Sabtu, 26 Mei 2012

Bila Chicken Pox Menyerang Kami....

pergh...tajuk citer pun bukan main lagi kan?  well itulah yang terjadi pada kami sekeluarga 2minggu lepas.  Bermula dengan si Lidya si pembawa penyakit kemudian bila dia dah elok, giliran kami pula terbaring terlentang lesu dirumah.  Ada gak aku bertanya kat parents aku sama ada aku penah ke tak kena demam chicken pox tu. Dorang kata tak pernah teringat aku penah kena...then aku pun teringat masa kedua2 adik aku si Alang n Ateh saling berjangkit demam chicken pox, aku dengan bangganya gelakkan dorang.  Bila kena batang hidung sendiri, nak pulak dengan usia yang dah tak begitu muda tak tertanggung rasanya weeeihhh...

Nasib baik parents in-law aku yang kesian kat kami, saban hari melawat dan membawakan makanan buat kami.  Sangat tak seronok ok walaupun ko dapat coti free lebih seminggu dari doktor.  Dengan lemah badan, dengan dotdot kat muka dan badan..perggh..sangat2 tak selesa dibuatnya.  yerlah saper yang suka sakit.  Kalo boleh nak sihat selalu..yer dak?

Paling kesian tu kan my beloved hubby penuh seluruh badan dia dengan ruam2 berair tu.  Nak baring susah, nak duduk apatah lagi.  Alhamdulillah..aku tak kena banyak ruam2 berair tu.  Masa kami terkena jangkitan chicken pox tu, memang takde ar kemana2 pun, dok berkurung jer dalam rumah.  Yang pembawa penyakit, tak abih2 menggelakkan kami yang dok terlentang lesu.  Geram jugak tapi nak buat macam mana...diam jerlah.

Paling kami sedihkan tu kebetulan masa kami demam tu, hubby mendapat berita pak sedara dia meninggal dunia.  Kami pergi sekejaban sahaja, konon2 masa pengebumian kami nak pergi lagi, tak dapek doo..suhu badan masing2 dah naik sehingga 39 darjah, hubby sure ar tak dapat nak memandu.

Citer banyak2 pun tak guna..meh meh aku tunjuk gambar badan belakang hubby yang penuh dengan bintik2, tu pun cuma ruam sahaja belum nak berair lagi...huhuhuhu

ni masa baru penuh..esok tu dah penuh dah..
muka lalok jer, masa nie bintik baru naik kat muka n leher..
ini lak muka si Julia baru bangun tido yang seminggu tak ke sekolah sebab terjangkit dgn chicken pox gak..
Gambar Lidya dan Dania masa kena aku tak snap gambar pun..koser dan tak larat...tapi sekurang2nya lepas nie harap2 nya takdelah dah yang terkena penyakit nie dikalangan kami.  Walaupun doktor kata elok kena awal2 so that Insya Allah tak akan kena lagi di masa akan datang.  Kata doktor lagi, chicken pox nie akan kena sekali dalam seumur hidup bergantung pada tahap kekuatan antibodi kita.  Walaupun ada vaksin pencegah tapi atas doktor gaklah agar kami tidak mengambil vaksin tersebut.

Itulah cerita kami terkena jangkitan chicken pox..oh yer sebelum terlupa..FIL aku dapat carikan kami daun semambu untuk menghilangkan rasa miang2 dibadan kami.  Alhamdulillah...kami semua dah pun sembuh selepas seminggu ditumbuhi bintik2 ruam berair tu.  Selera makan kami pun dah ok dan kami pun tak lagi menangis or terjerit ketika menyikat rambut.  Iyer..ruam berair ada gak ataih paler..rambut pun gugur dengan banyaknya.

ok..selamat menikmati coti sekolah beb...adiooosss...

Selasa, 8 Mei 2012

Championla sangat...

Lorrr...issskkk..dah sebulan upanya aku tak update blog aku? cecece..konon2 ar tu tetiba baru perasan ar tu..Macam ar sibuk sesangat sampai nak update blog pun payah.  Mood nak update memang senantiasa ada tapi nak menaip tu jer rasa malas.  amboi..alasan ada jer kan?  Tak kata blog beb..FB pun aku tengok2 camtu jer.  Poyo jer konon2 taknak ler ketagih internet nie tapi ..nan ado..ngadap gak.  Siap upgrade lagi...sok2 bajet lari sama saper nak mintak bantuan?  Kot blog terkenal takper gak..leh gak pakai duit iklan NN, ini camner nak ada $$ banyak, update pun sebulan sekali..kkekekeeke..

Apa nak citer nie eh?  blur aku dibuatnya..konon2 baru jer pandai nak buat blog..hohohoho..  hah..as of now[cewah tetiba ko nak sikiping omputeh], anak aku si Lidya baru jer sembuh dari demam 'chicken chop' [macam yang ayah dia dok sebut], aku lak sebut 'chicken pop'.  Berjangkit dari kawan sekolah dia, yang aku dengar dah dekat 8 orang kena demam tu.

Alhamdulillah dah semakin sembuh dah pun.  Dah lama tak pegi sekolah, tetiba dia dah malas nak pegi sekolah.  Tapi sebenarnya dia malu sebab muka dia ada bintik2 hitam [kesan parut chicken pox tu ler].  So far, hanya dia sorang jer kena..akak n adik dia masih lagi ok.  Risau gak aku sebenarnya nie.  Aku dok tanya mak aku penah ke idak aku demam chicken pop tu, mak aku jawab tak penah dia tingat aku penah kena..erkkk..risau aku weih..dah tua2 nie kena chicken pop tu..[sajer jer taip pop tu yer kang orang dok ingat aku salah taip].

hah..lagi satu berita gumbira..aku la nie nak sampaikan berita gumbira lalala jer kat blog aku nie...part yang tak best or sedih baik disimpan dalam sanubari ku..cewaaah..konon..

Lihat gambar dibawah..mak dugung kegumbiraaan sebab dapat jadi juara bowling.  alaa..takdelah pertandingan besar mana pun..ala2 tempat kerja hubby buat contest.  Orang luar leh join tapi kena bayar lebih skit ar dari staff.

Yang bestnya tu kan..my hubby pun juara jugak...hehehehehe  pehtu pulak kan dia pun menang highest point.  waaaah..seronok men free sebab menang juara dapat duit, hamper n piala tecit.  lagi seronok kami pasangan suami isteri menjadi juara.  Aku lupa nak ajak hubby bergambar sama hari tu.  Sebenarnya highest point tu sepatutnya untuk yang buat 3 strike in a row..aku dah aim dah, konon2 nak menang 3 strike in a row tu.  Tapi nak wat camner..leh lak balingan ketiga tu tak strike. mencikk tau.

Dah tu jer nak citer..lenkali aku citer lagi..babai..


mak dugung yang happy dapat hamper, cash n piala tecit..yeayyy..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails