Isnin, 23 Julai 2012

Puasa punya citer..

Malas lak rasanya nak citer pasal hari sukan anak aku tu.  Biar simpan jer dalam draft tu yer..koser nak edit ke apa ke..kita straight jer citer pasal puasa.

So, amacam hari ke-3 puasa nie? Ok tak? Bagi orang yang dah biasa puasa sunat, sure no hal puasa ni kan?  Rilek jer dengan rasa lapar dan dahaga tu, almaklumlah dah terbiasa puasa kan.  Cer kena kat orang yang time bulan Ramadhan baru terhegeh2 nak puasa, rasa letih, lemau, hangin sebadan dan macam2 lagilah.  TAPI sebabkan puasa itu mengajar kita erti SABAR, so no hal ar kan?  Eceh..macam ustazah ler puleks...hehehehe

Tahun nie aku seronok skit dengan puasa [macamkan tahun2 dulu tak seronok].  Aku kata seronok ditambah pulak dengan semangat berkobar2 nak puasa tu, perggh takleh digambarkan dengan kata2 beb.  Cewwwaah..lagi ayat poyo.  Alaaa..bukan apa pun beb, teruja sebab anak2 aku pun sama puasa si Julia & Lidya dah pun berlatih puasa.  Julia dari umur dia 6tahun aku nak soh dia puasa tapi...[lets the ayat gantung there].  Sekarang umur Julia dah nak masuk 8 tahun, seharusnya lah dia rasa malu kalo tak puasa kan.  Dan dia rasa lebih semangat nak puasa sebab dia ada geng sama2 puasa dengan dia, tak lain tak bukan si Lidya.

Kelakar jugak dengan kerenah dorang nie, especially si Lidya pantang nampak botol air terus nak disauk.  Cepat2 lak aku larang dia dari minum.  Aku cakap sabar..tak lama jer lagi.  Si Julia hari pertama dah mintak macam2 untuk berbuka nak maggi pedas [kari] pehtu nak nasi goreng kampung pehtu nampak lak adik dia si Dania yang kecik dok makan kentang goreng, disohnya adik dia simpan skit.  Senyum aku tengok gelagat dia sambil tu aku ada bagi tau masa puasa menahan lapar dan dahaga memang apa makanan yang kita nampak semuanya sedap.  Aku pun ada gak bagi tau kat dia macam mana kita rasa lapar dan haus tu, macam tulah rasa orang miskin yang takde apa2 untuk makan dan minum.  Oh ya, Lidya ada tertinggal sehari puasa semalam, tak dapat dia nak menahan diri tengok adik dia makan kentang goreng dan nugget terus selamba jer dia makan.

Hari nie tah apa lak permintaan dorang agaknya yer..hmmm

Apapun, aku nak ucap SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA khas buat korang2 yang beragama Islam yang rajin baca blog aku nie.

p/s: Jangan puasa yang yok yer..alangkan budak kecik leh tahan takkan kita dah tua bangka tak reti2 nak tahan lapar dan dahaga tu beb..

6 ulasan :

  1. Salam Ida...selamat menjalani ibadah berpuasa... bila anak2 dah besar nanti mesti mereka suka dengan cerita pengalaman pertama berpuasa mereka...

    BalasPadam
  2. Salam Kak Anie...lama tak nampak akak..selamat berpuasa kak anie..tulah bila tengok gelagat dorang mmg kelakar sgt2..nak2 bila nak kejut bersahur..tak susah tapi dgn tak basuh muka terus dok ngadap nasi dgn mata separa tutup..hehehe

    BalasPadam
  3. salam ida
    slmt menjalani ibadah puasa
    kita posa zaman kecik2 dulu lebih kurang gak dgn diorang ;)

    BalasPadam
  4. Salam Irfa, selamat berpuasa Irfa...
    tulahkan..rasanya dorang nie lagi kuat dari saya ms kecik2 dulu..hehehe

    BalasPadam
  5. eh..eh..incik wirawan..lama betul tak "nampak" ke mana shj menghilang bro?..sihat?

    Selamat berpuasa juga yer..jgn puasa yang yok tau..hehehehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails