Khamis, 20 Disember 2012

Masa Birthday Hari tu...

Malas pulak aku nak mukadimah.  Kot nanti ada yang kata aku nie tak abih beralasan lama tak update blog.  Dah dasar pemalas tu nak bagi alasan memacam pulak..huhuhu

Jadi, aku nak kongsi ceritera menyambut hari lahir aku yang ke 38...yes dik non, i dah hujung 30an dah hah..tapi tak gak sedar diri..uhuk..uhuk.. eh eh'ter'batuk lak..

Dari kisah aku beli kek boleh pulak sendri punya birthday sendri pegi beli..adeeh..sadis sungguh..takde elemen2 kezutan langsung.  Hubby ajak gi King Confectionary [betul ke ejaan nie?] pehtu adik yang tolong tulis tu siap 2-3 kali ucap happy birthday.  Dan aku pulak boleh tersilap kira..macam tak menyempat dah nak ke 39..yerlah mana tak silap kira dik non, kengkawan i semua dah lepaih 38, i lak baru terhegeh nak masuk 38 hah..mana taknya silap kira...adeeeh..

oklah meh nak share gambar...koser nak taip banyak2..aku sangat 'rajin' nak share gambar sekarang..ni exclusive tau..kat fb i tak letak pun dik non...cewwaah..exclusive la sangat kan...

aku dah lupa nama kek nie..tapi dr rega 62hinggit dpt diskaun 50%..34hinggit sbb beli masa birthday..n ianya khas untuk kad ahli sahaja

Birthday aku istimewa skit tapi aku rasa tiap2 tahun pun istimewa cuma tak istimewanya ko bertambah tua bukan bertambah muda..erkk..Bertambah istimewanya hari lahir aku tu sebab jatuhnya ia di hari Ahad disamping mak, bapak, anak2 Alang semuanya sesama bermalam di rumah aku.  Tapi yang sebenarnya dorang sajer nak bermalam kebetulan jer masa tu birthday aku.  Sajer ar kan konon2 nak sedapkan hati sendiri, katalah dorang nie nak bersama2 menyambut birthday aku.  Muka tak malu memang camtu..kalo leh cover line lagi aku nak cover..

fuyooh..this pic i like cos i nampak selim..i nampak la..tapi reality dorang pun tau..i jer sorang buat2 tak tau..kekekeke
my bapak..aku kena suap, dia lak beria2 nganga mulut..kekeke..bapak tak sihat sangat tapi gagah gak drive ke seremban semata2 nak lepas kat anak kesayangan dia nie..*ada gak yang cebek baca statement nie*
amboii..mak aku pandai dah dia tengok camera....
last not least...my hubby dok suap, si lidya dok ngendeng..jeles ke nyampah tengok mak dia disuap..owh ini gambar taken fr instagram...

Okay dah tu jer nak kongsi cerita..babai..

p/s: kelas kan?..alih2 terus tutup cerita.  Tak reti nak tulis apa daa.. al maklumlah kan dah lama tak update blog.  Terus macam blur2 jer..*wink*wink*

2 ulasan :

  1. Hello Ida, many happy returns of the day. Happy birthday.
    Wishing you many more to come with lots of good health and happiness.
    Simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello Uncle Lee, thousands millions thanks for the wishes n spending your precious time to visit my blog...

      Padam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails