lagi ada..hahahahaha

Masa nie hubby tak tau yang Alang dah patah balik ke rumah kitorang sebab hubby dah ke Stadium Paroi gi tengok game bolasepak.  Bila dia balik..terkezut dia tengok eh..ada orang kat umah dia...aku cakaplah aku call n sms bagi tau.  Lor..tak dengar upanya hubby.  Member siap tapau nasi goreng lak tu.  Tapi kitorang semua dah kenyang..hubby makan ler sorang2 dia nasi goreng yang dia tapau.

Dalam dok meriah2 tu, boleh lak aku lak lupa nak amek gambar..tak tu leh jadi bahan dalam blog nieh..fadan muka aku.  ceeettt..takperlah citer pun leh gak jadi kan? kan? kan?

Apapun sangat2 enjoy, meriah umah aku jadiknya malam tu.  Sambil2 tengok AF9, sambil2 adap FB hah ko licin segala apa yang terhidang.  Sangat2 kenyang..tak terasa makan dengan banyak [eleh..hari2 pun makan banyak mang ar tak terasa..kuikuikui].

Abih jer tengok AF, Alang pun gerak balik ke KL.  Thanks Lang for your visit..insya Allah, turn aku lak gi umah ko.  [tah bila tu tak tau arkan].

Jumaat, 22 April 2011

Mood malas datang balik..

Malas nak taip..kita layan gambar jer boleh?  Exclucive weihh..dalam fb wa pun tarak letak..[eksklusif la sesangat jaaahh..]

Masa nie ada expo apa tah kat padang depan komplek sukan paroi tu.  Ada macam2 xtvt termasuk lah pertanding hiasan kereta tercantik [hiasan ker ubahsuaian eh? bantai lah ..]



keta kancil kalo tak silap, dia hias cat 'hello kitty'..apsal dorang nie mata ke lain lak nie?
aku rasa benda alah nie betul2 cekik darah..yuran masuk RM4 sorang cer ko kali dgn 3..

salah satu kereta yang menarik perhatian anak2 aku..tak kata anak aku beb, aku pun sama tertarik nak tengok..
Selamat berhujung minggu yer semua..

Rabu, 20 April 2011

Pada yang kecewa..

Sorry yer kengkawan takde citer terbaru nak dikongsikan..asik citer anak2 jer boring gak.   So, meh aku nak kongsikan apa yang pernah aku tulis di awal aku menulis di blog..tahun 2005..perghh..masih relevan dipakai sehingga kini..cewwwaah..[aku pun macam tak caya aku pandai tulis benda cenggini].  Bercakap mang pandai, bila nak praktikkan ..serabai jer ko..kakakakaka...



Takde manusia di dalam dunia ini yang tak pernah rasa kecewa. Aku tak terkecuali. Tak kiralah kecewa yang bagaimana. Kecewa dalam percintaan, pelajaran, perkerjaan dan semuanyalah. Aku pernah rasa kecewa. Kecewa dengan orang, kerja aku, hidup aku. Peh tu aku cuba sedaya upaya cari semangat. Alhamdulillah..kekecewaan yang aku alami tu dapat aku atasi.

So, aku nak share pandangan dan nasihat kepada yang kecewa.

1- Jangan menyesal dengan apa yang terjadi. Cuba jadikan ia pengalaman yang amat berharga. Kekecewaan yang dialami dirasai memang perit tapi kita perlu kuat dan tabah.  Orang yang beragama tak kiralah apa agama sekalipun diajar untuk percaya bahawa Tuhan mengatur perjalanan hidup kita bukan untuk sentiasa bersedih sentiasa ada jugak masa untuk gembira. 

2- Jangan berkawan dengan orang yang selalu mengecewakan kita. Mereka ini sebenarnya bukan tak pernah rasa kecewa dan sakit hati. Diorang nie mengecewakan orang lain sebagai salah satu langkah utk tidak dikecewakan. Tak usah dilayan orang begini kerana mereka ini bagaikan parasit yang mementingkan diri sendiri.

3- Cuba isi masa dengan pelbagai aktiviti (termasuk menulis dalam blog) ehehehe..menambah kenalan dan pengalaman orang lain untuk kita jadikan pedoman. Kita beruntung sebab di zaman sekarang nie kita ada banyak pilihan untuk mengisi masa lapang dibandingkan zaman datuk nenek kita.

4- Pandang ke hadapan. Ajal dan maut di tanganNya. Tak perlu kita nak menangisi perkara yang telah lepas. Ianya direnung utk dijadikan renungan dan pedoman tapi bukan untuk ditangisi.  Menangis sepuas2nya kemudian teruskan kehidupan dengan semangat baru, anggap kekecewaan itu adalah pengajaran untuk mematangkan kita di masa hadapan.

5- Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tapi ingat..ringan sama dijinjing berat sama dipikul. Maksud aku tu bila kita kecewa, bersyukurla kita masih ada orang yang menyayangi dan mengambil berat kat diri kita nie. Kita ada akal dan fikiran, kita bukan binatang. Jangan biarkan kekecewaan terus menerus menghantui kita. Kalau kita boleh menjadi kawan yang ketawa dan menangis bersama, tak mustahil kita juga ada kawan yang ketawa dan menangis bersama.

6- Bila senang kita mudah lupa tapi dah susah barulah kita sedar. So, setiap kejadian yang menimpa adalah peringatan dariNya supaya kita tidak lalai dan mudah lupa.

7- Senyumlah walaupun kita berduka. Sekurang2nya kita mampu tersenyum walaupun dugaan yang hebat melanda. Hati yang gundah terlerai bila melihat senyuman. Bukan bermaksud kita tersenyum kita gila tapi sekurang2nya kita tabah dan redha dengan ketetapan dari Nya.

8- Tak usah peduli dengan apa yang orang kata mengenai kita. Kerana manusia seringkali membuat manusia lain tak senang duduk dengan tohmahan dan fitnah mereka.

9- Inilah masa untuk kita menilai dan memahami diri kita. Kekurangan diri dapat kita kenali dan diperbaiki ketika ini.

Mungkin banyak lagi..tapi ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Jika ada yang nak menambah..silakan..aku alu-alukan.

Isnin, 18 April 2011

Tepian Gelanggang or Kelab Belia Sukan Paroi

Korang ke mana habiskan hujung minggu?  Aku tak ke mana pun..konon2 nak dok umah jer.  Maleh nak bersiap..dok umah gak best sambil layan tenet.  Tapi hubby nie macam tau2 jer kerenah anak2 kalo tak dapat kuar jenjalan sure memekak kat telinga.  Dia pun ajak aku keluar, orait no hal. Ke mana? tanya aku.  Ke situlah kata hubby.  Aku pun ok kan ajer.  Takdelah nak bersiap lelebih sangat kan.

Dah sampai tempatnya barulah aku terpikir, naperlah aku tak pakai baju sukan.  Leh gak aku kuar peluh kat sini.  Pakai sandal bata [dah jumpa balik, Ateh tolong bawak masa dia ke rumah aku hari tu].  Pakai t-shirt dah betul dah tapi tang seluar n kasut jer tak kena.  Menyesal lak aku.  Takperlah, maybe next time, aku pujuk diri sendiri.  Anak2 aku dapat peluang bermain kat sini..perghh tak yah aku nak jogging der..ikut dorang ke sana ke sini ke sinun jer dah hongeh dah weih..

Memula ada adik dia si Dania tapi tak clear..yg nie baru clear...
Dalam dok peratikan dorang nie tetiba adik sepupu aku call, tapi yang bcakapnya mak sedara aku.  Dia tanya aku kat mana, bagi tau kat tepian gelanggang.  Dia ingat kot aku tengah jogging, aku jawab
taklah mang tengah peratikan bebudak nie".  Walhal dalam hati naperlah aku tak pakai baju sukan yang lengkap..ishhhh...Lepas borak dengan makcik, aku carik anak2 aku..adeeehh..punya susah nak carik dorang nie..jumpa 2 orang tapi lagi sorang lak tah kemana.  Dah jumpa semua..ehh..leh lak si Lidya dengan selamba "mak, Lidya nak larik kat padang [track] tulah".  Abih semua pun nak lari kat situ..abih aku camner?  Nak taknak kena lah aku ikut.

Lidya dah jauh ke dpn, yg kat dpn si Julia dgn Dania..adeeh penat nak ikut dorang pakai sandal weeihh.
Dalam dok ikut tu, aku dapat call dari adik sepupu aku Lisa, tanya aku kat mana.  Aku suruh dia tunggu jer kat tempat orang jual ice blended sebab aku kat track ikut bebudak nie.  Tak lama lepas cakap dengan Lisa, hubby lak call tanya aku kat mana, aku pun jawab yang sama.  Sempat la aku borak2 dengan mama n Lisa kat situ.  Tengah dok borak2 tu si Lidya mintak henpon aku..nak ambik gambar katanya.  ni hah gambarnya...

Air pancut yang jadi perhatian budak2 yang datang ke sini.
Pandai gak anak aku tu amek gambar kan?  Pehtu dah dipulangkan henpon dia pegi balik ke air pancut tu.  Ehh..tak lama lepas tu datang balik kat aku dalam keadaan basah, macam tau2 aku nak marah si Lidya cakap "ayah bagi".  Aku pandang ler hubby, hubby sengih jer sambil moncong ke air pancut.  Punyalah ramai bebudak sesajer berlari2 kat tempat air pancut tu.  Sabarjerlah...

Ahad, 17 April 2011

Laksa

Hari Khamis hari tu aku terpandangkan member aku dok update status makan laksa untuk lunch break dia.  Perggh..aku nie cukup kepantangan dengar benda makan yang ada asam2 nie..sure terliur dibuatnya.  So, aku pun berangan2 ar kalo dapat buat laksa ok gak.  Aku nie mang tak pernah langsung buat laksa..macam biasa dalam paler otak ingat cenggitu jer bahan2 dia.  Tanya itu ini kat member aku tu..download resipi dari myresipi.com..ok, boleh ar cuba hari Sabtu nie.

So, petang tu masa nak balik jemput anak2, aku pun cakap kat hubby.  Teringin sangat nak makan laksa.  Hubby tau nak balik cepat jer..dia ingat aku nak gi lepak2 makan.  Aku cakap ar aku nak buat sendiri..as usual my hubby sangat tak confident dengan isterinya ini..tanya soklan cepumas "tau ker masa?" "tau ker bahan2 dia?" dan paling penting dia tanya "banyak ker nak beli?".  Aku tak jawab tapi dia sendiri jawab soklan dia.."awak d/load resipi dr internet eh?  So, kena ar beli bahan2 dia yer..kakakaka..member mcm tau2 jer aku maleh nak jawab.

Esoknya hari Jumaat petang kami pun ke Econsave lagik..beli bahan2 untuk laksa dan ayam skit.  Naper aku suka gi Econsave?  Sebab ada offer barang basah dia like kangkung, sawi and bayam seikat hanya 50sen.  Sangat2 murah beb.  Yang lain2 tu ikan siakap sekor RM14 shj.  Itu yang aku ingat..yang len tak berapa sangat.  Aku beli bhg atas peha ayam tu pun 3 ketul baru RM4 shj.

Dan hasilnya yang aku masa semalam....jeng jeng jeng


















sib baik jadik...tak susah pun tapi leceh tang nak buang tulang ikan tu jer...
p/s:  sempat lagi updet FB pasal nie..hehehehe 

Selasa, 12 April 2011

Julia joget 60an

Aku nak share video persembahan Julia tahun lepas bulan Oktober kalo tak silap.  Dia di pra sekolah buat persembahan masa tamat pra sekolah dia.  Lagu Bila Larut Malam..

Cer teka mana satu dia?


Yang baju biru tu ler si Julia.  Masa nie hari paling seronok buat Julia.  Aku pun tumpang seronok tengok dia.  Dari seorang yang pemalu kepada seorang yang tak reti malu..kakakakaka  but i do really enjoy seing her happy with her friends [apa kes tetiba feeling cakap omputeh lak nie..hahahaha].

Isnin, 11 April 2011

Dania

Dania ku sayang..anak wa yang keluarnya paling berat tapi kini dia yang paling halus malus.  Perangainya?  Adessshh...nak kena citer ker?  Takper lah sebagai kenangan aku bila dia dah besar sok. 

Dia kecik tapi suara dia paling kuat, kalo menjerit..pedih telinga dibuatnya.  Garang dah pasti, kakak dia no.2 si Lidya selalu jadi mangsa kena tarik rambut.  Apa kes ko baru besar tu dah pandai main tarik2 rambut?  Mang makan tangan mak ko ler jawabnya.  Bila kena marah selalu jer gelak2 konon nanti mak dia tak jadi marah dia.  Paling berani woo..gi dapur selamba jer sorang2 dia, sesekali jer ajak orang teman.  Pantang dipuji comel..mula ar buat muka ngengada dia [orang tua kena puji pun kembang setaman..kekekekeke].

Setiap pagi sebelum aku gi keja..mintak upah, kang dah balik keja terus terkam nak upah dari aku gak.  Tak bagi kang terjerit2 "mak nak tetek!"  Adooi..malu seih..nak taknak kena gak aku bersila bagi dia upah.  Umur dah baper nie dok upah lagi.  Dah 2thn lebih sok hujung bln 8 nie dia 3 tahun.  Yer..aku tengah berura2 nak berhentikan dia pun.  "Bagi jer dia adik lagi sorang, bentilah dia", kata adik2 aku yang sangat laser.  Ewaah..selamba jer dorang, ingat tambah sorang lagi boleh settle problem kah?  Nanti yang lagi sorang lak problem nak benti.  Koser..aku dah setkan pun bila dia nak stop-kan dia dari susu gantung nie..hehehehe

Cakap dia sedikit pelat [sikit ke banyak?].  Ada masa aku paham apa yang dia cakap tapi kebanyakan masa susah gak nak paham apa dia cakap..kakakaka ...  Sebagai contoh, karipap disebutnya 'apap'..kadang2 marah betul dia kat aku sebab tak paham apa dia cakap kat aku.  Aku sesekali tanya nama siapa?  "nania" jawab dia..dah bunyik macam filem "narnia" jer kan?  Tanya nama ayah kang dia jawab "ayah" gak, tak macam kakak2 dia jawab "api".  kakakakaka..

sajer wat muka berkerut...konon2 dia serius ar tu..
Dania nie ikut muka ayah dia abih..betul2 photostate, kecuali tang hidung..kakakaaka hidung dia ikut aku yang tak berapa nak mancung nie [ke langsung tak mancung..hahahahaha].  Tak susah pun nak suruh dia mintak tolong, kira tahan rajin dia nie baik skit dari Lidya.  Pantang dengar aku cedok beras, berlari dia ke dapur, "mak nak long[tolong]" katanya.  Aku pun bagilah chance dia nak tolong, tak bagi kang kot dah besar mintak tolong dia ungkit masa kecik2 tak bagi.  Layankan jer.  Kadang2 nampak aku basuh pinggan pun dia sama nak basuh, aku soh jer dia tolong tangkupkan cawan2 plastik takpun pinggan plastik.  Dari dia umur setahun sampailah sekarang nie, suka tul munggah keluar bekas2 dari rak pinggan.  Aku biarkan jer, kang ada ar tukang kemas [ayah dia r saper lagik..kakakaka].

Dah tu jer nak share pasal Dania..lepas nie aku dah takde idea dah..ada sesapa nak share idea tak?

Jom pekena rojak..

Petang2 nie kalo boring2 sedap gak kalo layan rojak kan?  Aku suka rojak kuih..mee rojak kureng skit.  Makan sorang2 lagi aku suka..tak yah nak share dengan orang len [kedekutnya lahai].  Yang penting pada rojak nie mestilah kuah kacang dia beb.  Macam gak kita makan laksa, mee rebus, mee bandung, mee sup asal jer yang berkuah, kuahnya lah yang memainkan peranan utama [cewaahh..skit la tinggi bahasa ko...kekekekeke].

Kalo dah makan rojak..peneman dia mestilah cendol tak pun ABC..pergghh..punyalah nikmat weih.  Tak tingat baru jer baik sakit tekak.  Pulun makan sampai tak pandang dah kiri kanan.  Dah kalo sedap apa kes ko nak pandang2 kan?  Nak pulak kena bersopan bagai..takde maknanya der..selamba jer ngap ngap ngap..pehtu tersandar.  errrkk..Alhamdulillah..kenyang sudah..

kuahnya yang pekat..likat..slurrrpp..sedapnya..
Air batu campur..perghh satu kombinasi yg sgt terbaik..
errkk..bukan tengah diet ke?  Dok pulun makan rojak siap ABC bagai..alamak kantoi sudah.  Takper bukan selalu tah baper bulan sekali jer nieh.  [cover line ar tu..kakkakaaka].

p/s:  asik pasal makan jelah..saper dok diet tu..terliur kalo, wa mintak ampun dan maaf yer..lepas nie citer psl len lak..

Makan apa tu?

Semalam kan..hubby dah set dah soh aku masak sup tulang n cendawan busut masak lomak cili api.  Hah..tak tau ghoman cendawan busut?  hah jab men nak tunjuk..

hah..ni ar ghoman eh cendawan busut tu..
Ada yang suka masak sup jer..aku dah terpikir nak masak sup jer so that anak2 aku leh tumpang sekaki.  Tapi dah typical org nogori nie kan, mang masak lomak cili api gak sodap.  So, untuk anak2 boleh makan sup tulang.  Tulang lembu yer..tulang kambing mau laki bini pening lopeh makan. 

tu dia sup tengah mendidih..
Masa aku dok masak nie hubby dok jab2 kang masuk dapur.  Pehtu konon2 tolong aku kacau sup tu..sampai pecah sup bunjut.  Takperlah kan..sedap gak..kakakaka [sedaplah sangat..tak malu ngaku sedap].

hah nie ghoman eh cendawan busut masak lomak cili api yang dah masak..
pergh..malatop seih..aku baper kali dok usha cendawan busut tu.
Korang nak tau..hubby siap sound aku..nie nak test rasa garam ke apa nie [sambil tgk kat jari ada seketul cendawan].  Aku jawab jer..sajer nak rasa cendawan tu dah lembut ke belum..kakakaka baik tul alasan wa beb.

Fyi, cendawan busut nie bukan selalu ada yer..bila hujan sekejab diikuti dengan petir barulah kuar cendawan nie.  Orang yang arif jer tau cendawan mana leh makan.  Korang jangan nak memandai lak..kot beracun kang..spital jawabnya yer.

p/s; dah terpikir nak makan apa kang? peghh..terliur sudah..hehehehe

Sabtu, 9 April 2011

Kenangan Julia di Pra Sekolah

Sori lah geng..lupa nak set auto publish daaa...

Takper la sekurang2 hari Sabtu nie ramai yang celik mata jer terus mengadap pc or laptop, meh nak share citer yang patut tahun lepas aku citerkan.  Jangan marah eh nanti kena jual..ahakss..

Julia bersekolah pra-sekolah di Sek.Keb. Ampangan.  Pra sekolah dia best sangat.  Kenapa aku cakap best?  Perkembangan positif yang ada pada Julia buat aku kata sekolah tu best.  Julia masuk kelas pra tu agak lewat jugak.  Kalo dah rezeki tu kan, mang tak kemana ar kan.  Dipendekkan citer, bulan Oktober tahun lepas [punyalah lama baru nak citer] kelas pra tu ada majlis penganugerahan tamat pra sekolah.  Tapi majlis disambut sekali dengan penganugerahan yang len jugaklah.  Di majlis tu kanak2 pra nie kena buat persembahan.  Punyalah excited anak aku yang sulung tu nak buat persembahan, siap bermekap bagai.  Aku ar tukang mekap nya.  Perasan lawa ler kejab anak aku tu..kekekekke

punyalah seronok kena mekap..mulut tak katup takut lipstik ilang..kekekeke
Usai persembahan, masing2 pun sibuk nak bergambar dengan kawan2 masing.  Bukan Julia jer yang seronok dan gembira, kawan2 dan cikgu dia pun tumpang sama.  Kalo dah suasana gembira tentulah senyuman tak lekang dari mulut masing2 kan.  Sedih jugak sebab abih pra-sekolah kat sini, Julia bersekolah lain.  Aku dengan hubby tanya jugak dengan Julia kalau2 dia nak sambung sekolah yang sama tapi dia taknak.  Nak sekolah yang Acik[makcik dia] sekolah dulu.

Ada dua persembahan tapi yang paling lawak persembahan yang Julia buat nie.  Joget 60an ko..siap dengan pasangan lagik.  Masa dia buat persembahan tu aku tak snap gambar tapi aku rekodkan dalam bentuk video[guna hp jer].  Korang nak tengok ke?  Hah..tu nantilah aku share kat sini.  Bagi aku memang lawak sesangat tapi tak taulah kat korang nanti.  Meh nak share gambar2 lain...



bergambar kenangan bersama guru pra-sekolah Pn. Rashidah yg bos aku cakap cun...kekekeke

hmm..kalo tak silap pra-sekolah nie ada keluar dalam Majalah seri dewi & keluarga bulan March.  Dalam majalah tu korang leh tengok betapa lengkapnya peralatan pra-sekolah nie.  Aku rasa sangat bersyukur dan bertuah sangat2 bila Julia dapat peluang belajar di sekolah nie.

p/s: tengah dok pk apa ar nak masak untuk hari esok..takkan tapau lagi kot..?  Kena masak hujung minggu pun dah pening, tak tau ar kalo kena masak hari2..ngada2 lebih nie..hehehehe

Khamis, 7 April 2011

Jom Makan Nasik Lomak..

Korang suka makan nasi lemak tak?  Hahh..bagi orang yang malas macam aku nie kan.  Pernah aku masak nasik lemak untuk sarapan sekali gus untuk makan tengahari.  Kira2 tu idea hubby yang aku sambut sangat baik..kakakaka  Masa nie hubby sangat2 malas nak keluar ke kedai.  Dia tanya masak jer apa yang ada.  Aku bukak peti ais tengok ada belen santan yang aku masak sebelum.  Ada lak timun, ikan bilis, kacang tanah n telur rebus. 

Anak2 lak ok jer dengan nasi lemak..mang santapan kegemaran dorang pun.  Apa lagi sengseng lengan baju ler masak nasi lemak.  Sedap or not belakang kira..janji perut kenyang. 


tu dia lauk nasik lemak..ada ikan bilis goreng, tempe goreng, kacang goreng, timun n telur rebus..



semua makan nasi lemak dengan sudu garfu..aku tak suka.."hanscrew" gak best..ahaksss..
Korang pun pernah tak buat macam nie...masak nasik lemak untuk sarapan skali dengan makan tengahari. "brunch" kata omputeh. 

p/s: citer lama gak nie..tak kisah ler kan..? janji ada cerita...hiksss..

Ateh Bertunang Sudah..

Citer nie dah lama..takperlah janji ada gak citer nak citer kat blog aku nie.  Takkan dah 3 update semalam hari nie tetiba senyap sunyi lak.  Tak banyak gambar dapat diambil pun, majlisnya serba ringkas sahaja.  Aku pun tak bergambar dengan Ateh.  Tak sempat lak aku nak tukar baju yang elok, pakai t-shirt n sluar palazo [dah macam bibik jer bunyiknya kan?].  Well..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar tapi yang paling2 tak best kedua makbapak aku tak boleh bangun.  Masing2 demam kuat terlalu kuat sampai dorang semua terbaring lesu.  Bayangkan sepatutnya bapak aku menerima pinangan tapi sebaliknya adik dia [pakngah] yang jadi wakil.  Kelam kabut aku mana nak tolong orang kat dapur mana aku nak masak bubur untuk mak n bapak.  Apapun meh lah aku share gambar yang seberapa tu..

senyum dalam kerisauan..eceh...heehehe
buat sendiri jer..pakcik aku yg tolong buatkan..

Dah tu jer citernya..kakakakaka.  Bila nak berlangsung aku pun tak sure.  Sebab pihak lelaki akan datang lagi selepas raya untuk berbincang.  Aku cadangkan kat bapak tahun depan sebab tahun nie ramai lak adik sepupu yang nak berkahwin.  Tengoklah apa kata putus dorang sok.

p/s:  tengahari kang korang nak aku citer psl apa eh?..cer bagi cadangan skit..boleh?

Rabu, 6 April 2011

Lidya the 2nd

aiikk..len macam rajin jer kan aku nie kan?  Sorrylah tak dapat nak letak gambar lunch tadi sebab kamera henpon wa baterinya dah kong kali kong.  Kita citer pasal lain la yer..As you can read from the title aku nak mengkisahkan mengenai anak aku yang kedua.  cewaaah..mentang2 ler ada 3 da er..leh lak sesuka nak citer pasal sorang2 yer.  oopps korang jangan tanya pasal tambah lagi sorang hero yer.  Kot kuar yang leper gak ahcik gak yang nangih.  Umur aku pun dah nak masuk 40an dah nie..

hah?? apa??!! nak dekat 40an dah?? ish ish ish tapi perkehal ko macam tak sedor diri tu tua eh?  perghh..tulah dia ayat2 menyentap jiwa raga kalo dengan adik beradik aku tau.  Kalo cakap mang terus direct jer takde nak cover2 langsung.  Sib baik adik beradik kot orang lain tu mang aku saman terus 100juta.....kakakakaka.  Well..sebenarnya padan ar dengan muka aku pun..manjang jer perasan awet muda.  Konon2 tak makan dek usia.  Dah bukan aku yang ngaku pun, orang len dok cakap kat aku. [sila ar tahan muntoh korang yer].

Piiraah..kata adik aku sorang nie, yang sorang lagilah hampeh dok sound "sudahla ngah ko sorang jer rasa awet muda, orang len siap panggil ko makcik pun ko tatap tak sedar diri".   Dah tu camno..sabar yolah dapek adik2 yang laser tahap giler babon.  Dah diri sendiri pun laser gak kan..very the padan muka.
eh..ni nak citer pasal anak ker nak citer pasal diri sendiri nie?  adeeh..cer korang bayangkan alangkan aku menaip pun dah macam nie kan, sok kalo depan mato siap kena pakai helmet siap cover n wiper.  Bersepah ayer liur dok menceceh tah apa2.  hahahaahaha..gilos tul..

ok ok back to main topic yer..cecece..sepeking lak tetiba..menurun omputeh ke apa? hah..merapu lagi..nie citer pasal anak tak gak start nie.  adeeeh.. sambung citer pasal Lidya anak kedua aku yang bakal berusia 5tahun bulan Julai sok.  Lidya nie very the close with her ayah.  Maklumlah kan aku kena bagi perhatian kat si kecik yang tak berapa kecik si Dania.  Lidya nie kurang rajin skit.  Skit ker?  Aku pun kadang2 fening dengan peel dia nieh.  Tak kata aku beb..hubby lagilah pening kakakaka..  Paling aku tak suka dia suka nau mengengek..kalo dapat melalak, mulut mang nganga besar then kalo dah mulut nganga besar tu haruslah suara dia pun nyaring sama.  Selagi tak dipujuk selagi tulah dia wawawawa..  Sesekali aku pujuk ar dia tapi banyak kali dengan mata buntang dengan mulut ketap, tangan ditunjuk bagi isyarat cubit or tampar soh dia diam.  Ndak ke diam?  tak ko..lagi kuat dia melalak..adesss..

Apa puncanya dia jadi macam nie?  hah...aku nak peringatkan..kalo taknak anak2 tu kuat melalak, kuat mengengek janganlah disakat selalu.  Kalo menyakat pun jangan sampai dia melalak.  Dah dia melalak abih2 ko nak pujuk..tak ker dia naik mua dibuatnya.  Kita pun maklum kan setiap apa yang kita buat tak kira pengambilan ubat, makanan etc etc ada had n batasnya yer.  [tetiba masuk lak part motivasi..huhuhu].  ok sambung balik citer pasal Lidya..dia kalo dapat kamera tak kiralah dgcam or hp cam.  Aku takde pun ajar dia tapi aku rasa dia penah nampak aku dok picit2 depan mata dia kot.  Bukan takat ambik gambar jer..siap dengan rakam suara bagai.  Peh tu leh lak memandai carik game dlm hp aku tu.  Korang bayangkan kalo aku ajar dia tengok game kat laptop aku tuh mang haruslah aku takde chance nak mentenet.   Tapi tulah kan tak dibagi peluang kang kesian la pulak...mak mana leh tahan dengan rayuan n rintihan anak2 dia?  Betul dak?  Betull..!

tengok ar aksi selamba dia..[eh eh ada lak byg2 aku kat spek tu..kekeke]
tah saper punya pangai dia ikut tah..[cover line ar tu]...ahahahaha..  Ada masa dia mang rajin sangat..tapi sangatlah penakut..nak gi bilik air pun ajak orang temankan.  Dia sangat sayang woo adik dia..tapi kadang2 naik gak tangan.  Aku pun naikla tangan sama sebab ko mana leh pukul2 adik ko kan tapi adiknya pun lagi terer ko..siap men tarik2 rambut lagi.  Mentang2 rambut akaknya tu panjang, selamba jer dia tarik.  hah..adiknya citer nanti2 aku citerkan yer.

p/s: sila jangan pelik di atas kerajinan ini...aku pun pelik gak nie..kakakakaka

Tengahari makan apa?

wahhh..dah time lunch eh?  Korang jangan salah faham yer..macam takde keja jer aku nie.  Entri nie aku dah set kuar time lunch.  heh heh heh[cukup 3harkat gelak yer]..  Sajer ar kan time mood tengah rajin..idea lak datang diikuti dengan rindu dengan cerita cerita kat blog nie hah.  Tapi tak tau lah kan kot tetiba datang bad mood abih sebulan blog senyap sunyi jer.

ok..nie nak citer hari senin hari tu aku dengan hubby sesama amek coti.  Takde dah gi men bowling der.  Ada hal len nak diuruskan.  Hubby lak kalo dia coti dia nak aku coti sama..konon2 ar takleh berenggang dengan wifey dia nie...uweeek nak muntah berlilah dibuatnya.  Dia soh aku amek coti sama sebab senang takyah nak anto n jemput aku keja daaa.  Jangan tanya naper aku tak drive sendri gi keja.  Dah keta ada satu jer dik non..kot ada yang nak sedekah bagi aku oklah...kakakaka..dah melalut pulak dah aku nie.

Hari senin biasalah..tengahari makan kat umah mertua..[bertuah punya menantu dahlah anto anak pehtu makan pun ko tau suap jer].  Dah ada coti pun sebab ada urusan kan..so, mang tak sempat ler aku nak nolong masak bagai..[ewaaah..alasan ko pompuan mang dasar pemalas gila babon tul..mana tak gemuk..hohohoho].  Tapi sebelum makan tengahari gi jemput anak da er[dara] yang sulung tu hah.  Dah kenyang perut..barulah kitorang balik umah kek senawang tu hah.  Sempat la hubby menyinggah beli kuih donat kat kg sentosa [orang nogori manggil mahfah kg sentosa nie].  Ingat konon2 nak ar beli air batu campur sebab very the hot woo itu hari.  Aku punya mood rajin [ceh rajin konon] cakap takperlah buat jer sendiri iceblended [sorry i lupa nak snap gambar la].  Hubby try "eh..eh oklah rasa dia".  Boleh lak dia men cakap "eh eh" kan?  I senyum simpul jer ar kan..tapi anak2 aku pun suka tau..pehtu terus batuk masing2 mai balik..kohkohkoh..samalah dengan aku..fadan muka..

Lewat petang tu hubby tetiba cakap.."hah yang, apa kata malam nie awak buat maggi goreng".  waaah..sungguh la hubby nie men sebut jer.  Aku takkan nak kata "no" lak kan.  Dah ar tengahari ko tak masak, ha'ah jer la jawabnya yer.  Dan...jeng jeng jeng...


pasan tak? kuali yang sama..satu jer pun kualinya..lagi satu kecik nau...hheheehe


Okay..korang selamat menjamu selera..jab lagi aku tunjuk lak what i eat during my lunch today.

oh orkid ku..

kalo korang ingat aku ada citer pasal aku beli pokok orkid yang dah berbunga.  Tiga pasu semuanya..siap eksen letak gambo lagi ko..


lawa kan?  sejuk rasa hati n pandangan mata dibuatnya..TAPI...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sadis woo..nak menitik ayor mate teman..angkara saper?  taulah budak2 katanya nak potong rumput n lalang..sekali tengok dah togel mogel jer orkid aku.  Walhal baru jer naik daun baru..dah aku baja dah aku jaga baiiikk punya...alih2 jadi camtu hah..tak ke makan tangan maknya budak itu?  serikkah dia?  Ku pujuk2 hati..aku pujuk2 gak orkid tu jangan majuk.

Dah tu jer pokok yang aku ada..kalo macam nie ar kan..koser heh nak menambah lagi pasu bunga ke hapa ker..biarlah boleng umah den nie.  Sok2 dah bosar dorang tu sok barulah den tambah pokok bunga dalam pasu.  Biar sesama jaga..sesama baja.  Betul dak?  betullll..[alasan orang pemalas kan?]

Selasa, 5 April 2011

Masak di hujung minggu

Hari Jumaat hari tu konon2 nak balik cepat sebab dah janji nak pegi ke Econsave untuk beli barang dapur tapi hubby kena OT la pulak.  Nak buat camner kan lambat pun kitorang pegi jugaklah ke Econsave tu.  Kali nie takde buat list der, apa yang teringat dalam paler otak itulah yang kami sauk.  Hubby dok tanya nak masak apa hari esok (sabtu).  Jawapan ringkas aku cakap nak buat tomyam.  Soklan cepu emas dia tanya "tau ker?".   Ndak jer jawab "jangan tengok orang takde mata tau" tapi dah tau sure hubby balas balik "takde mata butalah"..baik gua senyap jawab jer dalam hati.  Dah siap beli itu ini kitorang pun bergegas balik untuk ambik anak kat umah mertua dia Ampangan. 

Boleh lak lupa nak petik daun limau purut kat belakang umah mertua (kitorang beli then hubby tanam).  Bising woo hubby takde makna tomyam kalo takde daun limau purut tu.  Dia sajer ar kan nak buat aku rasa bersalah, tapi nasib baik lah aku teringat dalam peti sejuk ada lagi belen2 petik dulu.  Sampai jer umah punggah semua barang2 dapur tu untuk disimpan.  Bukak peti sejuk tengok mang ada lagi daun limau purut tu.  Dah kecut pulak, no hal wa rendam jer dalam air sure dia ok balik.  Hubby lak tanya,  "boleh ke rendam macam tu?".  Aku malas nak jawab dah ada hasil biar dia tengok sendiri [eleh eksen..sib baik kembang balik daun tu tau].   Aku dah leh agak2 apa nak dicampak untuk buat tomyam tu tapi untuk lebih pasti aku apalagi carik la pak google.  hah..betul dan cukup pun bahan untuk tomyam aku tu.  Dan..inilah hasilnya..





dalam kuali jer..periuk ada tapi besar sangat...hubby cakap "oklah"..fuuhh legaaaa

kalo tak, mulut dia akan pot pet kalo letak itulah inilah..kalo oklah tu maksudnya menepati piawaian citarasa dia..







kangkung tumis air dengan sotong..aku tak suka banyak kuah tapi untuk anak2 makan..tak pedas langsung pun..












ikan kembung sambal..of coslah untuk aku n hubby..yg tak bersambal tu untuk anak2..tak cukup sekor tu der..tambah lagi 2 ekor..









Hari Ahad lak hubby kata nak gi makan kat kenduri kahwin, aku pun dah senyum jer sebab takyah nak masak sangat..cukup masak nasi goreng jer untuk anak2.  Alih2 dah tengahari dia dok terbonkang depan tv, maleh nak pegi katanya.  Terpaksalah aku angkat vontot masak untuk dia pulak.  Yang Ahad tu aku tak snap pun apa aku masak..terlupa punya pasal.

Jumaat, 1 April 2011

Sebulan tak update..

Mang pemalas giler babow tul aku nie..dah sebulan tak citer apa2 kat sini.  Aiishh..cian cik blog aku nie betul2 terabai ko yer cik blog.  Kalo dah start malas tu kan mang payah tul nak mula balik.  No excuse..mang dasar pemalas aku nie..cewahhh..

Nak merapu pun tak reti dah weih.  Meh nak share citer pasal my anak2, tak best citer pasal hubby.  Dia tak abih2 dengan suka nak menyakat aku bini dia yang "baik" nie.kakaakaka..

Memula nak citer pasal Julia my anak sulung..yang tak kenal tu nie hah muka dia hah..

tembam tembun tembin macam mak dia gak..kakaka sangat2 la berperangai "kakak".  Kuat menjawab weih..kadang2 aku sound jer maklumlah mak kan ada kuasa veto.  Tak kang aku diam jerlah dengar jawapan dia tu.  Mana ada makpak yang leh terima pangai anak yg suka menjawab beb.  Haruslah dia makan pelempang silap2 kena kurung hasil drp pangai kuat menjawab tu.  But most of time dia tak banyak cekadak, ringan jer tulang kalo nak mintak tolong.  Dah boleh mandikan adik dia yang kecik tu beb.  Sesekali dengar dia nak adik baby, nak dukung katanya..adeeh..permintaan yang paling tak rela nak dengar or jawab.  Kadang2 laser jer aku kata, adik2 yang ada nie pun ko tak terjaga..kakakaka  (jawapan selamat sebab dia pun takleh nak jawab, kot dia pandai jawab kata dia bukan besar mana nak kena jaga sampai 2 orang budak..pengsan aku..kakakaka)

Julia@kakak penah gak buat pangai taknak gi sekolah.  Tupun kena marah dek ustazah sebab tak siapkan keja skolah.  Dia tak siapkan pun bukan malas tapi dia demam sampai 4 hari.  Tak reti pulak dia nak jawab terus sentap nak balik.  Lepas pada tu dia dah taknak gi sekolah.  Sampai jer kat sekolah dia dah start 'banjir'.  Alhamdulillah..tak lama pun dia buat perangai, lepas tu dah ok dah.  Setakat nie pelajaran kat sekolah takde masalah.  Keja sekolah ok jer dia buat.  Masa ujian sebelum cuti sekolah hari tu ada 2 matapelajaran aku tgk result ataih BM 90% dan sains 96%.  Kira oklah tu kan dia takde pun gi tadika awal terus jer masuk pra-sekolah.  Tapi bab mengaji dia adalah lemah sesangat.  Aku tengah dok mencari jalan nak hantar dia mengaji hujung minggu.  so far, ayat yang dia boleh baca pun Alfatihah.  Doa makan n dao penerang hati mang dah dia belajar masa praskolah dulu.  Kalau boleh aku nak anak aku pandai baca ayat2 lazim.  Senang nak ajar dia sembahyang nanti.  Telekong dah lama aku beli untuk dia ada gak sesekali dia join aku sembahyang sama.  Tupun ikut mood dia.

Sekarang nie kat sekolah sebulan sekali ada macam program mengajar solat.  Tapi setakat sebulan sekali sure tak masuk.  No hal..baru2 nie aku ada terjumpa cd siap dengan buku belajar solat.  Boleh ar dia tengok dengan adik2 dia.

Baru nie pulak dia dah pandai dah nak demand kat aku nak tengok youtube.  Aku kalau boleh taknak ajar dorang awal2.  Aiishh..bukan kedekut ilmu tapi aku kedekut sebab nanti aku takde chance nak mentenet...kakakakaka  Tapi tulah kan nama kalo dah mak tu, tak sampai hati ar pulak.  Bagi la chance kat dia tengok, kira2 aku nie rela dalam terpaksa...huhuhu

Ada satu hal yang betul2 buat aku geram masa dia cuti sekolah...hah tu nanti aku citer..

ok dok citer pasal anak yang 1st?  pehtu kang sambung citer anak no. 2 lak..boleh ar tu..bantaii..asalkan blog aku terupdate.  kot kang ada yang berpinau bijik mata nengok gambar sandal bling2 aku tu...akakakak

happy weekend u allss...i pun happy gak nieh...cewaaah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails