Sabtu, 26 Mei 2012

Bila Chicken Pox Menyerang Kami....

pergh...tajuk citer pun bukan main lagi kan?  well itulah yang terjadi pada kami sekeluarga 2minggu lepas.  Bermula dengan si Lidya si pembawa penyakit kemudian bila dia dah elok, giliran kami pula terbaring terlentang lesu dirumah.  Ada gak aku bertanya kat parents aku sama ada aku penah ke tak kena demam chicken pox tu. Dorang kata tak pernah teringat aku penah kena...then aku pun teringat masa kedua2 adik aku si Alang n Ateh saling berjangkit demam chicken pox, aku dengan bangganya gelakkan dorang.  Bila kena batang hidung sendiri, nak pulak dengan usia yang dah tak begitu muda tak tertanggung rasanya weeeihhh...

Nasib baik parents in-law aku yang kesian kat kami, saban hari melawat dan membawakan makanan buat kami.  Sangat tak seronok ok walaupun ko dapat coti free lebih seminggu dari doktor.  Dengan lemah badan, dengan dotdot kat muka dan badan..perggh..sangat2 tak selesa dibuatnya.  yerlah saper yang suka sakit.  Kalo boleh nak sihat selalu..yer dak?

Paling kesian tu kan my beloved hubby penuh seluruh badan dia dengan ruam2 berair tu.  Nak baring susah, nak duduk apatah lagi.  Alhamdulillah..aku tak kena banyak ruam2 berair tu.  Masa kami terkena jangkitan chicken pox tu, memang takde ar kemana2 pun, dok berkurung jer dalam rumah.  Yang pembawa penyakit, tak abih2 menggelakkan kami yang dok terlentang lesu.  Geram jugak tapi nak buat macam mana...diam jerlah.

Paling kami sedihkan tu kebetulan masa kami demam tu, hubby mendapat berita pak sedara dia meninggal dunia.  Kami pergi sekejaban sahaja, konon2 masa pengebumian kami nak pergi lagi, tak dapek doo..suhu badan masing2 dah naik sehingga 39 darjah, hubby sure ar tak dapat nak memandu.

Citer banyak2 pun tak guna..meh meh aku tunjuk gambar badan belakang hubby yang penuh dengan bintik2, tu pun cuma ruam sahaja belum nak berair lagi...huhuhuhu

ni masa baru penuh..esok tu dah penuh dah..
muka lalok jer, masa nie bintik baru naik kat muka n leher..
ini lak muka si Julia baru bangun tido yang seminggu tak ke sekolah sebab terjangkit dgn chicken pox gak..
Gambar Lidya dan Dania masa kena aku tak snap gambar pun..koser dan tak larat...tapi sekurang2nya lepas nie harap2 nya takdelah dah yang terkena penyakit nie dikalangan kami.  Walaupun doktor kata elok kena awal2 so that Insya Allah tak akan kena lagi di masa akan datang.  Kata doktor lagi, chicken pox nie akan kena sekali dalam seumur hidup bergantung pada tahap kekuatan antibodi kita.  Walaupun ada vaksin pencegah tapi atas doktor gaklah agar kami tidak mengambil vaksin tersebut.

Itulah cerita kami terkena jangkitan chicken pox..oh yer sebelum terlupa..FIL aku dapat carikan kami daun semambu untuk menghilangkan rasa miang2 dibadan kami.  Alhamdulillah...kami semua dah pun sembuh selepas seminggu ditumbuhi bintik2 ruam berair tu.  Selera makan kami pun dah ok dan kami pun tak lagi menangis or terjerit ketika menyikat rambut.  Iyer..ruam berair ada gak ataih paler..rambut pun gugur dengan banyaknya.

ok..selamat menikmati coti sekolah beb...adiooosss...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails